Ibu mentua titip doa buat Bunga Citra Lestari. Keluarga beri restu bergelar isteri

Share

Tiga tahun sudah berlalu. Nampaknya, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan pada awal Disember depan.  Desas-desus pernikahan ini dikatakan sudah mendapat restu daripada keluarga Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Memetik laporan Hops.Id, ibu kepada Ashraf iaitu Dida Sinclair dikatakan telah memberi keizinan kepada menantunya, Bunga untuk kembali bergelar isteri bersama pilihan hatinya iaitu Tiko Aryawardhana.

Dida turut menitipkan pesanan dan doa buat Bunga sebelum bergelar isteri buat kali kedua.

“Doa saya untuk Bunga agar dibimbing oleh Allah, agar tetap kuat, sihat, bahagia, dan bersyukur,” ujarnya.

Sejak seminggu ini media di Indonesia mahupun di Malaysia heboh mengenai berita Bunga  bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Tiko Wardhana.

“12 Tahun Terindah, Alhamdulillah anugerah yang begitu indah dari Allah untuk Bunga dan almarhum Ashraf,” tulis Dida Sinclair dalam bahasa Inggeris di akaun Instagram @dida_sinclair, dikutip pada 29 November 2023.

Bunga, 40, dan Tiko yang juga merupakan seorang duda dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah hotel di Bali, Indonesia.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang petugas di pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani menerusi kenyataan di YouTube Indosiar.

Malah khabar angin juga mendakwa Bunga telah membawa Tiko untuk berkenalan bersama keluarga Ashraf ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.  Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

IKLAN