Intan Najuwa dedah pereka fesyen hutang berjuta, “masa minta manis, bila tiba bayar berbelit macam ular. Pelakon dan usahawan muda, Datin Intan Najuwa mencetuskan perhatian ramai apabila tampil membuat pendedahan berani di Instagram Stories mengenai seorang pereka fesyen terkenal yang didakwa masih berhutang jutaan ringgit dengannya sejak bertahun-tahun lalu.

Menurut Intan Najuwa, individu berkenaan pada awalnya datang dengan janji manis, meminta pinjaman dan mahu dirinya membuat pelaburan. Jumlahnya bukan kecil, mencecah jutaan ringgit. Namun, apabila tiba masa untuk membayar semula mengikut kontrak bertulis, alasan demi alasan diberikan sehingga menimbulkan kekecewaan mendalam.

Intan Najuwa Dedah Pereka Fesyen Hutang Berjuta, “Masa Minta Manis, Bila Tiba Bayar Berbelit Macam Ular…“Ada satu famous designer ni, masa perlukan loan, nak kita invest, janji manis bukan main. Bila tiba masa bayar balik ikut perjanjian black & white, jumlah yang dipersetujui, tiba-tiba jadi ular, pandai putar belit. Kalau sikit takpe, berjuta ya jumlahnya,” tulis Intan.

Beliau menegaskan, meskipun kata-kata boleh diputar belit, namun fakta dan kontrak tidak dapat dinafikan kerana beliau memiliki dokumen perjanjian sah, bukti serta peguam yang menguruskan hal ini.

“Kita ada agreement, bukti dan peguam. Cakap sentiasa boleh diputar, tapi fakta dan kontrak tak boleh lari,kata isteri kepada Datuk Ahmad Azraf Azman ini.

Intan Najuwa Dedah Pereka Fesyen Hutang Berjuta, “Masa Minta Manis, Bila Tiba Bayar Berbelit Macam Ular…

Ads

Apa yang lebih mengecewakan, ujar Intan, pereka fesyen itu masih tampil dengan kehidupan mewah. Sering mempamerkan kereta, bercuti ke luar negara dan bergaya glamor walaupun tanggungjawab kewangan terhadapnya tidak ditunaikan.

“Lucu betul, hidup mewah tayang sana sini, kereta, bercuti… tapi hutang yang wajib dibayar pun tak boleh selesaikan. Kekayaan sebenar bukan apa yang kita tunjuk, tetapi bagaimana kita hormat janji dan amanah.”

Dalam satu lagi hantaran, Intan turut menjelaskan bahawa pada mulanya beliau tidak pernah berniat untuk mendedahkan isu ini di media sosial. Katanya, beliau hanya mahukan kedamaian tanpa drama, malah cuba mengelakkan daripada menamatkan hubungan dengan cara yang tidak baik. Namun, selepas bertahun-tahun bersabar, akhirnya beliau memilih untuk bersuara.

Ads

“Sejujurnya, kami tak pernah rancang untuk dedahkan perkara ini di media sosial. Dari awal, kami hanya mahu aman, tiada drama, dan tidak mahu akhiri hubungan dengan cara yang buruk. Tapi perkara ini dah berlarutan bertahun-tahun.

“Kami dah buat banyak pelaburan dalam macam-macam bisnes, kebanyakannya tiada masalah. Tapi yang ini paling susah. Bila tiba masa nak bayar balik, macam-macam alasan keluar, siap putar belit seolah-olah kami tak tahu undang-undang, sedangkan semuanya sudah jelas hitam putih dalam kontrak.”

Intan Najuwa Dedah Pereka Fesyen Hutang Berjuta, “Masa Minta Manis, Bila Tiba Bayar Berbelit Macam Ular…

Ads

Intan menegaskan, pada tahap ini isu tersebut bukan lagi soal jumlah wang semata-mata, sebaliknya menyentuh soal maruah, amanah dan integriti.

“Sekarang sudah terlalu melampau. Pada tahap ini, rasa hormat dah hilang. Bila kepercayaan dipecahkan berulang kali, ia tak boleh dibeli balik walau macam mana pun cuba ditutup dengan gaya hidup mewah di luar.”

Intan Najuwa Dedah Pereka Fesyen Hutang Berjuta, “Masa Minta Manis, Bila Tiba Bayar Berbelit Macam Ular…

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Di akhir perkongsian, Intan memberi bayangan bahawa beliau semakin hampir untuk mendedahkan identiti sebenar individu berkenaan.

“Tak sabar nak reveal siapa.”

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI