Ibu Syamel meninggal dunia, salam takziah diucapkan buat penyanyi Syamel yang telah kehilangan ibu tercinta Almarhumah Wan Faaizah Karim, 55. Arwah menghembuskan nafas terakhir, jam 10.09 malam tadi selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak hampir sebulan lalu
Ibu Syamel Meninggal Dunia
Pemilik nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27 memaklumkan berita duka tersebut menerusi akaun Instagramnya.
“Asalamualaikum. Allah lebih menyayangi umi.
“Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada pukul 10 pm tadi.
“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” luahnya.
Ads
Syamel disamping isteri Erni. Syamel pasrah dan reda dengan pemergian ibu tercinta.
Suami kepada Erni Zakri ini juga memaklumkan, dia reda dengan pemergian arwah ibu tercinta.
“Saya reda dengan pemergian arwah. Ibu menghembuskan nafas terakhir jam 10.09 malam tadi (22 Ogod) selepas lebih sebulan bertarung nyawa. Doktor sudah cuba melakukan yang terbaik, namun Allah lebih menyayanginya.
“Saya sangat sedih, apatah lagi, tidak dapat bertemu arwah ketika dirawat di hospital.
“Apapun, saya dan keluarga reda jika itu jalan yang terbaik buat arwah,” ungkap Syamel seperti mana dilaporkan menerusi BH Online.
Ads
Syamel juga memaklumkan jenazah arwah ibunya akan dikebumikan pada tengah hari ini.
Dibanjiri Ucapan Takziah
Sumber Foto : Instagram Syamel
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Syamel dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan ibu tercinta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jika sudah tertulis ketentuan jodoh dengan cikgu sendiri, tiada siapa yang mampu menidakkannya.Malah cinta memang tidak mengenal usia dan buktinya Akmal Yusof, 22 memilih bekas gurunya sendiri, Suzana Isa yang berusia 47 tahun sebagai pasangan hidup.
Akmal yang menetap di Taman Medan Indah di sini berkata, dia dan Suzana selamat diijabkabulkan pada akhir November lalu di Pejabat Agama Kota Tinggi.
Berkongsi kisah perkenalan mereka, Akmal yang juga seorang pengurus dan pengasas sebuah kafe berkata, Suzana mengajar mata pelajaran Sains Sukan ketika dia di Tingkatan Lima dam ketika itu hubungan mereka tidak lebih daripada seorang guru dan pelajar.
“Isteri adalah guru kegemaran saya ketika di sekolah dan dia disayangi pelajar kerana sikapnya yang mesra. Itu membuatkan saya sukakannya tetapi tidak sampai ke tahap ada perasaan cinta.
“Tamat persekolahan, saya terputus hubungan dengan beliau selama beberapa bulan tetapi berhubung semula selepas itu atas dasar kerja urusan perniagaan yang dijalankan bersama,” katanya ketika dihubungi.
Lama kelamaan kata Akmal, timbul rasa cinta antara mereka berdua sehingga menjalin hubungan lebih serius.
“Februari tahun lalu, saya mulakan langkah pertama dengan menghadiahkan cincin ketika ulang tahun kelahirannya.
“Saya beranikan diri luahkan perasaan dan tak sangka, dia terima jadi kami sepakat menghalalkan hubungan dengan berumah tangga.
“Alhamdulillah, keluarga kedua-dua pihak menyambut baik hasrat kami untuk berkahwin walaupun jurang umur yang jauh antara kami,” katanya.
Bercerita lanjut, Akmal berkata dia tertarik dengan Suzana kerana isterinya itu seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya.
“Sebelum berkahwin hingga kini, isteri tetap sama iaitu sentiasa ambil berat mengenai saya. Itu yang menguatkan lagi cinta dan keserasian antara kami.
“Saya bersyukur dijodohkan dengan wanita sepertinya malah tidak anggap umur sebagai penghalang sebaliknya percaya ajal maut dan jodoh pertemuan sudah diatur sebaiknya oleh Allah SWT,” katanya.
Sementara itu, Suzana mengakui keluarga pada mulanya agak ragu ketika dia menyuarakan hasrat berkahwin dengan Akmal yang juga bekas anak muridnya.
Bagaimanapun Suzana berkata, dia cuba yakinkan keluarga yang akhirnya menerima pilihannya malah menganggapnya sebagai takdir.
“Mulanya rasa janggal juga kerana saya lebih berusia daripadanya (suami) jadi tahap kematangan kami tentunya berbeza.
“Namun saya cuba tetapkan dalam minda setiap hari yang dia (Akmal) adalah suami dan saya pula isteri jadi perlu belajar mengawal ego.
“Jika ada masalah, kami akan cuba berbincang dan saya terpikat dengan suami kerana dia pandai mengambil hati, bijak memujuk jika saya merajuk serta suka beralah,” katanya yang masih bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini.
Mingguan Wanita : Jika sudah tertulis ketentuan jodoh dengan cikgu sendiri, jarak usia bukanlah satu halangan. Tahniah buat pasangan ini, selamat berbahagia dan semoga perkahwinan dibina berkekalan hingga ke syurga.
Kasih sayang untuk Allahyarham Siti Sarah Raisuddin terus mengalir. Jauh hingga ke bumi Makkah. Terbaru kiriman video dari Shuib berkongsi solat ghaib yang dilakukan di Makkah untuk arwah isterinya.
Rezeki Allahyarham Siti Sarah yang tidak siapa pun boleh nafikan. Kebaikan dan amal jariah yang dilakukan dalam diam, membuatkan kasih sayang orang ramai untuknya tidak tertahan-tahan.
“Dapat kiriman video solat ghaib jenazah dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang U ibu. Bergembiralah di syurga bidadariku Siti Sarah.” doa Shuib untuk arwah isterinya.
Daripada live video ini, dimaklumkan Ustaz Haji Suhaimi telah meminta saudaranya di Makkah untuk melakukan solat ghaib. Saudaranya telah meminta imam masjid di daerahnya di Makkah untuk melakukan solat ghaib yang diadakan selepas Zuhur waktu Makkah.
Kira-kira 300 orang turut serta dalam solat ghaib berkenaan.
Terkesan dengan video Shuib bergurau dengan Allahyarham, yang mengusik wajah isterinya ‘ada sinar’. Lalu dibalas Allahyarham, “tunggu I bersalin nanti bersinar ke bercahaya macam mana.”
“Orang kata kalau mengandung muka comot, anaknya nanti muka comel.”
Siapa pun yang melihat video berkenaan merasakan apa yang diluahkan Allahyarham itu telah Allah makbulkan.
Rakan artisnya, Diana Rafar juga mengungkapkannya, “MashaAllah memang bersinar lah wahai bidadari syurga @sitisarahraisuddin Pasti @shuibsepahtu kuat dan tenang redha dengan pemergian mu sahabat.”
Perjuangan Allahyarham melawan virus Covid-19, dari bilik ICU sehingga bayi pramatangnya dikeluarkan secara pembedahan menjentik hati ramai orang. Membuka mata semua betapa berisikonya ibu hamil dan jangkitan Covid-19 ini.
Bayi pramatang yang selamat dilahirkan, Ayash Affan tidak dapat merasai belaian kasih ibu. Malah, tiga lagi anak kecilnya, biarpun mereka kelihatan kuat. Perasaan rindu pada ibu yang telah tiada tetap sarat tak terbendung.
Semoga Shuib dan anak-anaknya diberikan ketenangan hati untuk melalui ujian hebat ini.
Geramnya. Sudahlah tidak bayar sewa selama enam bulan, penyewa dari neraka ini juga tinggalkan rumah dengan lautan sampah dan timbunan najis.
Sekurangnya jika tidak mampu membayar sewa sekalipun, janganlah tinggalkan rumah dalam keadaan yang amat kotor. Perkara ini amat menyusahkan tuan rumah.
Seorang pemilik rumah di pekan kecil Staffordshire, England tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah selepas disewakan kepada penyewa dari ‘neraka’.
Ian Twigg berkata, keadaan rumahnya di Hebburn, South Tyneside ibarat tongkang pecah dan dia terpaksa menggunakan khidmat pencuci profesional bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.
Sudahlah Tidak Bayar Sewa Enam Bulan
Tambah Twigg, penyewa yang telah melarikan diri dan tidak membayar sewa tertunggak selama enam bulan itu bukan sahaja melonggokkan sampah di segenap ruang rumah.
Malah turut kencing di merata tempat termasuk di atas permaidani dan belakang kabinet televisyen.
Najis Dibuang Merata-rata
Bukan itu sahaja, lebih menjijikkan tisu tandas yang dipenuhi najis turut dibuang merata-rata.
“Mereka nampaknya menggunakan satu bilik tidur secara eksklusif sebagai tong sampah dan kencing serta berak sesuka hati di tempat yang bukan sepatutnya,” ujarnya yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab dan pengotor penyewa terbabit.
Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, kerja-kerja pembersihan mengambil masa selama berjam-jam.
“Bayangkan, kami membawa keluar 60 beg sampah dari satu bilik tidur!
“Biar pun tiada kerosakan besar tapi saya tetap mengalami kerugian besar.
Mingguan Wanita : Harapnya penyewa ini mendapat pembalasan sewajarnya kerana tidak menghormati harta orang lain. Tuan rumah bukan sahaja sakit hati, malah terpaksa menanggung kerugian kerana perlu membersihkan rumah yang ditinggalkan sebegitu rupa.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.