Berita

Ibu Disyaki Maut Di Tangan Anak Sendiri, Arwah Sepatutnya Melangsungkan Pernikahan 13 Februari Ini

Share

Ibu disyaki maut di tangan anak sendiri, arwah sepatutnya melangsungkan pernikahan 13 Februari ini. Betapa tergamaknya seorang anak yang tega memperlakukan ibu sendiri dengan kejam. Seorang ibu, Zaharullail Basir, 52 ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman pada badan di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini semalam.

Lebih menyedihkan, arwah yang bekerja sebagai eksekutif operasi di sebuah bank di di sini dikatakan bakal melangsungkan pernikahan kali kedua 13 Februari ini di mana segala persiapan majlis sudah dipersiapkan.

Dalam pada itu, seorang dari enam anaknya, Amirul Shafiq Shamsul Zahari berusia 28 tahun yang merupakan suspek dalam kejadian ngeri ini telah ditahan oleh pihak polis di dalam bas yang menuju ke Selangor.

Dirinya ditahan kurang 24 jam selepas kejadian ketika menaiki bas persiaran di Kilometer 441.5 arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan. Hasil semakan pihak polis, suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah.

Hasil ujian air kencing suspek didapati negetif. Dalam pada itu, selepas penahanan berlaku, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar dan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 9 Februari depan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Shifa Mohd Hamzah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan.

Dalam kejadian tragis yang membawa kepada tragedi ini, arwah Zaharullail Basir ditemukan oleh salah seorang anaknya tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

“Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat tiga kesan tikaman iaitu di bahagian atas dada kiri, kecederaan di pergelangan tangan serta terdapat kesan luka di bahagian kepala dan muka serta luka kecil dan luka tikaman di tapak tangan kiri.

Pemeriksaan lanjut polis turut mendapati sebuah beg tangan mengandungi barang kemas, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit didapati hilang dalam kejadian bunuh ini.

Dalam pada itu, ibu tiri kepada arwah, Norsiah Yahya, 66 memaklumkan anak tirinya itu sudah membuat persiapan untuk majlis akad nikahnya.

“Arwah sudah membuat persiapan untuk bernikah kali kedua pada 13 Februari depan dan majlis perkahwinan akan diadakan keesokan hari yang dibuat sekali dengan pertunangan adik perempuannya.

“Sebab itu mak cik terkejut bila dapat tahu arwah mati dibunuh kira-kira jam 9 pagi tadi. Mak cik memang sedih sebab arwah memang anak yang baik,” kata

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros