oven

Sebenarnya walaupun tanpa guna ‘oven’ atau ketuhar, mak-mak tetap boleh bakar kek dan biskut dengan masak atas dapur gas.Manalah tahu, bila dah siap kacau adunan semua, tiba-tiba bila nak guna oven, ia boleh rosak pulak! hah, ikut cara ni sebagai penyelamat. Jadi walaupun oven tiada dirumah, ia tak jadi satu masalah.Mak-mak tetap boleh teruskan minat membakar kek dan membuat biskut ni.

Berikut adalah cara-caranya.

Cara Bakar Kek Tanpa Oven

1.Pilih periuk besar atau kuali besar. Pastikan saiznya lebih besar daripada saiz loyang kek.

2.Letakkan TUNGKU dalam periuk. KALAU takut periuk bocor, isikan pasir 1 inci tinggi dari lantai periuk dan ratakan… setakat ni masak kek cara ini tak pernah bocorpun periuknya).

3.Tutup periuk dan panaskan periuk dengan api kecil selama 5 minit (Preheat).

4.Masukkan loyang adunan dan letakkan di atas tungku dalam periuk tersebut.

5.Tutup periuk. Kalau gunakan kuali, tutup dengan penutup kukus.

6.Masak dengan api kecil ikut masa cadangan yang diberikan (Kalau 35-45 minit, buat 40 minit).

IKLAN

 

Peringatan Bila Bakar Kek Tanpa Oven

1. Selepas adunan dimasukkan ke dalam periuk dan ditutup, JANGAN SEKALI-KALI MEMBUKA PERIUK KURANG DARI 30 MINIT. Sekiranya dibuka, kek akan mendap / jatuh / bantat.

2. Kaedah bakar kek tanpa oven ini tidak sesuai untuk kek yang menggunakan majerin / butter yang masih sejuk sebagai bahan adunan sebab nanti kek atau biskut atau pastrinya akan berminyak.

Soalan Lazim Bakar Kek Tanpa Oven

1. Nak letak AIR ke?

Kalau letak air jadi kek kukus. Jadi, kalau nak bakar tak perlu air.

2. Nak letak pasir dalam periuk ker?

IKLAN

Boleh letak, tak letak pun tak apa. Kalau letak, haba panas lebih lama. Tak sesuai untuk kek yang bermain suhu turun naik macam Japanese Cotton Cake. Kalau bakar biskut, pasir sungai sangat digalakkan untuk membakar biskut.

3. Periuk tak BOCOR ker?

Setakat ni dah lama buat cara macam ni, berpuluh-puluh biji kek terhasil, tiada sebarang masalah.

4. Sebelum masak kek nak kena PREHEAT?

Ikut resepi. Kalau resepi sebutkan preheat, kena preheat. Kalau resepi kata tak payah, terus jer bakar macam biasa.

5. Masa preheat nak kena TUTUP ke periuknya?

Wajib tutup sebab kita nak periuk tu kumpul haba yang cukup untuk bakar kek.

IKLAN

6. Macam mana nak tahu PERIUK SUDAH CUKUP PANAS?

Renjis sedikit air pada TUDUNG periuk. Kalau hilang kesan-kesan air tu maknanya dah cukup panas.

7. API besar mana?

Guna api kecil sahaja. Kalau Japanese cotton cake, buat api sederhana kecil dan api kecil.

8. Masa memasak?

Ikut resepi.

9. Bila masa untuk cucuk lidi pada kek?

Selepas 30 MINIT adunan kek dimasukkan ke dalam periuk.

10. Biskut / kek apa yang sesuai?

Semua jenis KECUALI kek / biskut yang memerlukan penggunaan api atas sahaja

Sumber: Petuatube