Ibu Zayn Rayyan diperintah bela diri lakukan pengabaian, Zaim dilepaskan atas pertuduhan pengabaian anak.
Doa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan buat arwah Zayn Rayyan yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember 2023 dua tahun lalu didengari apabila Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membacakan keputusan akhir kes pendakwaan pagi ini.
Ibu Zayn Rayyan Diperintah Bela Diri
Selepas dibacakan penghakiman, ibu kepada dua cahayamata itu, memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang tertuduh yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal balas dalam prosiding membela diri akan dimulakan sebentar lagi.
Sementara itu, Zaim Ikhwan dilepaskan dalam pertuduhan ini.
Kronologi kematian adik Zayn Rayyan menarik perhatian ramai apabila mayat anak syurg ini ditemukan di anak sungai 100 meter dari kediaman keluarganya oleh penduduk sehari selepas ibunya, Ismanira Manaf berkongsi kehilangan anaknya di fb pada 5 Disember 2023.
Pada 8 Disember 2023, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata Zayn yang juga kanak-kanak autisme dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di anak sungai tempat penemuannya.
Perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan bermula di Mahkamah Sesyen pada 3 Februari 2025 atas pengabaian anak.
Seramai 28 orang saksi dipanggil untuk memberi keterangan selama 20 hari perbicaraan dan ia berakhir pada 24 April lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi manakala peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh mewakili kedua-dua tertuduh.
Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa dan mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan