Hidup rumahtangga kena saling melengkapi. Sama-sama menerima kelebihan dan belajar memperbaiki setiap kekurangan yang ada, baik suami mahupun isteri. Namun seringkali terjadi, biasanya bila melibatkan menantu perempuan, serba serbi nak ‘dilihat’ sempurna. Pandai masak, kemas rumah, jaga anak, layan suami, bonus jika bekerja dan ada pendapatan sendiri. Namun, bila melibatkan tanggungjawab dan ‘kekurangan’ menantu/ anak lelaki masing-masing boleh pejam mata.
Sebelum kita kata anak perempuan orang, kena tengok anak lelaki kita dahulu.
Perempuan lepas kahwin, kalau tak pandai masak, memang kena kata la.Tapi laki kalau lepas kahwin, tak pandai jadi imam atau tak nak mengimamkan isteri dia, ada kena apa-apa tak?
Lelaki yang lepas kawin tak solat, tak nak bagi nafkah, berkira bab duit, tak tolong isteri uruskan hal-hal rumah, sat keje sat tak keje, asal malam je keluar melepak menghilang sampai pagi buta, mereka ni ada kena kata apa-apa tak?.
Terlepas begitu sahaja.
Wanita Kena Pandai ‘Serba Serbi’
Expectation lelaki pada wanita yang dikahwininya ialah dia mesti pandai masak, dia mesti pandai buat kerja rumah, dia mesti pandai layan suaminya.
Dah bayar 15k, dah bayar 20k.
Kita ni beli hamba ke apa dengan nilai tu? nak semuanya dari dia? nak dia ja jadi seperti apa yang kita bayangkan? kalau dia tak memenuhi expectation kita, maka kita dah silap pilih dia jadi pasangan kita? macam tu?
Belajarlah…
Tak pandai masak, belajar bagi pandai masak. Tak pandai jadi imam, belajar bagi pandai jadi imam. Kita jangan expect pasangan kita jadi macam yang kita nak tanpa kita pun jadi macam apa yang dia nak.
Isteri kita pun nak kita jadi pembimbing kepada dirinya. Seseorang yang boleh ajak dia beribadah, tegur cara dia beribadah, ingatkan dia tentang agama dan perkara-perkara yang agama tuntut. Isteri nak suami yang boleh menyelamatkan dia dari api neraka. Suami yang nak bawak dia masuk syurga.
Hidup Rumahtangga Saling Melengkapi
Jangan jadi suami yang buat isteri tinggal dalam “neraka”. Dah tak mampu bagi bahagia, jangan pula bagi derita. Dah tak mampu menyenangkan, jangan pulak menyusahkan.Dah tak mampu menghargai, jangan pulak buat tak peduli.
Ads
Hidup rumahtangga ni kena saling melengkapi.Jangan nak diri sendiri sahaja dilayan seperti raja tanpa kita layan isteri seperti permaisuri. Isteri bukan hamba abdi yang kita beli dengan lafaz “Aku Terima Nikahnya…”
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan. Pesanan buat mak-mak didiklah anak lelaki dan anak perempuan sebaiknya, agar mereka tahu erti tanggungjawab dan lebih berdikari bila berumahtangga nanti, walaupun tidak sempurna dan ada kekurangan tersendiri.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Memang tak dapat dinafikan wanita, mahupun isteri merupakan ‘pengurus’ terbaik melibatkan kewangan keluarga mahupun perniagaan.Segala urusan kewangan dapat diatur sempurna dan dapat dirancang dengan baik, tanpa perlu risau demi kebaikan keluarga mahupun dalam bisnes.
Wawa Uruskan Semua Duit Perniagaan
Perkara ini diakui sendiri oleh selebriti dan pelakon popular Aeril Zafrel,34 terhadap isterinya Wawa Zainal 31. 10 tahun hidup bersama, mendirikan rumahtangga dan membina empayar perniagaan, Aeril cukup menghargai jasa isterinya yang mampu menguruskan semua duit perniagaan dengan baik sekaligus menjadi salah satu tip kejayaan mereka.
Bukan apa, selain kerja keras, pengurusan kewangan yang betul juga amat penting untuk perniagaan meningkat maju dan berjaya.
“Antara tips kejayaan yang saya amalkan hingga la ke harini ialah saya biarkan Wawa uruskan semua duit perniagaan kami. Malah sampai ke harini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company. Sebab saya percaya kalau wanita yang uruskan duit, inshallah semuanya akan baik-baik saja”
10 Tahun Usia Perkahwinan
Mencecah 10 tahun usia perkahwinan, Aeril juga bersyukur melalui susah senang bersama isteri tersayang dan berusaha melengkapi kekurangan masing-masing.
“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama.Banyak dugaan yang telah kami lalui, dari awal perkahwinan hinggalah ke harini. Kami bukanlah pasangan yang sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah 1 dekad sebantal bersama. Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan.”
“Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang tuhan telah pinjamkan sepanjang kami bersama, daripada 4 orang anak hinggalah kejayaan wawacosmetic pada harini ni.”
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2012.Pasangan sama cantik, sama padan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,7, dan Ayya Soffya,2, dan Muhammad Fahri kini berusia dua bulan.
Mingguan Wanita: Tahniah buat Aeril dan Wawa atas kejayaan dalam perniagaan. Terbaik, Aeril percaya dan serahkan segala urusan kewangan perniagaan pada isteri dan antara tip kejayaan mereka berjaya dalam bisnes juga.
Bukan satu pengalaman manis untuk melalui seksaan minum air gula. Kalau boleh lari, memang dah lama ibu hamil lari. Demi kesihatan diri dan bayi dalam kandungan, kenalah ibu hamil tempuhi. Kasihan sebenarnya lihat pelakon Ummi Nazeera perlu minum air gula ketika kandungannya 5 bulan.
Semalam Ummi ada berkongsi di instagramnya minta pandangan follower tip nak minum air gula. “Pagi semalam saya siap buat buat tak boleh bangun tidur sebab takut nak pergi klinik minum air gula.”
Namun, akhirnya Ummi terpaksa juga akur yang dia perlu juga melalui saat-saat penuh debaran minum air gula. “Kena buat ujian minum air gula hari ini. Siapa pernah buat. Cuba share sikit pengalaman dan tip.” Yang lagi sweet tu, bila suami Ummi yang juga seorang doktor, Dr Mohd Izzar Anwari maklumkan padanya yang air gula itu sedap.
Ini Antara Petua Minum Air Gula Dari Follower Ummi Nazeera
Betulkan walau cuma nak minum air gula, dia punya perasaan macam nak pergi berperang. Macam-macam bermain-main dekat fikiran itu. Tak sedaplah.. nanti muntahlah..Apa pun mind set ibu hamil itu sendiri kena siap sedia.
Macam Ummi Nazeera ni, seharian dia cuba prepared mental dan fizikal nak hadapi momen getir minum air gula. Bila dia cuba tukar mindset cakap senang saja, akhirnya cabaran ibu hamil minum air gula dapat dilalui dengan tenang.
“Thanks to my dearest friends and fans for sharing your experience yesterday about drinking glucose water.
“Feedback ummi tentang minum air gula ? Not bad. Original flavor dikacau dengan air suam. Ummi berjaya habis kan dengan 4 kali teguk. Alhamdulillah. Kalau ummi boleh! Mesti u guys boleh! Sebab Ummi memang anti apa apa berkenaan dengan ubat dari kecil lagi. Menangis setiap kali kena makan ubat. Yang peliknya. Suami pula doctor.”
Kehamilan Buat Ummi Lebih Hargai Pengorbanan Ibu
Kehamilan dirinya buatkan dia semakin memahami susah senang ibu sewaktu mengandungkan dirinya dan abang selama 9 bulan kehamilan.
“I’ve only been pregnant for 5 months but now I understand. A little yet a lot for me. What mama went through to carry me and abang for 9 months. Ada yang kata “Syurga di bawah telapak kaki ibu”. It’s true.. Memang ibu ibu kita banyak pengorbanannya.”
“Patutlah sikit terguris hati mereka, Besar sangat dosanya. Being pregnant, Everyday is a new challenge. Belum lagi time bersalin ni!
“Takutlah juga. Anyway! Happy mama’s day everyday, Maziah Musa. I always pray for Allah to grant u the highest jannah mama. Semoga Allah terima semua Ibadah mama. Love you, thank you.” Luah Ummi Nazeera lagi.
Kata Ummi sepanjang Ramadhan ini dia kuat untuk meneruskan ibadah berpuasa. “Semoga dapat penuh sebulan. In Shaa Allah sehari dua lagi akan terbiasalah tu. Ummi dengan baby setakat ini okat lagi. Alhamdulillah.”
Malas sekolah dan hanya tidur sepanjang hari, mak ayah di Beijing, China mengambil tindakan buang anak remaja bermasalah ke pulau tidak berpenghuni.
Tindakan nekad ini rasanya jalan terakhir agar anak ini berubah laku. Mungkin juga remaja dinasihati berkali-kali secara baik namun tidak berubah, jadi ini adalah tindakan yang wajar.
Mak Ayah Buang Remaja Bermasalah Ke Pulau
Seorang remaja bermasalah di China dihukum dengan ‘dibuang’ ke sebuah pulau tidak berpenghuni.
Daily Star melaporkan, nelayan melihat seorang gadis berusia 13 tahun yang mengakui ibu bapanya meninggalkannya di pulau terpencil itu.
Ia sehingga remaja itu dapat belajar mengenai kesusahan hidup.
Remaja itu dilihat berada satu kilometer dari Bandar Rushan iaitu di pantai Shandong.
Dia hanya dibekalkan air dan biskut oleh ibu bapanya.
Menurut media China, ibu bapa gadis itu mengambil tindakan dramatik itu dalam usaha mengubah sikap remaja itu yang suka memberontak.
The Sun melaporkan ia berlaku selepas remaja itu malas bersekolah dan hanya tidur di biliknya sepanjang hari.
Menurut China Press, gadis itu dan ahli keluarganya adalah pengunjung pertama di pulau itu, selepas bertahun-tahun ia tidak berpenghuni kerana ketiadaan elektrik atau sumber air.
Selepas dua hari, dia dilaporkan menemui nelayan yang belayar melalui pulau itu, yang kemudian bertindak menghubungi polis.
Pihak Berkuasa Terpaksa Campur Tangan
Ketika polis tiba di pantai, gadis itu berlari ke arah mereka sambil menangis dan mengatakan: “Saya benar-benar tidak tahan. Mereka memaksa saya untuk bertahan di sebuah pulau yang sepi.
“Saya hanya mempunyai air dan biskut. Saya tidak dapat menyalakan api. Tolong bawa saya ke darat.”
Polis kemudian mengarahkan ibu bapanya untuk mengambil remaja berkenaan dan membawanya pulang ke Chengdu di wilayah Sichuan.
Walaupun pihak berkuasa terpaksa ‘campur tangan’, ayah gadis itu berpendapat tindakan itu sebagai satu kejayaan.
Dia mendakwa anak perempuannya kini lebih dewasa dan yakin berdepan orang ramai selepas insiden berkenaan.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang ketegasan juga perlu dalam mendidik anak-anak. Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan cara lembut, namun berpadalah juga kerana bimbang keselamatan anak jika dibiar sendiri begitu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.