Tak baik betul penulis blog yang buat cerita palsu tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tahu tak penyanyi kesayangan Malaysia ini sedang dalam berpantang. Orang perempuan ini kalau berpantang, dia kena dalam keadaan tenang. Tak boleh stress.
Bila stress, macam-macam boleh jadi. Syukurlah Datuk Seri Siti Nurhaliza ini kuat dan tabah orangnya. Tengok sajalah masa sesi memperkenalkan nama Aafiyah hari itu pun, beliau kuat berlama-lamaan melayan para tetamunya dalam senyuman yang tak lekang di bibir.
Inikan pula berita palsu yang boleh mengelirukan para peminat beliau. Sebagai nak menjelaskan keadaan, Datuk Seri Siti tegaskan hal ini semula dalam instagram miliknya.
Saya Perlu Jelaskan Sesuatu – Datuk Seri Siti Nurhaliza
“Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini.”
Ads
Ini berita palsu yang Datuk Seri Siti maksudkan.
“Berita PALSU ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik PAUTAN YANG BERKENAAN, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.”
Ads
SAYA DENGAN INI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA BERITA TERSEBUT (jika dirujuk pada saya). SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN BERITA PALSU TERSEBUT.
“Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah MENGUNDANG KEKELIRUAN DAN MENIMBULKAN PERTANYAAN BANYAK PIHAK mengenai KESAHIHAN berita tersebut.”
Ads
Sila Padam Segera, Sebelum..
Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya SEPERTIMANA YANG TERTERA DALAM PETIKAN DI BLOG TERSEBUT.
Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan YANG SEWAJARNYA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH undang-undang YANG BERKAITAN.
Haa.. kan Datuk Seri Siti dah bagi warning tu. Baiklah pemilik blog berkenaan padamkan segera. Mingguan Wanita berharap kelak, Datuk Seri Siti dapat jalani sesi berpantang dengan tenang disamping si comel pipi merah, Siti Aafiyah.
Baru-baru ini, viral di laman sosial apabila seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, kira-kira seminggu lalu dikatakan mempunyai kalimah Allah yang tertulis didahinya.Kejadian yang berlaku di Kalimantan Indonesia ini, pasangan Saiful dan Dewi Agustina dikurniakan bayi istimewa tersebut pada 3 April 2018 lalu dan gambarnya menjadi tular setelah dimuat naik di akaun seorang pengguna Facebook, Yuni Rusmini.
Meskipun, Dewi Agustina ibu kepada bayi tersebut hanya mengetahui dirinya hamil pada usia kandungan sudah mencecah lima bulan, namun bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan itu berada dalam keadaan sihat dan sempurna kejadiannya.
Menurut Ketua kampung Desa Ambahai yang juga bekas guru sekolah Dewi, wanita itu seorang pelajar yang pendiam dan sabar serta tidak pernah menimbulkan masalah.Walaupun hidup susah dengan sekadar mencari rezeki sebagai nelayan, Saiful dan Dewi dikenali sebagai orang yang sabar serta aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.
Apa pun mungkin ia hanya satu kebetulan, salah satu tanda kekuasaan Allah. Namun paling penting sebagai mak ayah haruslah bersyukur dan berlapang dada menerima bayi yang dikurniakan, sihat dan sempurna kejadiannya.
Cemburu dan perasaan amarah jangan dibuat main.Boleh menyebabkan tindakan diluar batasan.Gara-gara berang dan cemburu selepas suami mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, seorang isteri bertindak kejam apabila memukul kepala lelaki itu dengan tukul besi sebelum menggantung mayat mangsa di siling rumah.
Wanita, 26, itu bertengkar dengan suaminya, Fendik Tri Oktasari, 27, di rumah mereka di Sawah Gede, Kedurus, Karangpilang, Surabaya pada malam Jumaat lalu selepas rahsia lelaki itu menjalinkan hubungan sulit terbongkar.
Surya.co.id melaporkan, kerana terlalu berang, suspek mengambil tukul besi lalu memukul kepala suaminya.Dia kemudian memukul kepala suaminya buat kali kedua menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.
Kerana panik, wanita itu menggantung suaminya dengan tali di atas siling di ruang tamu rumah mereka dan berlakon seolah-olah mangsa membunuh diri. Ketika kejadian, dua anak pasangan itu yang masih kecil tidur di dalam bilik dan tidak mendengar pergaduhan berkenaan.
Ketua Polis Karangpilang, Noerjano memberitahu, helah wanita itu terbongkar selepas bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada kepala mangsa.
“Kepala mangsa tidak berdarah ketika dipukul dengan tukul besi, tetapi bedah siasat mendapati tempurung kepalanya pecah dan ada darah beku di dalamnya.
“Mangsa dipercayai mati akibat digantung oleh isterinya itu,” katanya yang dipetik Surya.co.id, semalam.
Katanya, ketika disoal-siasat suspek mengaku dia memukul suaminya kerana berang selepas mendapati lelaki itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
“Ini bukan satu pembunuhan terancang kerana pergaduhan ini berpunca daripada api cemburu,” katanya.
Pesanan buat para suami, jangan dibuat main, bila wanita dan para isteri mulai cemburu dan terlampau marah.Lebih-lebih lagi bila ditipu dan kepercayaan dikhianati. Segala tindakan diluar batasan boleh berlaku.Hati-hati iya.
Ibu yang bersalin itu boleh dikategorikan sebagai syahid kecil. Dalam bilik bersalin setiap ibu mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan seorang cahayamata. Apatah lagi, ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean. Inilah yang dilalui isteri Faizal Ismail FBI, Nor Azlina Ahmad Din.
Melahirkan kelima-lima cahaya mata mereka dengan kaedah pembedahan. Mingguan Wanita berbesar hati apabila Azlina sudi berkongsi pengalaman melahirkan kelima-lima anak mereka. Dan kebetulan, bulan April ini adalah Bulan Kesedaran Caesarean.
Percayalah setiap kelahiran anak itu memberi satu pengalaman yang berbeza. Biar pun perit namun momen itu cukup manis untuk dikenang-kenangkan. Inilah pengalaman setiap anak Nor Azlina
Saya tak sangka anak pertama akan dilahirkan secara caeser. Tak ada pengalaman. Air ketuban pecah tapi tak sakit. Ingatkan tak ada apa-apa. So, saya pergi lewat ke hospital. Tali pusat terbelit jerut leher baby.
Baby dah lemas. Jadi pembedahan saja jalannya. First time bersalin. So rasa tak thrill langsung. Contraction rasa sekejap sangat. Tak ada proses teran baby pun. Jadi nekad second pregnancy nanti nak bersalin normal.
Setelah menunggu 6 tahun, saya disahkan mengandung. Semua sangat happy. Syukur. Tapi alahan mengandung sangat teruk. Just imagine orang mengandung naik 10kg, tapi saya turun 10 kg! Kurus kering.
Oleh kerana anak kedua, lelaki meninggal dunia setelah 12 hari dilahirkan. Saya teringin sangat anak lelaki. Saya berusaha menjalani kehidupan sihat, jaga pemakanan, ambil vitamin. Tiga tahun selepas itu saya disahkan mengandung. Alahan sangat teruk. Jumpa pakar Dato’ Dr. Norashikin. Sejarah caeser 2 kali, so yang ke-3 pun kena caesar.
Saya terus dipantau oleh doktor pakar yang sama Dato’ Dr. Norashikin. Memang setiap kali mengandung alahan teruk.
Prinsip Dr. Nora adalah dia tidak mahu menghalang takdir Allah. Jika Allah ingin memberikan rezeki kepada hamba-Nya, siapa dia untuk menghalang semua itu. Jadi masa saya bersalin anak ke-4, saya dan suami request doktor untuk ikat peranakan. Doktor hanya tersenyum and said ‘Allah knows..’
Betapa Allah itu THE BEST PLANNER. Empat tahun usia khayla, saya mengandung lagi. Sungguh tak sangka.
Sepanjang kehamilan 2, 3, 4, 5 saya mengalami alahan yang sangat teruk, tiroid dan darah tinggi. Tapi selepas bersalin, semua tu tak ada.
Masa mengandung anak pertama, alahan teruk sampai kurus kering. Masa tu husband saya mandikan saya di hospital. Dia menangis tengok keadaan saya. Sampai dia kata kalau teruk macam ni, tak payah mengandung lagi pun tak apa. Dia tak sanggup tengok saya. Lemah tak berdaya.
Saya pernah juga dengar ada setengah wanita yang SERIK nak mengandung atau bersalin kerana melalui pengalaman yang sangat sukar. Tapi percayalah, saya melalui pengalaman 5 kali yang bukan mudah. Setiap kali mengandung alahan yang sangat teruk (dah tak macam orang). Tak boleh makan minum. Muntah-muntah, badan sangat lemah dan tak berdaya.
Masa mengandung banyakkan makan bijirin. Kismis, kurma, pistachio dan badam sebab saya ni susah nak makan. Asyik muntah. Jadi kudap-kudap bijirin ni.
Setiap kali saya nak lawan sakit masa mengandung terutamanya masa rasa pedih ulu hati, saya amalkan berzikir. Zikir banyak-banyak. Pedih ulu hati ni jangan cakap lah. Sakit sangat-sangat macam dihiris-hiris dengan pisau tajam di dada. Bertahanlah dengan zikir.
Walau pun kadangkala emosi saya tak stabil, rasa nak marah, emosi suami kena stabil. Dia akan pujuk dengan kata-kata positif.
Sekiranya stress melanda, dia akan tutup mata tarik nafas dalam-dalam. Bercakap dengan baby dalam perut setiap hari. Beritahu dia conditon ibu macam mana. Biar sama-sama kuat. Saya sentiasa borak dengan baby.
Setiap kali caesar half bius, doktor cucuk tulang belakang. Kesannya, memang sering sakit belakang. Atas faktor usia yang mana Nor Azlina sudah mencecah 41 tahun, Dr. Nora advice pakai protection. Stil dia tak nak ikat.
Tak semua suami sebertuah Faizal Ismail kerana dapat menemani isteri di setiap kelahiran lima orang cahaya mata mereka. Ada juga suami yang mabuk darah dan doktor nasihatkan tak masuk sekali dalam bilik bersalin.
Berbeza dengan Nor Azlina yang mendapat sokongan emosi dan sentuhan fizikal daripada suami tercinta.
“Masa dalam dewan bedah, suami akan duduk di bahagian kepala. Tangannya mengusap kepala saya sambil dia membaca surah Yaasin. Sepanjang doktor memproses perut saya (nak keluarkan baby). Dia terus baca sekali sekala mengucup dahi dan memandang mata saya terutamanya bila terbau asap bakar, pisau doktor sedang membelah perut saya”
Memang wanita mengandung yang mengalami komplikasi yang teruk atau pengalaman sukar memerlukan sokongan semua orang di kelilingnya. Tapi orang yang sangat penting menyokong kita adalah suami sendiri. Sokongan dan perhatian suami memberi kekuatan kepada isteri. Masa ni suami kena banyak bersabar.
1. Bagi ibu-ibu caesar, selepas bersalin sakit pada luka memang sangt terasa. Kurangkan pergerakan. Jangan guna otot perut. Bila nak bangun, guna tangan. Mengiring sikit. Bukan terus bangun. Saya guna girdle cover perut hingga ke betis. Girdle ni untuk mengetatkan perut. Mudah nak bergerak. Bukan bengkung ibu-ibu bersalin normal ya.
2. Balik hospital, terus urut. Urut ni bukan apa. Untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Badan rasa kuat dan sihat. Boleh tambah susu badan. Senang nak susukan baby. Tak adalah stress sangat.
3. Saya takkan mandi seminggu. Hahaha… ini memg tips dari aunty saya yang bersalin caesar 4 kali. Dia pun otai gak. Bukan apa, luka pada perut tak boleh basah. Kena betul-betul kering. Kalau lambat kering takut bernanah. So seminggu tu kena tahan sikit. Lap badan dengan wet tissue big size tu. Memang untuk badan. Bila jumpa doktor kata ok, luka elok, cantik. Then, barulah mandi air daun yang rempah-rempah.
4. Dari segi pantang makan, saya makan ikan haruan, salmon sepanjang 60 hari berpantang. Masak panggang, rebus, stim. Tak ada minyak langsung. Even olive oil pun tak. Saya tak makan ayam/daging. Cara pantang berbeza. Ikut masing-masing
9. Sebenarnya rasa nyilu tu tak terasa sangat. Mungkin kerana saya sangat jaga ketika dalam pantang dan makan supplement berterusan. Supplement yang saya ambil atas nasihat doktor.
10. Cuma rasa sakit itu bertambah setiap kali melahirkan. Maknanya anak pertama sakit 20%, kedua 40%, ketiga 60% dan semakin sakit di bahagian luka. Mungkin kerana doktor belah dan jahit di tempat yang sama 5 kali.
Saya teruja setiap kali mengandung dan melahirkan. Best nya caesar kita boleh plan bila nak bersalin. So sebelum tiba masa bersalin, sempat lah nak makan apa yang teringin dan pergi tempat-tempat yang best dan plan kerja kita .
Setiap kali mengandung saya dan suami akan pilih tarikh special untuk saya bersalin. Maklumlah caesar. Kami plan sama-sama atas nasihat doktor.
Khalish 11.11.11 Khayla 13.09.13 Qalisya 8.8.17
Bagi ibu-ibu yang bersalin caesar, jangan risau. Enjoy all the moment. Banyakkan berzikir. Percayalah.. sakit teruk macamana pun, bila tengok baby keluar, semua sakit tu hilang. Kita lupa sakit kita. Sebab tu saya boleh harung 5 kali caeser dengan alahan teruk masa mengandung.
“Saya kuat kerana sokongan suami saya.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.