Hakikat kuat bagi seorang lelaki a.k.a suami bukan ditentukan oleh badan sasa, berketak-ketak atau lengan sekuat waja. Kuat sebenar bagi seorang lelaki adalah apabila dia dapat menahan diri dari amarah. Apatah lagi, jerit ke bini di tempat awam.
Sabar walau diri diuji dengan apa pun. Haa.. itulah istilah kuat sebenar bagi orang lelaki. Sayangnya, tak ramai lelaki yang miliki sifat sebegini. Lagi-lagi ketika dia berdepan dengan kerenah isteri mahupun anak-anak. Laju saja mulutnya lancang berbicara.
Tanpa sedar, ada emosi yang tercedera dengan kata-katanya itu. Dan inilah yang dilalui oleh Andy Sulaiman ketika melangkah keluar dari kedai runcit tempatnya membeli barang dapur.
Sungguhpun dia seorang lelaki, suami pula. Dia pun sama terkejut dengar punya kuat jeritan itu. Sampai ke rumah fikirannya tak putus-putus fikirkan banyak perkara. Simpati dengan nasib wanita itu.
Kuat Brader Tu Jerit, Sampai Aku Pun Terperanjat
Petang tadi pergi kedai Acheh, beli gula sekilo. Nescafe pun dah habis.
Dah bayar semua, aku keluar lah. Duk tercongok dalam kedai tu lama-lama buat apa.
Dah nak sampai kat kereta, aku terdengar,
“Hoi cepat lah! Panas ni! Hallllaaahhh!”
Kuat bunyi jeritan itu. Aku yang banyak dosa ni sampai terperanjat, kau. Kira kuat lah tu.
Aku cari dari mana suara tu. Kepoh juga lah aku. Mana tahu jerit kat aku ke apa. Kiri kanan depan belakang aku cari.
Jumpa.
Ada seorang brader jerit dari dalam kereta dia. Muka dia tengok ke aku. Panik aku. Kenapa jerit aku?
Ads
Aku pusing kepala ke pintu kedai Acheh tadi. Ada seorang akak, tangan kanan dukung anak sambil bawa 3 plastik merah berisi barang.
Tangan kiri pimpin anak yang lebih kurang 3-4 tahun umur dia. 3 beranak tu macam kelam kabut keluar.
Masuk ke kereta brader tadi.
Aku macam, “Ish defak men, kau jerit bini kau macam tu je?”
Turun tolong bawak barang, tak. Turun tolong dukung anak, tak. Pimpin anak pun, tak.
Sebelum kau tanya “Dah tu kenapa kau tak sound Brader tu tegak je depan dia?”
Anak bini dia masuk je dalam kereta, dia terus memecut. Berasap hitam ekzos kereta dia. Kemain laju.
Itu satu. Kedua, brader tu pakai singlet. Lengan dia besar. Kang aku sound, tak terlentang aku depan kedai tu kena tumbuk? Sakit dapat, malu dapat.
8 Persoalan Ini Terus Berlegar Dalam Kepala
Cuma, terfikir-fikir aku,
Ads
1) Pergi jerit ke bini kat tempat awam gitu, tak malu ke orang tengok kiri kanan? Jerit sebab bini slow. Itu je.
2) Dah tahu nak cepat, kenapa tak turun sekali bantu apa yang patut?
3) Nak cepat kan? Kenapa anak-anak tak biar je dalam kereta, ayah jaga. Biar mak je turun ambik-ambik barang, bayar lepas tu keluar? Kan senang.
4) Sejak bila main jerit-jerit bini kat tempat awam ni? Dari awal kahwin? Selepas dapat anak? Atau sejak dah boring tengok muka bini?
5) Wife tu rasa apa? Malu tak dia? Balik rumah nak mengadu kat siapa? Menangis tak dia sorang-sorang?
6) Anak tu duk dengar mak kena jerit dengan ayah, esok dah besar dia jerit kat mak dia pulak kat tempat awam. Salah ke siapa? Sebab tengok TV?
7) Tak boleh tunggu sampai kat rumah dulu ke nak marah, nak amuk ke bini? Atau dalam kereta ke kalau tak tahan sangat. Kenapa depan orang.
8 ) Kat rumah, nak makan, bini hidang. Nak pakai baju, bini siapkan. Tak pernah pakai boxer sama sampai 2 hari. Itu ke cara nak balas pengorbanan?
Ads
9) Bini tu mesti hari-hari dah kena jerit. Dah kena pukul, mungkin. Tapi masih setia di sisi. Sanggup tahan rasa, tahan sakit. Demi anak. Tak terlintas apa-apa ke kat hati dia.
Tak Ada Manusia Sempurna.. Bertimbang Rasalah!
Aku ni pun bukan baik mana. Pernah je gaduh laki bini. Pernah je buat wife sedih. Wife marah.
Tapi setakat ni, nak marah ke bini depan orang ramai, rasa macam marah ke diri sendiri pulak.
Tak ada manusia sempurna. Tak kira siapa. Dah kata kahwin ni nak saling melengkapi hidup kan. Bertimbang rasalah.
Dia salah, kita tegur. Kita salah, kena dengar teguran dia. Tak kira siapa. Kau laki ke, kau bini ke, selagi boleh elak gaduh, elak.
Ntah lah. Rumahtangga orang, kan? Nak fikir lebih-lebih pun tak elok juga. Apa berlaku depan mata, baik kita ambil. Agak tak baik, tinggal.
Aku pun bukan baik mana. Eh tadi dah tulis, kan?
Ntah lah.
Mungkin sebab dah nak masuk 40 ni kot, dengar benda bunyi kuat, jadi mudah rasa terkejut.
Tengok benda sedih, kadang tak sedar tap tap air mata menitik sendiri.
Tak percaya, tak apa lah.
Sumber/Foto : Andy Sulaiman, Puaka Bersekutu, SEAFOOD GRILLAMBAK, Johor Bahru
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Golongan ibu perlu tahu untuk menangani bila stres uruskan rumah tangga. Jangan biarkan diri menderita kerana stres, lebih memudaratkan kesannya kepada fungsi harian dan kesihatan fizikal serta mental.
Bila Stres Uruskan Rumah Tangga
Pensyarah Kanan / Kaunselor Berdaftar, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Dr. Rafidah Aga Mohd Jaladin merungkai persoalan bagaimana cara atau strategi terbaik untuk seseorang itu menguruskan stres.
“ Stres tidak dapat dielakkan dari kefungsian hidup harian. Malah, setiap manusia memerlukan tahap stres yang optimum untuk membuat mereka berfungsi dengan baik sebagai individu.
” Bagaimanapun, stres boleh memudaratkan jika ia tidak diuruskan dengan baik atau dibiarkan tanpa rawatan untuk suatu tempoh masa.
“ Bayangkan anda memegang segelas air selama lima minit, 50 minit, atau lima jam. Apa yang anda rasa apabila melepasi setiap jarak masa?
” Anda mungkin tidak merasakan sebarang ketidakselesaan atau kesukaran jika anda perlu memegang gelas selama lima minit, tetapi apabila anda perlu memegang gelas selama lima jam, anda tentunya akan merasa sakit hati, keliru dan tidak berdaya.”
Strategi Pengurusan Stres
Menurut Dr. Rafidah lagi, terdapat banyak strategi yang kita boleh gunakan untuk menangani stres.
Coon (2003), memberikan beberapa strategi terbaik untuk mengurus stres dan sesetengah daripadanya disenaraikan di bawah:
1-Latihan fizikal
Membuat senaman ringkas seperti senamrobik, Zumba ataupun sekadar streching.
2-Meditasi
Teknik mental yang menenangkan minda dan tubuh.
3-Relaksasi progresif
Kaedah untuk menghasilkan relaksasi yang mendalam pada semua bahagian tubuh, contohnya teknik pernafasan.
4-Imej yang dibimbing
Pembayangan secara sedar imej yang menenangkan, merelakskan atau berguna dalam cara lain.
5-Modifikasi tingkah laku yang tidak efektif
Contoh: mengurangkan, menyusun, mencari keseimbangan, mengenal pasti dan menerima had anda.
6-Dapatkan sokongan sosial
Peristiwa semasa kurang memberikan stres kepada individu yang mendapat sokongan sosial yang baik dari rakan-rakan dan keluarga.
a-Kongsi stres anda dengan orang lain; “no man is an island; no man stands alone”
b- Pendedahan kendiri bagus untuk anda dalam tempoh masa yang panjang. Justeru, kongsikan kisah diri anda dengan orang lain demi kesihatan yang baik.
7-Tulis tentang perasaan anda
8-Elakkan pemikiran yang mengganggu/mengecewakan
9-Pernyataan pengurusan
Menenangkan, kenyataan yang meningkatkan diri yang digunakan untuk menghentikan pemikiran kritik diri seperti:
“Saya hanya akan melakukan satu perkara pada satu masa” (contoh: bersedia untuk situasi yang menekan)
“Relaks, ini tidak menyakitkan saya. Kekal tersusun, fokus kepada tugasan” (contoh: mengkonfrontasi situasi yang menekan).”
Kesimpulannya, menurut Dr. Rafidah, stres bukanlah sesuatu yang memberi kesan negatif semata.
Jika diurus dengan strategi dan teknik yang sesuai maka stres boleh berada pada tahap optimum yang mampu menjadikan seseorang individu lebih produktif dalam menjalankan kefungsian hariannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya, rezeki suami isteri bukanlah terletak pada gaji hasil mereka bekerja. Kadang-kadang, ia datang dalam banyak bentuk. Anak yang ramai, tidak kedekut dengan keluarga dan bersedekah.
Ini mungkin menjadi salah satu rezeki semakin bertambah. Malah, tidak mustahi, gaji yang banyak boleh habis sekelip mata sehinggakan kita sendiri tidak tahu ke mana perginya.
Jika keadaan di mana, suami isteri merasa rezeki selalu tidak cukup, kena tengok kembali apakah hubungan kita dengan pasangan, anak-anak dan orang terdekat. Mungkin inilah yang boleh menjadi kaitan tentang hal ini.
Salah satu hilang rezeki suami isteri mungkin boleh dikatakan kerana selalu gaduh. Kita anggap ini mungkin perkara kecil tapi ia turut dikaitkan juga. Ada beberapa lagi perkara yang turut dikongsikan oleh megat naif. Moga ia memberi manfaat dan panduan untuk kita.
Sebenarnya, ramai ustaz, ustazah & pakar perunding keluarga berkongsi tentang hal ini untuk peringatan bersama.
Jadinya, sebagai seorang suami, ayah & juga anak tiba-tiba rasa terpanggil nak berkongsi perkara yang sama supaya ramai yang dapat manfaat. Saya cuba kongsikan 7 perkara tersebut.
1. Selalu Bergaduh
Jangan gaduh-gaduh suami isteri. Lebih-lebih lagi hal duit. Bawa berbincang & duit boleh dicari. Bila suami isteri tidak ada persefahaman maka rezeki susah nak masuk.
2. Mengeluh & merasakan anak-anak sebagai beban hidup.
Anak-anak merupakan rezeki dari Allah. Ada orang tiada rezeki peroleh anak walaupun sudah lama berkahwin. Kita yang dah ada anak ni?
Anggap anak sebagai beban pula. Sepatutnya, kita sebagai ibubapalah yang perlu berusaha mencari rezeki untuk anak-anak. Ingat, doa anak-anak soleh & solehah membawa kita ke syurga.
3. Bakhil dengan isteri & anak-anak
Janganlah terlalu berkira untuk keluarga. Kena ada persefahaman. Rezeki kita bukanlah semuanya hal kita.
Sebahagiannya adalah rezeki anak dan isteri kita. Sebahagian lagi rezeki orang lain juga contohnya zakat, sedekah dan lain-lain. Allah beri rezeki untuk dikongsi bersama.
4. Gagal kawal emosi & suka marah
Pakar pesan, gunakan kata-kata & nada yang baik, lembut bila bersama suami, isteri & anak-anak. Ingat mereka inilah punca rezeki kita luas.
Tanam sifat kasih sayang dan layanan mesra bersama keluarga tercinta.
5. Lagi-lagi mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki
Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita ada & apa yang kita terima kerana syukur kunci pintu rezeki berganda.
6. Kurang sabar atau panas baran
Banyakkan bersabar dalam menangani karenah & perangai suami, isteri & anak-anak. Cuba fahami keadaan mereka.
Mungkin stress kerja, belajar atau lain-lain. Cuba cari jalan damai. Pasti boleh.
7. Kurang berdoa
Berdoalah kerana doa itu senjata mukmin. Doakan yang baik-baik untuk diri & keluarga. Saling ingat sesama keluarga yang doa itu penting. Berdoalah! Mohon hajat.
Sekian,
Terima kasih
Si suami, ayah & anak
#MegatNaifShare
#MegatNaif
MW: Salah satu yang suami isteri kena ambil noted, tentang suka marah dan kawal emosi. Kadang-kadang, anak tak dengar dan buat perangai mulalah mak ayah naik darah. Inilah juga kena perbetulkan. Anak-anak ni, mereka sengaja cari pasal sebab nak perhatian daripada kita. Kena jaga-jaga mak ayah.
Anak masa kecil, macam-macam ragam yang dia buat. Kadang-kadang boleh menguji kesabaran mak-mak. Tak kena gaya, dapatlah secubit dua kat paha anak. Lebih-lebih lagi masa anak berusia dua tahun, dia dah mula panjang akal. Ada sahaja yang dia nak.
Sekali dua, boleh la mak-mak melayan tapi kalau dah banyak kali yang mak rasa itu tak boleh dan dia nak juga, mulalah mak-mak naik angin. Masa usia beginilah, mak-mak kena main peranan dan jangan ikutkan hati yang marah. Kesian anak. Dia tak tahu apa benda pun.
Inilah antara perkongsian daripada Faizatul Iman tentang bagaimana mak-mak kena faham apa yang perlu buat teurtamanya pada anak yang berusai dua tahun
.
Harini ini saya kongsi tentang “Fasa Individuating Anak Umur 2 Tahun” yang saya belajar melalui IbuRose
Apa yang perlu kita expect.
• Anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap.
• Sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya
• Ibu bapa akan menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil
Apa itu fasa individuating?
• Ia adalah fasa yang menegapkan kewujudannya.Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti
Sampai bila fasa individuating ni?
• Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap sahaja iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.
Apa yang kita perlu lakukan?
1. Jangan cepat melebel anak dengan lebel yang tidak elok sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya.
2. Marah berpatutanlah jika perlu sangat. Tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun jika kita marah.
3. Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat.
4. Jika dia meronta, pegang dan tenangkan anak. Kita perlu tarik nafas dan tenang. Jangan terikut sekali untuk mengamuk. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya.
Jadi, expect that without thinking anak itu degil.
Oh begitu rupanya,
Belajar tarik nafas dan tenang waktu anak meragam ye.
MW: Biasanya mak-mak bila cakap tak boleh, itu jugak la yang anak-anak nak kan. Bila dah tak dengar, mulalah mak naki ‘hantu’, last sekali cepat2 peluk anak kan. Kesian lak.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.