Ibu dakwa anak kembar dilayan buruk oleh ibu tiri, “kena tidur luar rumah sebab buas. Luahan kekecewaan seorang ibu, Wana Talia di facebooknya meraih perhatian ramai apabila berkongsi nasib anak kembarnya yang tidur di kaki lima rumah atas dakwaan buas oleh ibu tiri yang menjaga dua beradik kembar berusia lapan tahun ini.
Mula viral semalam, Wana Talia berkongsi kesedihan hati melihat nasib anak kembarnya yang bukan saja tidur di kaki lima rumah sebaliknya makan dengan mata ditutup dan perlu menghabiskan kesemua makanan di dalam pinggan atas alasan tidak makan sayur. Kedua anak kembarnya ini dijaga oleh bekas suami yang sudah pun berkahwin baru.
Dalam hantaran penuh emosi, Wana Talia mendakwa anak-anak kecil itu dilayan tidak sepatutnya sehingga terpaksa tidur di kaki lima flat perumahan.
Ads
“Apa perasaan ampa kalau tengok benda ni jadi kat anak-anak hang pa. Apa dugaan Allah nak bagi kat hang pa wahai si kembar ibu. Ya Allah, bantu aku bangkit dan bersemangat Ya Allah. Saya memang tak sangka sampai tahap macam ni. Anak saya kot, bukan anak binatang buas. Mereka baru darjah dua. Jahat mana pun depa, mereka ada hati dan perasaan,” tulisnya sambil membuat emoji menangis.
Jelas Wana dia sebelum ini bukan sengaja membiarkan anak-anak kembarnya pada jagaan mak tiri tetapi keadaan hidup memaksa dia menyerahkan anak kembarnya itu pada jagaan bekas suami.
Makan dengan mata tertutup atas dakwaan tak makan sayur. Jadi kembar perlu menghabiskan makanan tanpa memilih .
Menurut Wana Talia, ketika bercerai beberapa tahun lalu, dirinya rela melepaskan hak penjagaan kerana percaya kehidupan anak-anak lebih selesa bersama bapa mereka yang mempunyai rumah, pekerjaan tetap dan kenderaan sementelah dia sendiri tidak bekerja dan hidup susah.
Ads
“Masa tu saya fikir semua baik-baik saja. Saya ingat anak-anak bahagia dalam pelukan babah depa. Saya ingat mak tiri depa baik, masak bagi makan. Tapi rupa-rupanya anak saya tidur di kaki lima flat,” katanya.
Beliau menambah, keputusannya ketika itu dibuat kerana dirinya berada dalam keadaan susah dan tidak mampu.
“Masa tu saya jatuh terduduk, memang tak mampu. Tapi Allah saja yang tahu. Sekarang saya cuba bangkit semula untuk bela anak-anak dan menerima sokongan keluarga,” luahnya.
Ads
Mengakui ada bukti gambar mengenai nasib anaknya tidur di luar rumah dakwanya lagi ramai yang tahu perangai ibu tiri yang menjaga kembarnya ini.
“Saya memang tak sangka sampai tahap macam nie. Anak saya kot, bukan anak binatang buas. Depa ada hati dan perasaan. Baru darjah dua. Saya merayu, sujud awak Nani, jangan la buat bukan-bukan pada anak-anak ini. Saya sujud di kaki awak. Depa budak-budak lagi. Saya cuba bincang tapi pihak hang pa main tarik tali.
Sebaik berkongsi luahan ini, ia menarik perhatian ramai yang menyuarakan rasa simpati pada nasib kembar ini. Malah ada yang mendesak Jabatan Kebajikan Masyarakat turut padang menyiasat situasi sebenar.
Setakat ini, pihak bapa dan ibu tiri yang disebut dalam hantaran berkenaan belum memberikan sebarang kenyataan balas. JKM juga belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes ini. Bagaimanapun, menurut rekod, mana-mana pihak yang didapati mengabaikan kanak-kanak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, termasuk denda dan hukuman penjara. Kredit FB :- Wana Talia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kesihatan merupakan harta yang tidak ternilai.Siapa sangka kerap tersedak dan muntah selepas makan merupakan antara simptom hidap Kanser Esofagus.
Pelakon dan pelawak Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, dimasukkan ke Hospital Sg Buloh sejak Isnin lalu, akibat penyakit Kanser Esofagus. Esofagus merupakan bahagian salur makanan yang terletak diantara tekak dan perut.
Beliau yang masih menerima rawatan di hospital tersebut bagaimanapun akan dibenarkan pulang pada Sabtu ini sebelum perlu ke Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya pada 12 September depan untuk melakukan proses PET-CT Scan.
Tidak Sangka Hidap Kanser
Zaibo mengakui tidak menyangka menghidap penyakit tersebut kerana sebelum ini hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol.Menurut Zaibo, dia diberitahu menghidap kanser apabila melakukan pemeriksaan kesihatan susulan berhadapan masalah tersedak dan muntah selepas makan.
“Alhamdulillah keadaan saya baik-baik sahaja. Sebenarnya sebelum ini saya hanya ada penyakit darah tinggi dan kolesterol tetapi tidak sangka tiba-tiba disahkan menghidap kanser ini pada tahap empat”.
“Menurut doktor, kanser yang menyerang bahagian pencernaan turut merebak ke bahagian lain seperti perut, paru-paru dan tulang rusuk kiri.Sekarang saya masih melalui prosedur ditetapkan dalam rawatan. Walaupun pernah buat prosedur itu di Hospital Batu Pahat, ia perlu dibuat semula di sini”.
Tunggu Keputusan PET-CT Scan
Bagaimanapun, keputusan rawatan seterusnya sama ada beliau perlu menjalani proses kemoterapi atau pembedahan hanya akan diketahui selepas proses PET-CT Scan tersebut selesai.
“Selepas menjalani PET-CT Scan nanti, saya perlu merujuk semula kepada pihak HSB kerana hanya di sini ada pakar kanser esofagus. Selepas itu, barulah mereka yang putuskan apa yang akan berlaku mengikut hasil keputusan tersebut,” katanya.
Pelakon yang cukup dikenali dengan watak Pak Selamat dalam siri Spanar Jaya ini kini menetap di Batu Pahat, Johor, namun telah dirujuk doktor ke Hospital Sg Buloh atas sebab tertentu.
Ramai rakan artis dan media yang datang menziarahi pelakon ini sejak dimasukkan dihospital.
Mingguan Wanita mendoakan agar pelakon ini, terus kuat semangat untuk berjuang melawan kanser tersebut serta dipermudakan segala urusan rawatan dan pemeriksaan.Moga cepat sembuh!
Sumber: Sinar & Kosmo
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Manisnya bila melihat momen tatkala Datin Alyah memberikan kejutan bersempena ulang tahun kelahiran suaminya yang tercinta Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tok Ram.
Alyah Ucap Selamat Hari Jadi
Menerusi perkongsian sebuah video di akaun Instagram Alyah dilihat membawa sebiji kek sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi oleh beberapa rakan terdekat.
‘Bersemut’ momen manis itu, penyanyi ini juga merakamkan ucapan buat suami tercinta menerusi entri akaun Instagramnya.
“Happy birthday @tokram_ramlims”
Alyah “Berebut Pula Nak Tiup Lilin”
Bukan itu sahaja malah isteri Tok Ram ini juga sempat mengusik suaminya dengan memuat naik video yang berserta kapsyen lucu di akaun Instagramnya.
“Bagi laaaa lilin tu lama skit…si aqil plak merajuk dlm diam dah haaa. Berebut pulak nak tiup lilin dgn aqil haaa…Mcm mcm hal uncle dgn aqil ni haaa….
“Selamat ulang tahun @tokram_ramlims”
Untuk pengetahuan, Aqil merupakan anak saudara kepada pasangan ini.
Selain itu Tok Ram juga turut berkongsi video yang sama di entri akaun Instagramnya.
Peminat Doakan Semoga Tok Ram Panjang Umur
Sementara itu, peminat dan pengikut di Instagram juga tidak lepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir buat Tok Ram.
“SANAH HELWA.. semoga Allah permudahkan sgala urusan ,diberi kesihatan, dipanjangkan umur, rezki yg meluas . dirahmati Allah..kekal bahgia bsma family tercinta hingga ke JANNAH.. Aamiin YRA” – alainataufiq
Rakan Artis Turut Beri Ucapan
Tidak kurang juga rakan artis turut memberikan ucapan buat penggiat seni tanahair terkenal ini.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Alyah & Instagram Datuk Ramli MS Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai nak jadi personaliti TV, sampai terlupa disiplin yang perlu ada dalam diri seorang personaliti itu. Bekas personaliti televisyen ini, Azrinaz Mazhar Hakim biarpun tak lagi bersiaran di televisyen, namun namanya terus dekat di hati rakyat Malaysia.
Penampilannya terus dijaga rapi, kerana itulah disiplin seorang personaliti.
Ramai juga tanpa sedar yang terbuat apa yang Azrinaz senaraikan di bawah. Nanti rugi je, datang jauh-jauh, tunggu giliran lama-lama tapi belum pun bakat dinilai, juri baru tengok penampilan.. juri dah rasa nak pengsan.
Kalau uji bakat nyanyian tu lain cerita, uji bakat pengacara personaliti TV penampilan itulah ‘first impression’ juri nampak dekat kita.
5 Tip Untuk Mereka Yang Nak Jadi Hos Atau Pengacara
Pertama : Sebab Apa Kena Pakai High Heels
Kalau pergi audition hos tu pakailah high heels untuk memastikan posture badan anda tegak dan kemas. High heels di sini bukan bermaksud platform shoes atau semi heels. Dan bukan sneakers. Tu untuk jalan-jalan pergi mall cik adik oiii..
Kedua : Ingat! Ini Uji Bakat Pengacara Bukan Pergi Kenduri
Selain persiapan mental, tolonglah datang dengan berpakaian menarik. Janganlah datang macam nak pergi kenduri tahlil. Aduii..
Barisan panel juri ujibakat Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow
Ketiga : Kena Pandai ‘Curi’ Hati Juri
Cuba pikat hati para juri. Sama seperti kalau nak keluar first date. Mesti semua nak berketrampilan cantik to make your partner amaze right? Begitulah juga dengan juri. Steal their heart with your good look.
Keempat : Elak Make Up Sekati Tebal
Tak perlulah terlampau berusaha sangat sampai mengubah rupa paras seratus peratus. Janganlah sampai warna rambut jadi hijau, lense mata biru, makeup sekati tebal.
Kelima : Jadilah Diri Sendiri
Jadi diri sendiri. Kekalkan kejelitaan yang natural dengan bersiap yang sedap mata memandang. Biar makeup, bukan tidak makeup tapi jangan over makeup sampai dah macam rupa mak dukun pulak. Takut juri-juri tengok tau. Ini audition keluar TV bukan audition radio #eyesore #macam2ropeada
Daftarkan Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow Di Sini
Kepada sesiapa yang rasakan diri anda layak, majalah dan program Mingguan Wanita memberi peluang untuk anda mencuba nasib dgn mengadakan audition untuk kali ke-2 pada sabtu, 23 Februari 2019 (detailnya rujuk poster di atas).
Pastikan sebelum hadir anda melengkapkan dulu syarat yang dikenakan kepada peserta.
Keluarga Jahidah Nordin reda dengan keputusan mahkamah namun berharap bekas suami menerima pembalasan setimpal atas penderitaan yang dialami Jahidah hingga koma selama empat tahun.