Berita

Ibu Mengaku Campak Anak Kembar Baru Lahir Dari Tingkat 10, Bayi Ditemui Meninggal Ditempat Letak Kereta PPR

Share

Ibu mengaku campak bayi baru lahir dari tingkat 10 rumah flat PPR. Seorang ibu muda, Nuran Batrisya Jamaludin, 22 membuat pengakuan bersalah mencampak bayi perempuannya yang baru lahir dari tingkat 10  sebuah Program Perumahan Rakyat di Johor Bharu.

Dirinya membuat pengakuan bersalah mencampak bayi perempuannya yang baru lahir itu di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. Nuran didakwan melakukan perbuatan menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di tempat letak kenderaan  antara 11 pagi hingga 2.30 petang pada 20 Mei lepas.

Ibu Mengaku Campak Anak Kembar Baru Lahir Dari Tingkat 10

Ibu muda ini, Nuran mengaku campak anak kembarnya baru lahir dari tingkat 10 hingga meninggal dunia

Memetik laporan Bernama, Nuran dituduh  mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Julai depan untuk serahan dokumen, menunggu laporan bedah siasat serta keputusan hukuman.

Pegawai Pendakwa R. Nevina tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap wanita itu yang mempunyai seorang lagi bayi, iaitu kembar kepada mangsa.

Bayi Ditemui Meninggal Ditempat Letak Kereta PPR selepas dicampak oleh ibu kandungnya

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin, selain dikenakan syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

 

Sebelum ini, polis dilapor menahan seorang wanita tempatan kerana dipercayai mencampak bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat 10 sebuah rumah pangsa di bandar raya ini dalam kejadian pada Mei lepas. – Bernama

Published by
Almaswa Haji Che Ros