Ads

Ibu Sedih Anak Ditampar Depan Murid Lain, Cuba Bertenang Sebelum Ambil Tindakan

Anak Ditampar
Anak Ditampar

Ibu mana yang mampu terima apabila anak ditampar dan ditarik terlinga hanya disebabkan lewat beberapa minit selepas anaknya pulang dari tandas.

Ibu Sedih Anak Ditampar Depan Murid Lain

Ibu Sedih Anak Ditampar Depan Murid Lain, Cuba Bertenang Sebelum Ambil Tindakan

Ini apa yang diluah seorang ibu yang mana anak lelakinya yang masih bersekolah rendah didakwa dikenakan tindakan fizikal oleh seorang tenaga pengajar sekolah anaknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @Lilysazwani di laman Threads oleh anaknya yang berada di tahun tiga dikatakan ditarik telinga dan ditampar di hadapan rakan sekelas.

Ibu Sedih Anak Ditampar Depan Murid Lain, Cuba Bertenang Sebelum Ambil Tindakan

Menurutnya, bukan lama tetapi hanya beberapa minit selepas anaknya pulang dari tandas sebelum terserempak dengan seorang tenaga pengajar lain yang meminta bantuan menjaga kelas murid tahun satu.

Ads

“Dia lewat beberapa minit sahaja, sebab tolong jaga kelas lain. Tapi bila masuk kelas sendiri, dia kena tindakan fizikal depan kawan-kawan,” katanya.

Menurutnya lagi, tenaga pengajar yang meminta bantuan tersebut turut mengakui perkara itu dan memohon maaf atas apa yang berlaku kepada murid berkenaan.

Cuba Bertenang Sebelum Ambil Tindakan

Ibu Sedih Anak Ditampar Depan Murid Lain, Cuba Bertenang Sebelum Ambil Tindakan

Ads

Dalam perkembangan sama, wanita itu memaklumkan sedang mempertimbangkan tindakan lanjut termasuk membuat laporan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam.

“Saya cuba tenangkan diri dulu dan berfikiran rasional sebelum buat keputusan seterusnya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggesa agar tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan kebajikan murid terjamin.

Ads

Seorang pengguna, @Poly.peppers yang mandalas dirinya sebagai peguam berkata, sebarang bentuk kecederaan fizikal terhadap murid boleh disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pihak ibu bapa berhak membuat laporan polis bagi memastikan kebajikan anak terjaga dan siasatan dapat dijalankan mengikut prosedur,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna mencadangkan agar laporan rasmi dibuat kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sumber: lilysazwani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Sam Lim

Sam Lim Nikah Gadis Melayu, Kali Ini Bukan Marketing Semata-mata

Waahh... meriah sungguh komen netizen di media sosial hari ini apabila melihat pempengaruh media sosial popular, Sam Lim kini sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Parisa Ardina.