
Isteri rajin buat kerja rumah, tak perlulah sampai jadi kuli suami dan anak. Dalam rumah tangga, mak atau isteri sering jadi tulang belakang yang mengurus segala benda dari sekecil-kecil hal macam lipat baju, sampai ke sebesar-besar urusan macam bajet dapur dan ulang alik anak sekolah.
Isteri Rajin Buat Kerja Rumah, Tak Perlulah Sampai Jadi Kuli Suami Dan Anak
Sifat rajin memang mulia, dan tak dapat dinafikan, ramai wanita rasa itu tanggungjawab mereka. Tapi kalau semua benda mereka buat sendiri tanpa ruang untuk ahli keluarga lain ambil bahagian, ia akan jadi satu kitaran yang tak sihat, di mana mak makin penat, dan yang lain makin selesa tak buat apa-apa.
Ramai tak sedar, bila kerja rumah tak dikongsi, ia bukan saja membebankan seorang, tapi juga membina budaya “lepas tangan”. Anak-anak akan terbiasa tengok semuanya beres secara magik, dan suami pula mungkin tak sedar dia pun sedang contribute kepada beban isteri secara pasif.
Sedangkan, rumah tangga yang sihat ialah bila semua ambil bahagian walaupun sikit. Mak/isteri boleh mula dengan sengaja “tinggalkan” kerja seperti suruh anak lipat kain sendiri, atau minta suami basuh pinggan selepas makan. Bukan sebab tak larat, tapi sebab nak ajar tanggungjawab, dan nak elak budaya ‘kita raja, mak kuli’ dari berakar dalam keluarga.
Isteri bukan kuli. Dia pasangan hidup, bukan pekerja rumah sepenuh masa tanpa gaji, tanpa cuti. Bila dia terlalu rajin, terlalu banyak ambil alih, suami dan anak-anak pula perlahan-lahan lepas tangan. Bukan sebab mereka jahat tapi sebab dah terbiasa dilayan. Anak-anak fikir “mak memang akan buat”, suami fikir “isteri memang cekap, biarlah dia buat”. Tapi sampai bila? Sedangkan fizikal dan emosi seorang isteri pun ada hadnya.
Isteri sendiri kadang rasa, “kalau aku tak buat, siapa lagi?” Tapi hakikatnya, kalau dibiarkan, peranan suami sebagai ketua keluarga dan anak-anak sebagai pewaris tanggungjawab rumah akan pudar. Bila semua benda isteri tanggung, keluarga tu tak seimbang. Suami jadi penonton, anak-anak jadi boss kecik, dan isteri? Jadi superwoman yang senyum luar, tapi meletup dalam.
Sebab itu penting untuk letak had. Bukan bermakna isteri kena malas, tapi bijak agih tugas. Ajar anak lipat baju sendiri. Minta suami tolong kemas lepas makan. Biarkan rumah tak perfect sikit, tak semestinya rumah kemas kilat itu tandanya isteri bahagia. Kadang-kadang, rumah bersepah sikit itu tanda semua orang tengah belajar buat sama-sama.
Rajin itu satu nilai yang sangat kita hormat, tapi bila ia jadi berlebihan sampai orang lain tak merasa tanggungjawab, ia jadi racun perlahan. Rumah adalah tempat belajar hidup sebenar, bukan hotel servis penuh.
Mak atau isteri tak perlu rasa bersalah kalau minta bantuan sebab dalam jangka panjang, itu yang akan bentuk anak-anak yang bertanggungjawab, suami yang lebih peka, dan keluarga yang lebih seimbang. Jadi jangan takut untuk let go sikit, sebab kadang-kadang, itulah bentuk sayang yang paling besar.
Baca artikel lain juga: Isteri Provider, Terpaksa Sediakan Duit Minum Kopi Untuk Suami Melepak Sebab Tak Nak Ada Hutang Di Kedai

Isteri Terpaksa Jadi Dominan Sebab Suami Jenis Slow Speed
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI