“Isteri tak manja! Sila selesaikan secara berdua. Bukan bermain kayu tiga” itulah lontaran pandangan yang diluahkan oleh Sharifah Zahidah menerusi akaun Facebooknya.
Setuju dengan pendapat ini, jika suami berasa isteri sudah tidak manja tolonglah selesaikan dari hati ke hati bersama isteri tercinta.
Janganlah mencari kebahagiaan di luar dengan bermain kayu tiga.
Tugas sebagai seorang isteri bukannya satu perkara yang mudah ya. Celik saja mata, tugas seorang ibu dan isteri bermula. Dari pagi kita terkejar-kejar untuk uruskan anak-anak ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja.
Pelbagai tanggungjawab dan tugasan rumahtangga perlu diuruskan dengan baik agar segalanya teratur sempurna.
Pada suami pula silalah faham ya. Janganlah bandingkan layanan wanita di luar dengan isteri anda. Tolonglah hargai isteri dan suami andalah sebenarnya yang perlu manjakan isteri.
Benarlah kemanjaan wanita itu adalah bergantung pada jenis layanan yang diterima.
“Kemanjaan wanita adalah tergantung pada jenis layanan yang dia terima..”
Kenapa wanita tak halal lebih manja berbanding isteri sendiri di rumah?
Kerana, layanan dan perhatian yang diterima wanita di luar rumah ini selalunya LEBIH daripada apa yang diterima isteri di rumah sendiri.
Ads
Lelaki gatal dan miang memang pandai manjakan wanita yang tak halal di depannya, berbanding isteri sendiri yang setiap hari menanti untuk dibelai.
Dengan wanita lain, mudah berkata ya.
Dengan isteri sendiri, asyik bernanti nanti.
Dengan wanita lain, mudah diberi bantuan.
Dengan isteri sendiri, penuh 1001 alasan.
Dengan wanita di luar rumah, mudah belanja makan.
Dengan isteri sendiri, semuanya tunggu hujung bulan.
Dengan wanita lain, pemurah tawa dan senyuman.
Dengan isteri sendiri, bermuram durja alasannya kepenatan.
Manalah…
Ads
Manalah wanita di luar sana tak terlebih manja.
Isteri di rumah dah macam singa.
Kerana layanan yang diterima menentukan karakter yang dibawa.
Apapun, bagi saya.
Menyalahkan suami 100% juga tidak betul kalau si isteri hilang manjanya. Takkan jadi isteri ni kerjanya menyalahkan suami saja, macam diri sendiri tak punya akal dan tak perlu berusaha?
Saya hilang manja sebab suami. Itu faktor. Tapi janganlah dibebankan semuanya atas lelaki. Rasa low class pula jika jadi wanita yang soal kemanjaan diri pun mahu suami atasi.
Kadangkala, suami juga rimas dengan sebahagian perangai wanita. Itu yang “manja” sang isteri, ditafsirkan “mengada” oleh sang suami.
Tapi suami pun, kata ada 9 akal? Takkan hal remeh macam ini pun tak boleh jinakkan isteri? Mana pergi “9 akal” (mitos) yang konon dibanggakan itu?Jika hal isteri tak manja sudah buat kau bertindak sehina haiwan yang kerjanya asyik bertukar pasangan?
Yang paling salah ialah, bila rasa diri isteri tak manja. Kita pergi manjakan perempuan lain di luar sana. Ini memang sungguh durjana dan tiada justifikasi.
Isteri tak manja, sila selesaikan isu itu secara berdua. Bukan dengan bermain kayu tiga. Fullstop.
Ads
Cuma ingat, kadangkala faktor isteri sudah hilang jinak manjanya, adalah kerana layanan dan perhatian yang diterimanya sendiri, yang membuatkan manja itu sirna,” kongsi Sharifah Zahidah.
Bellpalsy atau lumpur sebelah muka ini orang kata macam strok kecil juga. Namun serangan ini berlaku pada sebelah muka yang mana boleh mengakibatkan lumpuh atau lemah di bahagian sebelah muka sebab kerosakan saraf muka.
Dan ini pengalaman pesakit sendiri, Abaya Fiona yang berkongsi cerita macam mana dia boleh diserang lumpuh sebelah muka dan apa punca sebenar.
Rasa malu nak kongsi gambar tapi memandangkan ramai kawan-kawan yang tak kira umur dah kena strok di usia muda. Fiona nak kongsi Punca dan Cara rawatan strok.
Fiona anggap ini ujian dari Allah Taala fiona Redo tak perlu malu, mungkin pengongsian ini dapat membantu orang lain yg senasib fiona.
Punca Yang Boleh Buat Lumpuh Sebelah Muka
1. Demam berpanjangan lebih dari seminggu
2. Darah tinggi
3. Stress
4. Tak cukup rehat
5. Banyak berfikir
6. Kolestrol tinggi
7. Sakit dalam perut
Jangan pandang rendah dengan demam, demam lebih dari seminggu sila rujuk ke hospital. Dikhuatiri darah anda akan dijangkiti bakteria, ini akan memudahkan lagi anda untuk mendapat strok.
TEMPOH MASA UNTUK SEMBUH
1. Doktor cakap 6 bkn 1 tahun
2. Kawan-kawan yg dah kena ada yang setahun masih belum sembuh jangan sedih jangan give up kena kuat sayang semua.
. USIA YANG BOLEH MENGHIDAP BELLPALSY
1. Tak ada limit usia, paling muda setakat ni umur 6tahun sebab obes.
CARA RAWATAN
1. Turun kan panas badan dan darah tinggi secepat mungkin
2. Ambil ubat hospital cuma seminggu
3. Terus berurut traditional saraf secara kampung dalam tempoh 2/3 kena, jangan tunggu lama2 nanti saraf dah keras susah nak betul .
4. Mulut tu banyakkan selawat zikit buka mulut tu. Dokter akan suruh exercise sebut (a e I o u ) kita percaya pada Allah kita banyakkan sebut Allah di mulut.
5. Senaman lidah nanti fiona akan buat vedio tunjuk senaman yg betul.
6. SIMPAN ALLAH DALAM HATI ALLAH JAGA KITA SAMPAI MATI.
7. KUAT KUAT KUAT FIONA SANGAT KUAT. KEKUATAN DALAMAN LAGI KUAT DARI KEKUATAN FIZIKAL. FAHAM NI.
KESAN
1. Mata tak dapat pejam
2. Mulut herot
3. Sukar bercakap makan minum
4. Penglihatan fiona dah kabur
5. Pendengaran kurang
6. Saraf tak dapat lagi merasa deria.
Sesungguhnya fiona tak pernah kesali dengan apa yg terjadi. Tidak sedih walaupun sedikit suami banyak bagi sokongan fiona jadi semakin kuat. Cuma bila doktor cakap dia tak dapat buat apa-apa fiona mungkin akan begini dalam tempoh setahun baru menitis sedikit air mata. Tapi fiona berazam pada diri sendiri aku kena kuat aku kena sembuh cepat.
Alhamdulillah sekarang tak sampai 2 minggu fiona dah 60% sembuh ni semua kuasa Allah taala mata pun dah dapat pejam mulut dah tak herot sangat cuma minum air masih meleleh.Dan juga pergi berubat pada tempat yg betul.
Tok sah p tok bomo tipu semua tu. Nanti boleh check dekat wall Abaya Fiona akan share tempat urutan saraf.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Satu masalah rumit yang banyak terjadi di kalangan mak ayah sekarang adalah menangani anak yang tantrum atau mengamuk. Boleh buat mak ayah naik hantu sama bila, anak-anak kecil mula merentan menunjukkan tanda protes bila kehendaknya tak dipenuhi.
Stresskan mak ayah? Apa mak ayah nak buat bila anak dah berguling-guling depan kedai. Menjerit-jerit minta perhatian. Panik, memang panik. Malu jangan cerita. Nak selamatkan keadaan, jika di kedai mainan, mak ayah pun penuhi saja kehendak anak. Akhirnya ini yang anak faham. Bila nakkan sesuatu, dia perlu tantrum saja. Dapatlah nanti.
Walhal ada cara yang lebih baik yang mak ayah boleh cuba untuk melatih anak-anak jenis yang kuat mengamuk ini. Dan cara ini akan buat anak hilangkan habitnya itu. Perkongsian daripada Dr. Hj. Masjuki bin Hj. Mohd Musuri ini menjelaskan secara teori. Malah bantuan video memudahkan mak ayah lebih faham tip menangani tantrum anak sendiri.
Tips Menangani Tantrum Si Anak
Tabiat tantrum anak ini sering berlarutan berjam-jam dan tidak boleh ditenangkan oleh mak ayah sendiri. Ia terbentuk hasil dari sikap mak ayah yang terlalu ‘Permissive’ dan kurang ‘energy’.
Tabiat yang sama juga terbentuk pada kesemua anak-anak lain dari pasangan ini. Maknanya, selain dari bantuan pihak ketiga untuk merawat sikap anak.
Lebih penting lagi untuk mak ayah anak ini sendiri mendapatkan ilmu dan latihan praktikal dalam ‘parenting’nya. Ini kerana rawatan sikap itu perlu diteruskan sendiri oleh ibubapanya.
Tanda Tangisan Tanpa Air Mata
PERHATIKAN TANGISAN anak ini ‘tanpa air mata’. Ini menunjukkan anak ini hanya mengada-ngada dan inginkan perhatian semata-mata.
Dalam klip video ini dapat kita saksikan keberkesanan teknik pengabaian (NO TOUCH, NO TALK, NO EYE CONTACT) dan juga teknik ‘hukuman masa’.
Ini adalah kaedah ‘reverse psychology’ untuk memberhentikan sikap mengada-ngada yang sering menjadi amalannya. Semakin dia minta perhatian, semakin kita abaikan sikap ‘mengada-ngada’nya.
Orang tua-tua dulu akan lakukan perkara yang sama bila kita melakukan apa yang dilarangnya. Contohnya bila kita dijumpai panjat pokok…, maka dia akan sindir kita. Akan disuruhnya kita panjat lebih tinggi lagi.. !!!
Apa Itu Sebenarnya Tantrum
TANTRUM adalah satu ledakan emosi dan tunjuk perasaan melalui kelakuan luar jangka yang tidak masuk akal, amat menjengkelkan dan sukar dikawal.
Ia terhasil dari pertambahan energi demi untuk menyatakan suatu hajat, namun tidak mampu mengungkapkannya dalam bentuk kata-kata.
Biasanya anak-anak tantrum akan mengamuk, marah-marah, merajuk, berkeras kepala, menangis, menjerit-jerit, dan melawan bila cuba ditenangkan.
Ada juga yang ke tahap lebih parah sehingga melakukan kekerasan fizikal yang sukar dikawal seperti memukul, membaling dan merosakkan hartabenda.
Ramai ibu-ibu yang mengadu sudah tidak tahan lagi untuk terus-terusan menangani tantrum anak-anaknya sendiri, khususnya bagi ibu tunggal dan ibu tinggal.
Kasihan sekali melihat tangisan ibu-ibu yang sungguh-sungguh mengadu. Itu jelas menggambarkan tekanan emosi mereka dalam menghadapi cabaran situasi.
Tips yang dikongsikan agak sedikit berlainan dari apa yang dikongsikan oleh pakar parenting lain. Ini kerana ia merujuk kepada pengalaman kami sendiri dan akan juga merujuk kepada Al Quran dan sunnah Nabi.
Buat masa ini Dr Masjuki banyak berkongsi tip menangani permasalahan tantrum. Beliau membahagikannya kepada dua bahagian iaitu:
1. Bagaimana mencegah tantrum, bermula dari dalam kandungan.
2. Bagaimana merawat tantrum dan menangani kedegilan.
Tak semua lelaki mampu hargai pengorbanan ‘orang rumah’ dengan cara yang paling membahagiakan. Haaa… beli kek besar, bawa melancong ke luar negara atau bagi hadiah harga ribu riban belum tentu akan ikat hubungan suami isteri. Tetapi bila baca perkongsian doktor Taufiq Razif ini, rupanya begitu mudah untuk cairkan hati wanita bergelar isteri. Anda pernah buat macam ini tak?
Kalau belum, baca dan sila aplikasikan secepat mungkin…
“Abang tak beli kek untuk anak kita?”
Saya tahu je hari ni 8/8/2017 bersamaan dengan birthday pertama anak lelaki saya, Muhammad Solahuddin.
Isteri saya tanya saya nak beli kek ke tak untuk birthday boy tu tapi saya diamkan je. Saya pilih untuk ke pasar basah! Saya beli 4 ekor ikan selar dan seplastik cili.
Balik rumah saya sorang terkontang kanting di dapur dan saya biarkan isteri saya berehat dengan anak-anak kat ruang tamu. Akhirnya siap la jugak resepi rahsia saya. Ikan bakar beraroma limau dimakan bersama petai dan budu pedas.
Isteri saya pelik kenapa la saya tak sambut birthday si Muhammad Solahuddin tu. Sebenarnya hari ni saya memilih untuk menghargai pengorbanan isteri saya melebihi saya bersyukur dengan kelahiran birthday boy tu.
Saya takkan lupa betapa teruknya isteri saya muntah muntah ( hyperemesis gravidarum ) hampir 9 bulan akibat hamilkan si birthday boy tu! Saya takkan lupa betapa peritnya pengalaman isteri saya yang mengalami premature contraction hingga hampir keguguran si birthday boy tu akibat kepenatan melampau ketika bertugas di bahagian kecemasan!
Saya takkan lupa bagaimana isteri saya hampir melahirkan di dalam kereta semasa hampir melahirkan si birthday boy tu. Bayangkan waktunya cuma 2 jam je antara regular contractions dengan waktu isteri saya mengalami pembukaan 10 cm dan akhirnya melahirkan!
Saya takkan lupa pada riak wajah isteri saya yang kerisauan apabila bacaan bilirubin si birthday boy tu melebihi paras normal dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk fototerapi walaupun baru berumur beberapa hari! Masih banyak yang saya tak boleh lupa tapi cukuplah isteri saya tahu bahawa saya takkan mampu untuk balas jasanya mengandungkan dan melahirkan zuriat saya. Jadi harini saya tekad, saya nak buat dia bahagia! Tu yang saya masak menu istimewa untuk dia tadi.
Saya pernah nampak dia lahap petai dan budu macam lahap popcorn. Tu yang saya masak menu berlaukkan petai dan budu malam ni. Biarlah bukan Me’nate. Biarlah bukan Sushi King. Biarlah bukan Meatball Ikea sekalipun yang penting saya tahu menu kali ni boleh buat si dia tersenyum lebar sampai ke telinga!
P/s: Update, Alhamdulillah. Tadi lepas bancuhkan kopi arabica Nomad Barista Coffee, si dia datang duduk tepi saya, pegang bahu saya dan pandang saya dengan penuh pandangan cinta! Betul la pegangan saya selama ni. Kalau sampai je birthday kita yang patut kita hargai adalah orang mengandungkan kita, bukan menuntut orang menghargai kewujudan kita semata-mata. Mulai saat ni jom kita lebih hargai insan bergelar wanita dan ibu pada anak-anak kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jenazah bayi tertindih lengan, dikebumikan dalam satu liang lahad bersama bapa. Hujan gerimis mengiringi suasana pilu pengebumian jenazah Nurul Effendy Ibrahim, 35, bersama anak lelakinya, Nur Muhammad Danial yang baru berusia tiga bulan, malam tadi.