Ini Nasihat Tentang Moratorium Untuk Penghutang Yang Terkesan

Share

Ada yang masih ragu-ragu tentang moratorium? Perlu ambil kah atau tidak. Ada juga bimbang, jika ambil bagaimana nanti faedahnya yang akan dikenakan dekat hutang kita tu kelak.

Mungkin ada yang sudah faham, tapi masih lagi keliru. Boleh hadamkan nasihat Mohd Shukur yang berpengalaman 30 tahun sebagai Agensi Takaful ini.

Penghutang yang manakah patut ambil moratotium, dan penghutang yang tak perlu pun nak ambil. Penjelasannya di bawah.

Nasihat Saya Tentang Moratorium

Alhamdulillah, saya berjaya menahan diri dari memberi pandangan tentang Moratorium sehingga 7 Julai, iaitu tarikh mula mohon dan sekarang boleh lihat syarat-syarat yang digunapakai oleh bank.

1) Ada banyak juga kebaikan moratorium ini ( selepas ini diringkaskan..sebut mora) dan ternyata ianya tidaklah dimasukkan dalam Rescheduled & Restructure ( R&R ) dalam CCRIS.

2) Siapakah yang seeloknya kena ambik mora ni?
Jika cash flow kau tak bagus, elok ambik.

3) Jika cash flow OK dan kau handal โ€œmoney make moneyโ€ pun bagus ambik. Apa sangatlah interest terakru tu bagi orang yang boleh gandakan extra cashflow 6 bulan ni.

4) Jika kau ragu-raguโ€ฆ nak ambik ke tak mora ni. Eloklah ambik. Orang kaya tak ragu-ragu, mereka sangat jelas tentang kedudukan kewangan mereka.

5) Jika kau beli kereta mewah disebabkan kena jolok kat kawan-kawan dan sekarang terasa komitmen berat, elok ambik sebelum makin berat dan tumbang. Kalau sebulan 2K, so 6 bulan kau ada 12K untuk Cash Reserve kau.

6) Jika kau baru pindah rumah, siap renovate bagai penuh stylo dan kau beli petiais baru, dapur baru dan pelbagai kelengkapan rumah guna credit card sampai maksimum dan kau pening bayar minimum sahaja, elok kau ambik mora ni. Interest Credit Card tu 18% lagi teruk kenaโ€ฆguna mora utk bayar baki credit card.

7) Jika kau terfikir nak ambik Mora ni sebab saving kau takde langsung, Yesโ€ฆkau sesuai ambikโ€ฆ.so mora ni macam โ€˜cuti bayar loan kereta & rumahโ€™ selama 6 bulan untuk buat saving. Matlamat ialah peace of mind yang kau ada savings @ emergency fund. Kalau tak, kau dalam bahaya sebab saving yilek.

Ambil Moratorium Tak Bermakna Teruk

Moratorium ni pun Bank tak happy, sama macam orang pinjam duit kau dah janji bayar ansur-ansur setiap bulan tapi kau terpaksa bagi 6 bulan dia tangguh bayar. Jangan kau anggap Bank nak untung jer, kau pun untung. Mengambil Mora ini tidak bermakna kau tak bagus atau teruk.

Tetapi cara kau gunakan duit mora ni yang tentukan samada kau bagus atau tidak.

9) Jika kau tengah sakit cash flow, dan jika tak yah bayar ansuran kereta dan rumah selama 6 bulan ni akan Okay sket, YES kau lah golongan sasaran dan mora ni penyelesaian masalah kau.

10) Ada yang kata jangan ambik mora untuk loan kereta, beginiโ€ฆ.jika cash flow kau cantik, betullah dia kata. Tapi jika cash flow tak cantik, elok ambik. Nanti kau stress, pening, dapat darah tinggi.

Bila darah tinggi, kau tak boleh hadapi tekanan. So kau tak boleh berjaya dalam karier / bisnes, ada problem sket kau akan melenting marah. Nak berjaya ni kau mesti hadapi tekanan.

Dah kau tak nak pakai MyVi secondโ€ฆ.. nak pakai H atau Merc, so begitulah.

11) Siapakah orang yang tak perlu ambik Mora ?

Dia tak terjejas sikit pun. Cash flow cun giler. Savings banyak.
Rumah pun ada 3 bijik cash. Kereta ada 5 buah cash. Benda2 branded pun dia tak minat nak beli sebab orang tau dia terlebih dari mampu.
Orang camni tak perlu ambik Mora. Buat semak. Amboiii

12) Ada orang kata, moratorium ni akan lanjutkan lagi tempoh pembayaran hutang, macamana kalau meninggal dunia, kesian anak bini tanggung hutang.

Ini senang sahaja. Katakanlah mora kau sebulan R.M 5000 so 6 bulan ialah R.M 30,000.
Kau hanya perlu ambik takaful atau jika dah ambik, hanya tambahkan lagi Sum Covered 30,000 ribu sahaja.

Alang-alang 30,000 baik kau genapkan 50,000 Perlindungan Takaful kau untuk keluarga tersayang.

50,000 tu kalau lelaki umur 30 tahun baru R.M 59 sebulan jer.

Boleh pm Pakar Hibah Takaful, Asyraaf Bohari atau tekan link https://bit.ly/2TJcem8

13) Mora ini tidak ada caj โ€˜interest atas interestโ€™, tidak ada penalti, tidak ada R&R dalam CCRIS tetapi ianya ada interest terakru ( accrued interest ).

Oleh itu ianya memanglah ada peningkatan kos tapi itu biasalah hanya interest terakru sahaja, kau mestilah bekerja lebih sedikit dan duit penjimatan mora mestilah digunakan dengan baik bukan untuk dibazirkan seperti membeli barangan bukan keperluan โ€ฆcontoh tukar handphone, tukar sofa dan lain-lain.

Gunakan untuk survival keperluan kepada yang terjejas.

Untuk yang tidak terjejas boleh simpan ditempat yang menghasilkan pulangan / dividen bertujuan sebagai emergency fund.

Ini pilihan terbaik sekarang untuk mereka yang terjejas.

Juga siapa yang takde saving, sebab bahaya sekarang kalau apa-apa berlaku nanti seperti dibuang kerja dan lain-lain.

Orang kaya dan yang tak terjejas apa pun, kau tak ambik pun takpe.

14) Apa pun keputusan kau buat, hanya kau yang tahu kedudukan sebenar kewangan kau. Bukan orang lain yang akan bayarkan bulan-bulan kereta dan rumah kau.

Jangan terkejut, jika dari 10 orang yang mengkritik Moratorium tu, 8 akan ambik mora kecuali dia ialah yang No. 11 di atas.

15) Mesej saya jika dipermudahkan kepada sebaris ayat sempoi ialah,

TAKDE DUIT KAU PENING KEPALA,
ADA DUIT KAU HILANG PENING KEPALA.
Beringatlah semua

Moratorium 3.0 (Tanpa Syarat)

Link mora ada di bawah dan boleh baca lagi sharing di ruang comment.
๐Œ๐Ž๐‘๐€๐“๐Ž๐‘๐ˆ๐”๐Œ ๐Ÿ‘.๐ŸŽ (๐“๐€๐๐๐€ ๐’๐˜๐€๐‘๐€๐“)
๐—Ÿ๐—ถ๐—ป๐—ธ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐˜‚๐—บ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ผ ๐—”๐—ฝ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฑ ๐—•๐Ÿฐ๐Ÿฌ/๐— ๐Ÿฐ๐Ÿฌ/๐—ง๐Ÿฎ๐Ÿฌ :
1. Moratorium ๐™ˆ๐™–๐™ฎ๐™—๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.maybank2u.com.my/โ€ฆ/announcement_financialโ€ฆ
2. Moratorium ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™  ๐™๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ
https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
3. Moratorium ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™  ๐™„๐™จ๐™ก๐™–๐™ข
https://vao.bankislam.com.my/ppb/
4. Moratorium ๐˜พ๐™„๐™ˆ๐˜ฝ
https://www.cimb.com.my/covid19support
5. Moratorium ๐˜ฝ๐™Ž๐™‰
https://www.bsn.com.my/page/TRA
6. Moratorium ๐™‹๐™ช๐™—๐™ก๐™ž๐™˜ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx
7. Moratorium ๐˜ผ๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance
8. Moratorium ๐™๐™ƒ๐˜ฝ
https://www.rhbgroup.com/โ€ฆ/campaโ€ฆ/PostMoratoriumEFormโ€ฆ
9. Moratorium ๐˜ผ๐™›๐™›๐™ž๐™ฃ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.affinbank.com.my/โ€ฆ/Financial-Assistanceโ€ฆ
10. Moratorium ๐™ˆ๐˜ฝ๐™Ž๐˜ฝ
https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium
11. Moratorium ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™  ๐™ˆ๐™ช๐™–๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ฉ
https://map.muamalat.com.my/
12. Moratorium ๐™†๐™ช๐™ฌ๐™–๐™ž๐™ฉ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.kfh.com.my/โ€ฆ/perโ€ฆ/announcements/KFH-RAP.html
13. Moratorium ๐˜พ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.citibank.com.my/โ€ฆ/moratoriumโ€ฆ/index.html
14. Moratorium ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™ž๐™–๐™ฃ๐™˜๐™š ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.allianceonline.com.my/โ€ฆ/loan_moratorium.do
15. Moratorium ๐˜ผ๐™œ๐™ง๐™ค๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.agrobank.com.my/my/bbb/
16. Moratorium ๐™ƒ๐™ค๐™ฃ๐™œ ๐™‡๐™š๐™ค๐™ฃ๐™œ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.hlb.com.my/โ€ฆ/hlb-payment-relief-assistanceโ€ฆ
17. Moratorium ๐™Ž๐™ˆ๐™€ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance
18. Moratorium ๐™Ž๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–๐™ง๐™™ ๐˜พ๐™๐™–๐™ง๐™ฉ๐™š๐™ง๐™š๐™™ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.sc.com/my/important-information/covid-19/
19. Moratorium ๐˜ผ๐™ก ๐™๐™–๐™Ÿ๐™๐™ž ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.alrajhibank.com.my/โ€ฆ/financial-assistance
20. Moratorium ๐™๐™Š๐˜ฝ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.uob.com.my/โ€ฆ/covid-relief-assistance.page
21. Moratorium ๐™Š๐˜พ๐˜ฝ๐˜พ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 
https://www.ocbc.com.my/persoโ€ฆ/Loans/moratorium/index.html
22. Moratorium ๐™‹๐™๐™‹๐™๐™‰
https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/

Baca sini : Lelaki ini kongsi perbezaan antara orang kaya dengan orang banyak duit.

Sumber/Foto : Mohd Shukur

Mingguan Wanita : Makin jelaskan tentang moratorium ini. Semoga membantu untuk buat keputusan sama ada mahu ambil atau tidak.

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN