
Isteri sarat hamil 36 minggu dihalau suami tengah malam seolah tiada harga diri, baru sebulan serumah selepas PJJ. Seorang wanita sarat hamil 36 minggu berdepan detik memilukan apabila dihalau suami pada lewat tengah malam sekitar jam 1 pagi dalam keadaan sehelai sepinggang.
Lebih mengejutkan pasangan itu baru kembali tinggal serumah sejak sebulan lalu selepas tempoh berjauhan (PJJ).
Insiden yang tular di media sosial dikongsikan oleh isteri di threads @therealyaaa_ ini mengundang kecaman ramai yang menganggap tindakan suami tersebut bukan sahaja tidak berperikemanusiaan malah boleh mengancam keselamatan ibu serta bayi dalam kandungan.
Dalam gambar dikongsikan di media sosial, dirinya sempat mencapai beberapa barang penting seperti pampers anak dan sedikit barang keperluan diri. Bahkan benda paling muatahak seperti kad bank juga tidak sempat dibawa bersama.
Kongsi @therealyaaa_“kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.
“Tanpa harta, tanpa harga diri kami dicampak pagi ni. Semoga Allah angkat darjat kami setinggi-tinggiNya dan diberikan rezeki buat saya dan anak anak. Aku benar benar memohon keajaiban dari-Mu buat anak anak kecil ini ya Allah 😢.
Bukan saja dihalau keluar dari rumah, lebih memilukan, suami turut mengeluarkan kata-kata kesat termasuk mendoakan isteri mati ketika bersalin. Nauzibillah.


Tidak hanya doa yang buruk-buruk dikeluarkan, suami ini turut menganggap isterinya hanya menambah beban kerana tidak menyumbang apa-apa termasuk menyamakan dengan babi yang ditulis di fbnya.

Selepas dihalau keluar dari rumah, ibu kepada dua anak ini mengakui sudah mengambil Grab untuk keluar dari sewaan rumah kelamin mereka.
“Saya naik Grab dari Kota Masai terus ke Taman Johor Jaya, di sekitar sini. Anak minta makan pagi ni tapi InsyaAllah saya cuba iktiar dulu. Allah ada, InsyaAllah.
Dirinya turut berkongsi sedikit tentang perjalanan rumahtangganya di mana dia mengakui suami seorang baik dan bertanggungjawab sebelum diuji seteruk ini selepas mengenali seorang perempuan lain ketika mereka PJJ.
“Ada banyak perkara buruk berlaku terjadi tahun ini. Tahun ini tahun paling perit kalau nak cerita. Sumpah demi Allah, selama 5 tahun ini suami saya terlalu baik, sempurna, bertanggungjawab.
“Kalau dari awal lagi sisi buruk dia banyak jadi, saya takkan bertahan sehingga ke hari ini. 6 tahun itu bukan mudah kalau perjalanannya semua pahit. Tahun ini nak kata Allah nak uji saya. Suami saya ada kenal dengan seorang perempuan masa kami PJJ”
Apa yang jelas selepas kisahnya tular di media sosial, ramai yang mahu membantu namun @therealyayaa mengakui malu untuk menerima semua bantuan dari orang ramai.
“Ya Allah, terlalu ramai yang DM. Saya tak sempat nak balas semuanya. Terima kasih yang sudi nak bantu anak-anak saya. Tapi demi Allah, saya malu. Saya segan. Saya luah bukan untuk meminta. Saya cuma stuck di situasi macam ni sebab saya tak pernah ada pengalaman. Saya buntu dan cuma hilang kekuatan dan semangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

















