Isteri Edika Yusof dakwa jadi  mangsa keganasan rumahtangga, “lumpuh pun saya bekerja. Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pelakon Edika Yusof dan pasangan dikahwininya 22 tahun lalu, Nor Hidayah Yusri sah bercerai talak satu.

Pernah dipandang tinggi oleh peminat kerana setia di sisi isteri yang lumpuh, Edika pernah memaklumkan dirinya tak terfikir untuk berkahwin dua atau lebih di sebalik kekurangan dialami oleh isterinya.

Isteri Edika Yusof Akui Jadi Mangsa Keganasan Rumahtangga

Bagaimana pun kisah cinta pasangan ini mula mencuri tumpuan ramai apabila Nor Hidayah memfailkan permohonan cerai pada 23 April lalu dengan menyenaraikan 10 sebab kenapa dirinya berbuat demikian.

Dan sedikit demi sedikit, perasaan yang dilaluinya selama 22 tahun dikongsikan bersama media di mahkamah hari ini dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumahtangga dari awal perkahwinan lagi.

Memetik laporan Harian Metro, Nor Hidayah Yusri, 47, memaklumkan anak-anak mereka terutama yang perempuan, iaitu Fereena Nurulhaq, 20, mengetahui apa yang terjadi dalam rumah tangga ibu bapanya.

Nor Hidayah berkata, anak perempuannya itu akan menghubungi abang sulungnya jika berlaku pergaduhan antara dia dan bekas suami, Edika Yusof, 58, yang tidak dapat dikawal.

“Malah, pihak polis juga pernah beberapa kali datang ke rumah untuk mengawal keadaan (pergaduhan) yang berlaku, Tapi, Edika memang sering menafikannya.

“Apa pun, Edika boleh saja menafikan apa yang dia nak. Dia boleh cakap apa yang dia mahu. Tapi, semua yang saya kemukakan dalam mahkamah beserta bukti kukuh.

“Saya ada gambar, video dan audio. Malah, anak-anak juga menjadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya, tapi itu tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi.

Ads

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :“Perceraian Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu Dan Ayah”– Luahan Anak Edika Yusof

Isteri Edika Yusof Fail Cerai “Kalau Saya Sudah Sampai Ke Tahap Pergi Ke Mahkamah, Sudah Tentu Ada Sebab Yang Sangat Kukuh”

Edika Berusaha Selamatkan Perkahwinan, “Kalau Isteri Berkeras Cerai Saya Ikut Apa Dia Nak…

Isteri Edika Yusof Akui Jadi Mangsa Keganasan Rumahtangga, “Lumpuh Pun Saya Bekerja…

“Anak perempuan pun berpihak pada saya. Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan saya orang pertama yang akan cari abang sulungnya atau diam-diam akan hubungi polis,” katanya.

Menurut Nor Hidayah, dia juga sudah banyak kali pergi ke Balai Polis Kepong untuk buat aduan, selain pihak berkuasa juga banyak kali datang ke rumah mereka.

Ads

Tidak hanya itu, Nor Hidayah turut mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak awal perkahwinan mereka kira-kira 22 tahun lalu.

“Ya, (keganasan rumah tangga). Dalam mahkamah dia tetap mahu menafikan perkara itu. Saya tak nak (keluarkan bukti). Keganasan itu berlaku dari sebelum saya sakit… lebih 20 tahun,” ujarnya.

Terdahulu, Nor Hidayah berkongsi perkara itu selepas selesai urusan perceraiannya dan Edika di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

“Lumpuh Pun Saya Bekerja…

Masa yang sama dirinya memaklumkan, dirinya turut bekerja ketika tidak sihat selain menafikan dirinya  dirinya tidak waras sebagaimana dakwaan pelakon itu dan memaklumkan dia dalam keadaan sihat.

Dirinya yang lumpuh separuh badan sejak 19 tahun lalu masih boleh bekerja dan menguruskan rumah tangga berikutan sering diingatkan oleh Edika yang tiada benda percuma di dunia ini.

Ads

“Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia ‘shooting’ (penggambaran) ke apa, tapi saya yang menguruskan segalanya.

“Edika pun sejenis orang yang selalu cakap, tiada apa percuma di dunia ini. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia (Edika) pun tahu.

“Saya kat rumah tak duduk diam-diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia (Edika) pun saya juga yang uruskan,” katanya.

Nor Hidayah berkata, peringatan tiada yang percuma di dunia ini oleh Edika baginya sangat memilukan hati, namun dia mampu bersabar menghadapi segalanya lebih 20 tahun perkahwinan mereka.

Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pada jam 10.42 pagi hari ini.

Pada 23 April lalu, Edika tidak dapat melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah pada tarikh itu kerana isterinya berada dalam keadaan tidak suci dan tarikh baru ditetapkan mahkamah pada hari ini.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI