Sebenarnya walaupun tanpa guna ‘oven’ atau ketuhar, mak-mak tetap boleh bakar kek dan biskut dengan masak atas dapur gas.Manalah tahu, bila dah siap kacau adunan semua, tiba-tiba bila nak guna oven, ia boleh rosak pulak! hah, ikut cara ni sebagai penyelamat. Jadi walaupun oven tiada dirumah, ia tak jadi satu masalah.Mak-mak tetap boleh teruskan minat membakar kek dan membuat biskut ni.
Berikut adalah cara-caranya.
Cara Bakar Kek Tanpa Oven
1.Pilih periuk besar atau kuali besar. Pastikan saiznya lebih besar daripada saiz loyang kek.
2.Letakkan TUNGKU dalam periuk. KALAU takut periuk bocor, isikan pasir 1 inci tinggi dari lantai periuk dan ratakan… setakat ni masak kek cara ini tak pernah bocorpun periuknya).
3.Tutup periuk dan panaskan periuk dengan api kecil selama 5 minit (Preheat).
4.Masukkan loyang adunan dan letakkan di atas tungku dalam periuk tersebut.
5.Tutup periuk. Kalau gunakan kuali, tutup dengan penutup kukus.
6.Masak dengan api kecil ikut masa cadangan yang diberikan (Kalau 35-45 minit, buat 40 minit).
Ads
Peringatan Bila Bakar Kek Tanpa Oven
1. Selepas adunan dimasukkan ke dalam periuk dan ditutup, JANGAN SEKALI-KALI MEMBUKA PERIUK KURANG DARI 30 MINIT. Sekiranya dibuka, kek akan mendap / jatuh / bantat.
2. Kaedah bakar kek tanpa oven ini tidak sesuai untuk kek yang menggunakan majerin / butter yang masih sejuk sebagai bahan adunan sebab nanti kek atau biskut atau pastrinya akan berminyak.
Soalan Lazim Bakar Kek Tanpa Oven
1. Nak letak AIR ke?
Kalau letak air jadi kek kukus. Jadi, kalau nak bakar tak perlu air.
2. Nak letak pasir dalam periuk ker?
Ads
Boleh letak, tak letak pun tak apa. Kalau letak, haba panas lebih lama. Tak sesuai untuk kek yang bermain suhu turun naik macam Japanese Cotton Cake. Kalau bakar biskut, pasir sungai sangat digalakkan untuk membakar biskut.
3. Periuk tak BOCOR ker?
Setakat ni dah lama buat cara macam ni, berpuluh-puluh biji kek terhasil, tiada sebarang masalah.
4. Sebelum masak kek nak kena PREHEAT?
Ikut resepi. Kalau resepi sebutkan preheat, kena preheat. Kalau resepi kata tak payah, terus jer bakar macam biasa.
5. Masa preheat nak kena TUTUP ke periuknya?
Wajib tutup sebab kita nak periuk tu kumpul haba yang cukup untuk bakar kek.
Ads
6. Macam mana nak tahu PERIUK SUDAH CUKUP PANAS?
Renjis sedikit air pada TUDUNG periuk. Kalau hilang kesan-kesan air tu maknanya dah cukup panas.
7. API besar mana?
Guna api kecil sahaja. Kalau Japanese cotton cake, buat api sederhana kecil dan api kecil.
8. Masa memasak?
Ikut resepi.
9. Bila masa untuk cucuk lidi pada kek?
Selepas 30 MINIT adunan kek dimasukkan ke dalam periuk.
10. Biskut / kek apa yang sesuai?
Semua jenis KECUALI kek / biskut yang memerlukan penggunaan api atas sahaja
Cucur udang memang sesuai dibuat untuk minum petang. Sedap dicicah dengan kuah kacang atau sos cili. Rupanya nak cucur udang gebu jadi bulat macam di beli di gerai, kena celup dulu senduk besi dalam minyak panas barulah diletakkan adunan. Malah rahsia untuk dapatkan cucur udang yang rangup kulit luarnya dan lembut gebu tepungnya kena letak sedikit soda bikarbonat.
Mak-mak yang nak buat cucur udang sendiri di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan Norfarhana Ariffin ini;
“Cucur udang gebu gebas resepi mak..cicah kuah kacang boleh, cicah sos pun boleh..Ada yang suka tak?”
Bahan-Bahan:
1/2kg Tepung gandum
Sebiji telur
1 biji bawang besar (kisar)
Pewarna kuning (Jangan letak serbuk kunyit nanti jadi warna merah adunan tu sebab kita guna soda)
2 biji bawang holland hiris
Kucai
Tauge
Udang
Garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat
Air
Cara Membuat:
1.Blend bawang besar sebiji.
2.Masukkan tepung gandum dalam bekas.
3.Masukkan bawang yang diblend tadi, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat..kacau adunan. Agak-agak letak air jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
4.Masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris dan cili besar hiris.
5.Cara goreng nak bagi bentuk bulat.Celup senduk besi ke dalam minyak panas.Letak adunan tadi, letak udang atas dia.Masukkan dalam minyak panas.Biar kejap sampai bawah dia masak,nanti dia akan tertanggal sendiri.
Segengam cili kering
2biji bawang besar
7ulas bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Belacan
(Semua bahan di atas dikisar halus)
Kacang tanah yang disangai dan diblend kering.
Asam jawa
Gula/ gula melaka
Cara Membuat:
1. Tumis bahan yang di blend tadi.
2. Dah garing masukkan kacang tanah yang disangai dan diblend halus.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan sedikit air, gula dan garam. Nak letak gula melaka pun boleh.
5. Biar naik minyak.Kalau nak lagi pekat letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Siap! Selamat Mencuba.
MW: Mudah je nak buat cucur udang yang gebu gebas dan bentuk bulat macam yang kita beli di gerai. Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati!
Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raisuddin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas Zohor. Allahyarham sebelum ini telah menghembuskann nafas terakhir pada usia 36 tahun pada pukul 5.13 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCM)
Suaminya, Shuib kelihatan begitu sedih dan bagaikan terduduk keletihan sejurus selesai urusan pengkebumian isterinya. Reda dengan takdir Ilahi, pelawak dan usahawan berjaya ini berlapang dada dengan suratan tertulis buat dirinya dan keluarga.
Siti Sarah Selamat Dikebumikan, Anak-Anak Masih Belum Tahu Ibu Meninggal Dunia
Namun ketika ditemubual, Shuib akui belum mempunyai kekuatan untuk berkongsi berita sedih ini dengan tiga cahaya matanya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
“Buat masa ini anak-anak belum tahu. Isteri saya baru dikebumikan dan saya baru nak beritahu anak-anak,” kata Shuib.
Allahyarham Siti Sarah telah pergi meninggalkan suaminya, Shuib dan empat anak termasuk bayi lelakinya Ayyash Affan yang baru dilahirkan pada Jumaat lalu.
Shuib juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tidak putus mendoakan arwah isterinya.
“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersusah payah untuk isteri saya sepanjang berlaku kejadian ini. Saya ucapkan terima kasih atas usaha solat hajat atas arwah isteri saya.
“Hanya Allah sahaja dapat membalas budi itu, saya balik nanti saya doakan kalian semua diberkati dilindungi dan dirahmati. Maafkan isteri saya, sedekahkan dia Al-Fatihah.
“Saya juga menitipkan doa kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 dan sedang bertarung nyawa agar dipermudahkan oleh Allah untuk melalui ujian ini,” ungkap Shuib.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Indigital Music
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang tak dapat dinafikan semakin meningkat usia, semakin banyak kedutan yang ada pada wajah. Macam-macam cara dilakukan bagi mencegah dan mengelakkan kedutan-kedutan ini.
Satu tip kecantikan baharu yang tular dalam aplikasi TikTok memaparkan wanita meletakkan pita pelekat pada dahi mereka selama semalaman untuk mencegah kedutan, lapor portal berita MailOnline semalam.
Seorang model Australia yang menggelar dirinya ‘The Aussie Rapunzel’ mencuba sendiri kaedah itu dan terkejut melihat hasilnya.
Hasil Seperti Suntikan Botoks
Dalam klip video mengenainya, wanita itu melekatkan pita pelekat pada dahinya sebelum tidur. Dia mendakwa berjaya mendapatkan hasil sama seperti mengambil suntikan botoks, tujuh hari kemudian.
“Saya melekatkan pita pelekat pada dahi setiap malam selama seminggu. Saya tidak menyangka ia akan berhasil,” katanya.
Pakar-pakar bagaimanapun berkata, keadaan tersebut tidak akan kekal lama sebaliknya, ia hanya satu cara mudah untuk melatih diri seseorang agar tidak menaikkan kening.
“Dengan melekatkan pita pada dahi anda, ia akan mengingatkan anda agar tidak menaikkan kening terlalu tinggi yang menjadi penyebab kepada garisan kedutan.
“Secara umumnya, melekatkan pita pada dahi tidak akan menjadikan kedutan bertambah baik dan tidak akan mengurangkan garis kedutan. Ia hanya satu peringatan agar anda tidak menghasilkan kedutan itu sendiri (dengan menaikkan kening),” kata Pakar Bedah Plastik, Anthony Youn.
Mingguan Wanita:Macam-macam hal.Jangan mudah percaya trend pelik-pelik macam ni iya. Secara logiknya, tak mungkin pita pelekat mampu hilangkan kedutan pada wajah.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.