
Ibu Berkorban Demi Anak SPM, Banjir Shah Alam Paksa Mereka Tidur di Hotel Demi Hari Peperiksaan
Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk masa depan anak-anak, terutama dari aspek akademik dan kerjaya. Di negara kita, peperiksaan seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering menjadi penanda aras awal dalam menentukan peluang pengajian dan laluan kerjaya mereka pada masa hadapan.

Menyedari betapa pentingnya detik tersebut, sokongan ibu bapa memainkan peranan besar untuk memastikan anak-anak bersedia, fokus dan yakin ketika menduduki peperiksaan. Itulah yang dilakukan oleh seorang ibu dari Shah Alam, Selangor yang sanggup berkorban demi memastikan kelancaran perjalanan anak sulungnya menghadapi Ujian Bertulis SPM bermula Selasa lalu.
Ibu Berkorban Demi Anak SPM Kerana Banjir di Shah Alam
Disebabkan banjir yang melanda sebahagian kawasan Shah Alam serta penutupan beberapa laluan utama, wanita itu mengambil keputusan untuk membawa keluarganya menginap di sebuah hotel bajet berdekatan sekolah anaknya di Subang Jaya.
Keputusan itu dibuat demi mengelakkan risiko kesesakan lalu lintas, gangguan perjalanan dan tekanan mental kepada anaknya yang bakal menduduki kertas peperiksaan penting.
Menurut pengguna Thread @rosezainol_official, langkah itu dibuat untuk memberi ketenangan dan memastikan anaknya tiba tepat pada masanya di dewan peperiksaan.
View on Threads
“Area Shah Alam dah start banjir kelmarin dan aku tahu pagi ni confirm jalan sesak teruk.
Hari penting untuk Abang Hail Irfan, 1st day SPM bertulis, selama ni perjalanan nak ke sekolah 45 minit sampai sejam tapi hari ni 10 minit je jalan kaki, asal anak tenang, mak ayah sanggup buat apa saja kan,” tulisnya.
Doa Buat Semua Calon SPM Seluruh Negara
Beliau pada masa sama turut memohon orang ramai mendoakan kejayaan semua calon SPM di seluruh negara yang sedang menduduki peperiksaan.
Sementara itu, laporan media tempatan memaklumkan bahawa hujan berterusan sejak Ahad menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam dinaiki air. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut mengumumkan penutupan beberapa laluan utama atas faktor keselamatan.

Senarai Jalan Terjejas Akibat Banjir
Antara jalan yang terjejas ialah:
- Jalan Seksyen 19
- Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23
- Persiaran Jubli Perak
- Persiaran Perusahaan
Beberapa kawasan perumahan turut dilanda banjir termasuk Taman Desa Kemuning (Seksyen 35), Kampung Budiman (Seksyen U14), Taman Seri Muda serta Padang Jawa (Seksyen 16).
MBSA juga memaklumkan bahawa pasukan kecemasan PANTAS telah dikerah untuk memantau kawasan berisiko seperti Sungai Damansara di Seksyen 13.

Pengorbanan Ibu Jadi Inspirasi Buat Semua
Kisah ibu berkorban demi anak SPM ini menjadi bukti bahawa kasih sayang dan sokongan keluarga adalah kunci utama kepada kekuatan seorang pelajar dalam menghadapi peperiksaan besar seperti SPM. Walaupun terpaksa mengeluarkan kos tambahan dan mengubah rutin harian, tindakan itu dilakukan semata-mata untuk memastikan anaknya dapat memberi fokus sepenuhnya pada hari peperiksaan.
Semoga semua calon dipermudahkan urusan dan berjaya mencapai keputusan terbaik yang diimpikan.
Sumber: Thread Rosezainol_official
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!












