“Isteri saya dehidrasi sahaja dan keadaan dia sangat stabil” itulah antara kata-kata yang diluahkan Prince Syed sewaktu memberi komen di sebuah video akaun Tik Tok Pakar pembedahan bariatrik terkenal, Dr. Abdul Gafoor Mubarak.
“Dr. G dah buat yang terbaik untuk urusan isteri saya. Isteri saya dehidrasi sahaja, dan keadaan dia sangat stabil dan terbaik sebab team (pasukan) Dr. G dan hospital memudahkan urusan,” kata Pince Syed.
“Isteri Saya Dehidrasi Sahaja”
Menerusi perkongsian Dr. Abdul Gafoor itu, Prince Syed meninggalkan komen dengan menzahirkan penghargaan kepada pakar tersebut kerana berjaya menjalankan prosedur pembedahan ke atas isterinya dengan baik.
Malah Dr. Abdul Gafoor juga menjelaskan Fatin Syazwani Ishakdimasukkan ke hospital bukan disebabkan komplikasi daripada pembedahan bariatrik yang dijalaninya tiga minggu lalu, sebaliknya kerana dehidrasi dan jangkitan kuman.
“Saya nak tekankan bahawa komplikasi yang dia alami tiada kena mengena dengan bariatrik.
“Tiada kebocoran atau masalah pada tiub pembedahan.
Ads
“Keadaan ini tidak berkaitan langsung dengan prosedur tersebut,” terangnya lagi menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok itu.
Ads
Pemeriksaan Pra Pembedahan Dijalankan Dengan Sempurna
Pada masa yang sama Dr. Abdul Gafoor juga memaklumkan semua pemeriksaan pra pembedahan dijalankan dengan sempurna dan pesakit berada dalam keadaan baik selepas prosedur tersebut.
“Perkara yang menjadi tular sebenarnya ialah isu keluarga dan isu peribadi, bukannya isu profesional yang melibatkan bidang perubatan.
“Saya sediakan perkhidmatan post-op bersama admin dan dietitian supaya pesakit boleh berhubung bila-bila masa jika ada masalah,” ujarnya.
Penuh dengan suasana cinta dan kasih, pelakon terkenal Edika Yusof sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi momen indah menyambut ulang tahun kelahiran isterinya, Nor Hidayah Yusri, dalam suasana mesra keluarga di sebuah restoran.
Edika Yusof atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid, 58, menzahirkan ucapan yang cukup menyentuh hati buat suri hatinya itu tanda kasih yang masih utuh meskipun sudah lebih dua dekad bersama mengharungi suka duka rumah tangga.
“Selamat hari lahir, sayangku. Dua puluh dua tahun bersama, saya masih sayang dan cintakan awak setiap hari.
“Awak adalah jiwa dan raga saya, pendorong untuk saya terus ke hadapan.
“Semoga Allah kurniakan awak ketenangan, kekuatan dan rahmat yang berpanjangan. Selamanya untuk awak, Nor Hidayah Yusri,” katanya menerusi satu hantaran di INSTAGRAM.
Ucapan romantik bintang filem Maria Mariana itu segera meraih pelbagai reaksi positif daripada netizen yang tersentuh dengan keikhlasan cinta pasangan berkenaan.
Ramai yang memuji keteguhan cinta Edika Yusof terhadap isterinya. Ucapan penuh kasih itu disifatkan sebagai contoh lelaki yang setia dan berhati lembut dalam menghargai pasangan.
“Setiap kali tengok mereka berdua, rasa sebak. Walau diuji, cinta Edika tetap teguh,” komen seorang pengguna.
“Jarang lelaki sekuat ini dalam mempertahankan rumah tangga. Semoga Allah pelihara cinta mereka,” tulis netizen lain.
“Masya-Allah, sweet sangat. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga,” ujar seorang lagi pengikut.
Untuk rekod, rumah tangga Edika Yusof dan Nor Hidayah pernah menjadi perhatian umum selepas isterinya memfailkan permohonan cerai pada pertengahan Februari lalu. Pasangan ini kemudian disahkan bercerai dengan talak satu pada 5 Mei 2025, namun membuat keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.
Edika Yusof dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan dikurniakan dua cahaya mata, Fardeen Nasrulhaq serta Fereena Nurulhaq. Kisah cinta mereka yang penuh kesetiaan ini terus menjadi inspirasi buat ramai pasangan yang mengimpikan kebahagiaan berpanjangan.
Kisah cinta Edika Yusof menjadi lambang kasih sejati yang tidak luntur dimakan masa. Dalam dunia hiburan yang sering diuji gosip dan dugaan, pasangan ini membuktikan bahawa cinta yang berlandaskan keikhlasan dan keimanan mampu bertahan selamanya.
Semoga hubungan mereka terus diberkati dan menjadi inspirasi kepada pasangan lain untuk terus menghargai makna cinta sejati.
Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun menjadi mangsa penipuan cinta dalam talian selepas terpedaya dengan seorang lelaki tidak dikenali yang kononnya mahu memperisterikannya.
Mangsa yang juga ibu tunggal dikatakan sanggup menghantar gambar tidak senonoh dan memberikan sejumlah wang setiap bulan kepada ‘kekasih online’ berkenaan demi memenuhi permintaan lelaki berusia 40-an tersebut.
Lebih mengejutkan, wanita itu turut meminjam wang daripada anak-anak dan along, semata-mata kerana percaya janji manis kononnya si lelaki akan datang meminangnya.
Kisah terbongkar selepas anak dan menantunya menemui mesej serta gambar memalukan dalam telefon milik wanita itu, sekali gus mendedahkan bahawa ‘kekasihnya’ sebenarnya seorang scammer yang menggunakan identiti palsu untuk memperdaya mangsa.
Hal ini didedahkan oleh aktivis masyarakat dan sukarelawan, Puan Natipah Abu di facebooknya.
Jelasnya, ia dikongsikan oleh menantu kepada wanita berusia 72 tahun itu yang sudah buntu mahu membantu ibu mentuanya yang dilihat lebih mempercayai “lelaki” berkenaan walau sudah dinasihati oleh anak menantu yang risau akan situasi ibu mentuanya itu.
“Mak mertua saya seorang ibu tunggal. Duduk seorang di rumah kampung di Johor Bharu. Bukan kami atau anak-anak tak ajak duduk sekali tapi dia tak mau. Dulu, dia memang kerap sakit. Kadang letih kami berulang-alik kampung bila dia tak sihat. Bayangkan, Kuala Lumpur dan Johor Bharu bukannya dekat.
Tapi kebelakangan nie, mak mertua saya jarang lagi mengadu sakit. Sebaliknya asyik call minta duit. Bermacam alasan dia minta duit. Sampaikan tarikh gaji pun dia hafal. Hari ni gaji. Hari ni masuklah call dia mintak duit.
Suami pula. Tak nak mak dia kecik hati, bagi saja. Cuma keadaan semakin parah bila belanja kami dah sangkut sebab suami banyak spend kat mak dia. Hairan, buat apa sampai tak cukup duit sedangkan mak ada hasil sawit yang arwah ayah mertua tinggal untuk dia juga.
Saya mula persoalkan. Ke mana perginya duit mak mertua. Tak logik akal dia berbelanja sampai begitu sekali. Setiap kali saya persoal, kami bergaduh. Suami marah dan tuduh saya kedekut. Tuduh saya berkira. Tak mahu membantu dia sedangkan saya bekerja.
Akhirnya ipar panggil suami balik kampung dan bersemuka dengan mak. Tanya punya tanya, mak tetap tak mengaku ke mana duit tu dibelanjakan. Tapi, ipar perasan sesuatu tentang mak. Rajin berganti kain baju dan sentiasa berkepit dengan telefon.
Dia selak baju nampak buah dada dia. Remuk hancur hati suami tak tahu nak cakap macam mana. Terduduk anak-anak. Mak tetap tak percaya itu scammer.
Scammer janji nak datang kahwin dalam masa terdekat
Mak kata akan kawin dengan kekasih dia yang bercadang akan datang meminang dia dalam masa terdekat.
Sejak peristiwa di kampung tu, suami saya dah tak mahu balik kampung. Bercakap dengan mak pun dia tak mahu dah. Kalau mak dia call. Dia tak pernah angkat. Kata ipar, mak tak berubah pun.
Masih tunggu kekasih hatinya datang meminang. Pernah sekali tu dah tetap tarikh tapi tak jadi datang kerana kereta rosak, masuk bengkel.
Sekarang dah lima bulan. Suami langsung tak balik jenguk mak dia. Saya takut suami berdosa kerana tak ambil peduli lagi hal mak dia. Puas saya pujuk tapi suami tetap berkeras.
Bagi saya, mak jadi macam tu bukanlah disebabkan kesunyian semata-mata tapi disebabkan keadaan fikiran dia. Dalam usia 72 tahun, saya percaya otak kita tak mampu lagi bekerja dgn baik. Tak mampu lagi berfikir dengan waras. Apa tah lagi tinggal seorang.
Pada tahun 2024, sebanyak 770 kes penipuan “love scam” (cinta online) telah dicatatkan oleh Commercial Crime Investigation Department (CCID). Dalam kes tersebut, 75.6% atau 582 mangsa adalah wanita.
Dalam kalangan warga emas (umur 61 dan ke atas), 173 kes dilaporkan bagi tahun 2024 sebagai golongan paling banyak menjadi sasaran “love scam”.
Untuk penipuan dalam talian umum (bukan khusus “love scam”), dalam tempoh Januari hingga Ogos 2024, sebanyak 1,916 individu berumur 61 tahun ke atas menjadi mangsa dengan jumlah kerugian sebanyak RM255.37 juta — iaitu kira-kira 27.9% daripada jumlah kehilangan dalam tempoh tersebut.
Wanita juga mencatatkan nisbah mangsa yang lebih tinggi dalam “love scam” — statistik dari Royal Malaysia Police (PDRM) menunjukkan wanita membentuk 79.3% daripada 2,223 kes “love scam” yang dilaporkan antara 2022 hingga Ogos 2024.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak pernah terlintas di hati Fauziah Sarman, 57, atau lebih mesra disapa Mama Zie, bahawa setelah dua tahun lebih melalui kehidupan sebagai wanita solo, pintu hatinya kembali diketuk dengan begitu indah.
Lebih mengejutkan, lamaran daripada jejaka bernama Brigadier Jeneral Zainal Abidin Muhammad Salleh, 55, hadir hanya selepas sebulan mereka berkenalan.
Menurut Mama Zie, perjalanan jodohnya ini bermula secara sederhana — namun dihiasi gerak takdir yang tidak disangka. Semua bermula apabila pelakon Serina Redzuawan, sahabat baiknya, mengambil peranan sebagai ‘mak comblang’ moden, bijak menyusun beberapa pertemuan santai untuk mereka.
“Adalah orang yang macam jodoh-jodohkan kami. Serina pun pandai, dia bukan buat perjumpaan sekali. Dua tiga kali dia kenakan. Masa itu memang tak terfikir langsung nak cari teman hidup, tapi dengan dia… lain. Jumpa sekali, rasa nak jumpa lagi,” cerita Mama Zie sambil tersenyum.
Walau lamaran itu hadir begitu cepat, Mama Zie mengaku dia sendiri seakan sukar mempercayainya. “Tiba-tiba dalam sebulan kena ajak kahwin. Sepatutnya lebih awal, cuma ada halangan. Akhirnya 22 November lalu jadi juga,” katanya dalam nada penuh syukur ketika ditemui di majlis pelancaran album baharu Shila Amzah, SA25.
Bagi seorang ibu, kebahagiaan anak-anak selalu menjadi keutamaan. Dan apa yang membuatkan perjalanan baharu ini lebih manis adalah restu serta sokongan empat cahaya matanya.
“Seronok sebenarnya saya dah ada teman bercerita. Dua tahun lebih juga ‘single’. Tapi sekarang ada orang untuk temankan… Anak-anak pun okay. Mereka tak pernah jumpa dia sebelum ini, tapi bila mereka nampak saya happy, mereka pun happy. Katanya, ‘Mak mesti jumpa orang yang baik sebab mak nampak berseri’,” luahnya, sebak namun bahagia.
Dari sisi suami pula, pertemuan dengan Fauziah dirasakannya seperti sebuah hadiah daripada Allah setelah lapan tahun hidup sebagai bapa tunggal.
“Saya dah ‘single’ lapan tahun. Masa itu habis untuk membesarkan anak. Bila nak terima Fauziah, saya bawa anak berjumpa dulu. Tengok mereka serasi, adik-beradik pun suka pada dia… Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ini semua takdir,” katanya.
Pasangan ini selamat disatukan pada Sabtu lalu, dan berita gembira itu turut dikongsikan pereka fesyen Seth & Luth melalui hantaran video di Instagram.
Sebelum ini, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga bersama ND Lala pada tahun 1989 dan dikurniakan empat anak: Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada. Selepas melalui perjalanan rumah tangga yang panjang, penuh cerita suka dan duka, kini beliau kembali diberi peluang merasai bahagia sebagai seorang isteri.
Sesungguhnya, jodoh tidak pernah lewat atau awal. Ia hadir tepat pada waktu yang telah ditulis. Dan bagi Mama Zie, babak hidupnya kini dibuka semula dengan cahaya, ditemani seseorang yang membuatnya kembali tersenyum dari hati.
Insiden pergaduhan melibatkan satu keluarga terdiri dari ibu, anak perempuan dan menantu bersama dua beradik di hadapan Pasar Awan Melor minggu lalu didenda RM1000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah melakukan pergaduhan di khalayak ramai pada minggu lalu.