Perjalanan kehidupan sering menguji kekuatan Wanita. Bagi Noor Hamisah Binti Mohamed Sha’ari, cabaran yang datang tidak pernah mematahkan semangatnya. Dalam menghadapi kesukaran kewangan yang hampir meragut segalanya termasuk rumah dan kereta, Noor Hamisah atau lebih mesra disapa Kak Mimie bangkit dengan keberanian untuk mengubah jalan hidupnya.
Kini, dia adalah simbol kekuatan dan inspirasi, bukan hanya sebagai seorang pemandu Grab tetapi juga sebagai pendidik kecergasan serta ibu penyayang.
Pernah satu ketika, Noor Hamisah berada di persimpangan hidup. Pekerjaan yang diceburi ketika itu tidak memberikan kestabilan dari segi kewangan sekaligus menyebabkan dirinya terjerumus dalam hutang yang hampir menghancurkan segalanya.
Namun, enggan diri dibelenggu bebanan hutang yang tiada berpenghujung, dia memilih untuk bertindak. Keputusan untuk menceburi kerjaya sebagai pemandu Grab bukan sekadar pilihan, tetapi peluang untuk memulakan hidup baharu.
“Saya sangat berbangga kerana akhirnya dapat membeli kereta impian saya sendiri dan melangsaikan hutang tanpa bantuan sesiapa,” kongsi Noor Hamisah dengan penuh rasa syukur. Keberaniannya membuktikan bahawa kegigihan dan pengurusan masa yang baik mampu mengubah kehidupan.
Selain memandu Grab, Noor Hamisah merupakan seorang jurulatih kecergasan, pekerjaan yang telah lama menjadi minatnya. Baginya, menjaga kesihatan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga sebagai inspirasi kepada orang lain. Sebagai pemandu Grab yang sering duduk selama 8 hingga 10 jam sehari, dia amat menekankan pentingnya aktiviti fizikal untuk mengekalkan keseimbangan hidup.
Ads
“Saya tidak akan memandu Grab jika saya mempunyai kelas kecergasan. Saya pastikan tugas saya sebagai jurulatih selesai sebelum mula memandu,” katanya. Semangat ini menunjukkan disiplin tinggi beliau dalam mengimbangi kerjaya dan gaya hidup sihat.
Bagi Noor Hamisah, kerjaya sebagai pemandu Grab adalah peluang yang memberikannya kebebasan waktu. Tidak seperti pekerjaan tradisional yang memerlukan kebenaran majikan, Grab membolehkannya mengatur jadual sendiri, memberi masa yang berkualiti bersama anak-anak, memasak dan menjalankan tugas sebagai seorang suri rumah dengan tenang.
“Kerjaya ini memberi fleksibiliti untuk saya hadir dalam kehidupan anak-anak. Melihat mereka membesar dan menyediakan keperluan mereka tanpa risau tentang kewangan merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai,” kongsinya dengan penuh rasa bangga.
Ads
Selain manfaat pendapatan, Noor Hamisah juga menghargai peluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang melalui Grab. Menurutnya, setiap penumpang memberikan peluang untuk dirinya belajar sesuatu yang baharu. Lebih daripada itu, Noor Hamisah turut membantu mereka yang memerlukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
“Saya percaya kerjaya gig seperti ini adalah ruang yang besar untuk wanita menjana pendapatan. Janji rajin dan tahu mengurus masa,” jelas Noor Hamisah, menekankan bahawa kerjaya ini bukan sekadar pekerjaan biasa tetapi platform untuk pembangunan diri.
Keselamatan dan Profesionalisme
Noor Hamisah memuji teknologi keselamatan yang diterapkan oleh Grab, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk wanita. Baginya, aplikasi Grab bukan sahaja memberi kemudahan tetapi juga keyakinan untuk bekerja tanpa rasa ragu.
“Kerjaya ini memerlukan tahap kecekapan, fokus, dan motivasi yang tinggi. Anggaplah ia sebagai kerjaya profesional. Kita juga adalah duta kecil untuk memperkenalkan Malaysia kepada dunia,” pesannya kepada wanita lain yang berminat menceburi bidang ini.
Ads
Inspirasi untuk Wanita Lain
Kisah Noor Hamisah merupakan bukti bahawa kekuatan wanita tidak mengenal batasan. Dengan tekad, beliau berjaya mengatasi cabaran, membina kehidupan yang stabil, dan mencipta kebahagiaan untuk dirinya serta anak-anak. Fleksibiliti, dedikasi, dan keupayaan beliau mengurus masa menjadikan beliau sumber inspirasi kepada wanita yang ingin mencari keseimbangan antara kerjaya dan keluarga.
Wanita ini telah menunjukkan sisi berbeza kerjaya gig seperti Grab bukan sekadar peluang pekerjaan, tetapi cara untuk membina kehidupan lebih bermakna. Dengan sikap positif dan keberanian, dia terus menjadi contoh bahawa wanita mampu berjaya dalam apa jua keadaan.
Kempen #SisBoleh Bersama Grab merupakan inisiatif pemerkasaan wanita yang diperkenalkan oleh Grab Malaysia. Ia bertujuan menyediakan sokongan menyeluruh kepada wanita yang menjadi rakan-pemandu dan rakan-penghantar di platform Grab, dengan penekanan khusus pada aspek keselamatan.
Melalui kempen #SisBoleh Grab Malaysia komited untuk memperkasakan wanita dengan menyediakan peluang pendapatan yang fleksibel, latihan kemahiran, dan sokongan komuniti, sekaligus mempromosikan kesaksamaan gender dalam ekonomi gig.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang sibuk, namun sering dinantikan-nantikan bagi wanita yang berkeluarga. Biarpun sibuk dengan pelbagai komitmen kerja di pejabat mahupun menguruskan rumah tangga, namun peluang memasak di bulan Ramadan sering diutamakan.
Bukan apa, waktu inilah mak-mak akan bertungkus lumus berusaha menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak, suami dan keluarga tersayang. Bermula dari menyiapkan hidangan waktu sahur, menyediakan sajian istimewa untuk berbuka puasa sehinggalah menu ringkas untuk moreh. Di samping turut membuat pelbagai jenis biskut, kek dan kuih muih sendiri untuk persiapan raya nanti.
Kebiasaannya pada bulan Ramadan inilah mak-mak akan lebih ‘bersemangat’ dan kreatif untuk mencuba pelbagai resipi-resepi baru mahupun memasak resipi tradisi keluarga bagi memenuhi citarasa anak-anak dan suami di bulan yang mulia.
Biarpun seharian puasa, apabila melihat keluarga gembira dan berselera menikmati hidangan yang disediakan, letih memasak pun tidak terasa malah berasa puas dan tersenyum gembira.
Oleh yang demikian, dalam menyediakan hidangan terbaik buat anak-anak dan suami, bahan-bahan yang digunakan haruslah yang berkualiti, mudah digunakan dan sesuai dengan pelbagai kegunaan. Baik untuk memasak, membakar kek, pastri, biskut, membuat kuih muih dan sebagainya. Marjerin ADELA pilihan terbaik buat seisi rumah.
Terbaru, FGV Holdings Bhd (FGV) telah melancarkan Marjerin ADELA di pasaran dengan formulasi dan pembungkusan yang di perbaharui. Marjerin ADELA kini diformulasi dari minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi dan ditambah dengan kebaikan Minyak Bunga Matahari.
Minyak Bunga Matahari diketahui tinggi dengan vitamin E yang boleh membantu meningkatkan kesihatan kulit, dapat menurunkan kolesterol dan risiko serangan penyakit jantung. [1]
Dengan pembungkusan baru yang lebih menarik, Marjerin ADELA didatangkan dengan empat saiz berbeza iaitu 240 gram, 480 gram, 1 kilogram dan 2.5 kilogram yang pastinya mengikut kesesuaian keperluan setiap pengguna.
Antara kelebihan lain Marjerin ADELA, ia diperkaya dengan 9 vitamin, mengandungi Omega 3,6 dan 9 serta tanpa kolesterol.
Bukan itu sahaja, bau dan rasa Marjerin ADELA yang “buttery” dan lazat ini menjadikannya pilihan ideal untuk digunakan ketika memasak, sewaktu membakar kek, pastri dan biskut. Teksturnya yang halus dan lembut membuatkan sapuan pada roti cukup sempurna dan enak dinikmati begitu sahaja.Malah Marjerin ADELA ini cukup mudah digunakan kerana tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Memang banyak kelebihan Marjerin ADELA dengan formulasi terbaru keluaran FGV Holdings Bhd (FGV) ini. Jangan lupa dapatkan di pasaran.
Anak perantauan pasti akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Paling ditunggu pastinya air tangan ibu tercinta! Juadah wajib seperti lemang, ketupat, rendang, kuah lodeh, ayam masak merah, nasi minyak, wajik, dodol dan pelbagai biskut raya pasti terhidang. Itulah antara kemeriahan suasana hari raya yang ditunggu-tunggu selepas sebulan mengerjakan ibadah puasa.
Golongan ibu semestinya paling sibuk di dapur, selain enak, mereka juga perlu memikirkan juadah yang disediakan berkhasiat. Walau ringkas mana pun menu yang dimasak ibu, anak-anak pasti akan makan berpinggan-pinggan. Air tangan ibu memang terbaik!
Aidilfitri Terkenang Rendang Ayam Ibu
Setiap tahun menjelang Aidilfitri pastinya anak-anak akan teringat-ingat Rendang Ayam masakan ibu. Sememangnya tak lengkap hidangan tanpa ketupat dan rendang.
Momen paling berharga sudah pasti sewaktu menjelang hari raya. Malah ramai terkenangkan memori membantu ayah, ibu, nenek dan atuk mengemas rumah, mengacau dodol, membakar lemang dan memasak rendang di petang raya. Sebelah malamnya pula, kanak-kanak akan bemain bunga api.
Kerinduan terhadap kampung halaman terutamanya kepada ibu bapa dan keluarga begitu membuak-buak buat anak perantau, boleh mengalir air mata jika tidak dapat bersama mereka. Raya pertama pula merupakan momen paling indah apabila saudara mara datang menziarahi jadi dapatlah mengeratkan kembali silaturahim.
Kecerian bertambah apabila masing-masing segak mengenakan salinan lengkap baju Melayu bersama sampin. Manakala golongan wanita pula begitu manis berbaju kurung mahupun kebaya.
Setahun sekali meraikan Aidilfitri bersama yang tersayang pasti meninggalkan kesan manis untuk diingati. Antaranya sudah pasti sewaktu menikmati menu Rendang Ayam masakan ibu di pagi raya. Berganda kegembiraan apabila dapat makan bersama keluarga tercinta, sambil menunggu kunjungan dari sanak saudara.
Tip Masak Cara Mudah & Sihat
Memasak sebenarnya boleh menjadi rutin menarik bagi setiap individu, asalkan mempunyai pengetahuan mengenai asas penyediaan makanan dan kaedah yang boleh dipelbagaikan. Di rumah, sudah semestinya ibu akan cenderung menggoreng dan menumis hidangan mengikut selera ahli keluarga. Ini kerana kaedah memasak sebegini dianggap mudah, ringkas dan cepat disediakan.
Apatah lagi apabila tibanya musim perayaan sudah pasti setiap ibu mahu menyediakan yang terbaik buat anak-anak kesayangannya. Malah ibu juga memilih kaedah memasak yang sesuai diamalkan untuk kesejahteraan sekeluarga.
Setiap hidangan yang dihidangkan mempunyai kebaikan dan khasiat yang tersendiri. Menjadi kewajiban masakan ibu disempurnakan dengan sentuhan Kiub Pati Ayam Knorr. Pada musim perayaan ini setiap ibu juga pasti mengambil berat tentang keperluan pemakanan anak.
Penyediaan makanan yang mudah juga boleh dipraktikkan. Terutama buat ibu yang bekerja dan punya anak kecil. Golongan ibu juga mencipta hidangan Rendang yang lazat dengan mudah di rumah dengan kiub Ayam Knorr. Sekali rasa pasti tak kan lupa!
‘Sentuhan Sempurna’ & Rahsia Rendang Enak
Rahsia keenakan Kiub Pati Ayam Knorr makanan akan bertambah sedap, penuh khasiat. Juga meningkatkan rasa dan aroma hidangan, dibuat dengan ayam rebus selama empat jam dengan faedah tambahan zat besi.
Paling utama Kiub Pati Ayam Knorr juga merupakan ‘sentuhan sempurna’ untuk melengkapkan masakan golongan ibu.
ResipiRendang Ayam Knorr
Resepi sedap yang wajib dihidangkan di pagi raya iaitu pelbagai jenis rendang sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk disiapkan. Namun ianya menjadi mudah dengan satu rahsia iaitu memasak penuh kelazatan dengan menggunakan Kiub Pati Ayam Knorr. Ibu-ibu jom cuba masak Rendang Ayam Knorr dengan resipi yang cukup ringkas dan pasti enak ini!
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Untuk bahan-bahan A:
1 ekor Ayam
½ kg Santan segar
4 sudu besar kerisik/kelapa goreng
2 keping Asam keping
2 helai Daun kunyit – dihiris
1 atau 1 ½ Knorr Kiub Pati Ayam
Untuk bahan kisar
2 inci / (25 gram) halia
½ inci / (10 gram) Kunyit hidup
4 biji / (170 gram) Bawang besar
5 biji / (50 gram) Bawang merah
4 batang serai
3-4 sudu besar / (120 gram) Cili kering – dikisar
Untuk Hiasan
5-6 helai daun limau purut – dihiris
Langkah-langkah:
Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai.
Masukkan asam keping dan kiub pati ayam Knorr. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang disukai.
Tambahkan daun kunyit, kacau rata.
Akhir sekali, tabur daun limau purut, dan boleh tutup api.
Mak-mak tak perlu risau jika mahu menyediakan hidangan dalam kuantiti yang banyak pada Aidilfitri ini. Mudah saja dengan Kiub Pati Ayam Knorr sebagai kemudahan, meningkatkan rasa pasti menu hidangan hari raya akan lebih lazat. Sekali makan pasti akan teringat selalu!
Cara ringkas memasak Ayam Rendang untuk dihidangkan kepada tetamu pada Aidilfitri ini. Aromanya sungguh menusuk kalbu! Satu rahsia turun temurun dari ibu tercinta, sudah pasti memasak penuh kelazatan dengan menggunakan Kiub Pati Ayam Knorr.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keadaan sekarang ini mungkin kita lebih fokus dalam keselamatan diri atau SOP untuk mengelakkan diri dari wabak pandemik COVID-19. Namun kita jangan lupa dan perlu juga ambil cakna tentang masalah demam denggi.
Sebenarnya, ancaman wabak demam denggi ini tetap perlu diberi perhatian sama memandangkan ia adalah endemik (yang bermaksud berlaku sepanjang tahun) dan turut menyebabkan masalah kesihatan kepada kita sejak dahulu lagi.
Tidak dinafikan, kes demam denggi pada tahun 2021 menunjukkan tren penurunan sebanyak 75 peratus dan kematian demam denggi juga menunjukkan pengurangan sebanyak 91 peratus berbanding tahun lalu. Penurunan kes demam denggi ini juga sebenarnya berlaku di seluruh negara ASEAN yang lain.
Caption: Antara sukarelawan COMBI yang terlibat dalam aktiviti promosi pencegahan denggi.
Malah, dari Januari sehingga 12 Jun 2021 sebanyak 12,188 kes demam denggi dan lapan (8) kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 48,584 kes demam denggi dan 84 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.
Caption: Sukarelawan COMBI mengedarkan flyer untuk memberi kesedaran pada orang ramai dalam mencegah jangkitan demam denggi sekaligus menghapuskan denggi.
Mengelakkan penyakit demam denggi sebenarnya tidak sukar. Hanya dengan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes mampu untuk mencegah jangkitan demam denggi sekaligus menyelamatkan nyawa. Inilah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia dalam usaha untuk membasmi tempat pembiakan Aedes.
‘10 Minit Hapus Aedes’ Tema Sambutan Hari Denggi ASEAN
Pada 15 Jun setiap tahun, Hari Denggi ASEAN disambut di peringkat kebangsaan dan 10 Minit Hapus Aedes merupakan tema pada tahun ini bagi tujuan untuk menekankan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak termasuk masyarakat, jabatan, agensi kerajaan mahupun swasta dalam usaha membanteras demam denggi.
Caption: Luangkan masa 10 minit untuk hapuskan aedes di kawasan kediaman.
Menurut Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia, setiap individu dan setiap lapisan masyarakat perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk melakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes di premis masing-masing. Malahan, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana sebahagian besar waktu diluangkan di rumah, setiap individu perlu memastikan kediaman masing-masing bebas dari tempat pembiakan Aedes.
“Dalam usaha memperkasakan pencegahan denggi, sebanyak 3,084 pasukan sukarelawan COMBI dengan penyertaan seramai 28,381 sukrelawan (Sumber COMBiS: Data pasukan COMBI sehingga 31 Mei 2021) yang terdiri daripada komuniti di seluruh negara telah bersama-sama dalam aktiviti promosi pencegahan denggi”.
“Dengan komitmen dan usaha semua pihak diharapkan usaha membanteras denggi ini akan diteruskan demi memastikan rakyat dapat menikmati tahap kehidupan yang berkualiti dan bebas dari ancaman bahaya demam denggi,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.