Ads

Ibu Dr. Fie Selalu Ada Waktu Sukar, Bukan Dendam Tapi Soal Maruah

Ibu Dr Fie selalu ada waktu sukar, bukan dendam tapi soal maruah. Pelbagai dugaan rumah tangga menimpa anak perempuannya, ibu Dr. Fie iaitu, Dr. Zailah tampil berkongsi pandangan peribadinya terhadap anaknya itu.

Ibu Dr. Fie Selalu Ada Waktu Sukar

Menurutnya, tindakannya sebelum ini menemani Dr. Afifah Tawfek hadir ke mahkamah bukanlah kerana menganggap anaknya itu takut atau lemah, sebaliknya mahu anak sulungnya itu sedar bahawa keluarga akan sentiasa ada dikala waktu sukar.

Ibu Dr. Fie Selalu Ada Waktu Sukar, Bukan Dendam Tapi Soal Maruah

“Ibu menemani bukan kamu gentar, tapi tanda ibu ada dikala sukar. Dulu kamu sentiasa mengharap, kini langkahmu semakin tegap, teruslah berdiri, doa ibu sentiasa mengiringi,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Ibu Dr. Fie Selalu Ada Waktu Sukar, Bukan Dendam Tapi Soal Maruah

Ads

Dari sudut hati Dr Fie juga sudah reda dengan apa yang berlaku. Tulisnya di laman Instagram miliknya,

“Let the past rest. Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma luahan hati seorang ibu yang terluka. Tapi hari ini aku pilih tenang. Allah knows what’s best — and I trust His plan.

Bukan Dendam Tapi Soal Maruah

Mengulas lanjut, Dr. Zailah juga sempat menitipkan pesanan agar anaknya itu sentiasa istiqamah dan diberikan kekuatan menjalani kehidupan.

“Perjuangan wanita selepas perceraian bukan soal dendam, tetapi soal hak, maruah, dan masa depan. Mudah-mudahan anakanda istiqamah dan dikurniai kekuatan. insyaa- Allah,” jelasnya.

Ads

Ibu Dr. Fie Selalu Ada Waktu Sukar, Bukan Dendam Tapi Soal Maruah

Untuk rekod, Dr. Fie mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nubhan pada 29 Ogos 2015.

Ads

Perkahwinan mereka menjadi tumpuan ramai apabila berlakunya keretakan hubungan, dengan isu rumah tangga kerap diperkatakan di media sosial.

Ibu Dr. Fie Selalu Ada Waktu Sukar, Bukan Dendam Tapi Soal Maruah

Nubhan telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai (talak dua) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan pihak mahkamah mengesahkan perceraian pasangan ini secara rasmi pada awal Disember.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan tiga anak: Aafiya, Ahmad Aafan, dan Afzan Nayille.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Penceramah Bebas Gagal Bayar Hutang Perkahwinan RM120,000 Kepada Bekas Isteri Ketiga,...

Gara-gara gagal membayar hutang perkahwinan kepada bekas isteri sejak tiga tahun lalu, seorang penceramah bebas kontroversi, Farid Abu Auliya dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.