Ibu ayah mentua Prince Syed ditahan polis, kecoh selepas insiden serang menggunakan topi keledar. Ibu dan bapa mentua kepada personaliti media sosial, Prince Syed telah ditahan polis susulan insiden kekecohan yang berlaku selepas berlakunya serangan menggunakan topi keledar semalam.
Konflik keluarga melibatkan pempengaruh ini menjadi perhatian umum apabila ibu dan bapa mentuanya merupakan antara empat individu yang ditahan oleh pihak berkuasa, berikutan perselisihan faham di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai melibatkan dakwaan tidak dibenarkan bertemu anak dan cucu selain dikatakan anak mereka dijadikan tikus makmal berikutan Fatin melakukan pembedahan bariatrik baru ini.
Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya diserang empat individu dikenalinya pada jam 2.40 petang ketika berada di hadapan rumah kakaknya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan masing-masing berkaitan kesalahan mencederakan dengan senjata berbahaya dan perbuatan khianat.
“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.
Ads
“Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.Pegawai penyiasat kini sedang melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu media melaporkan lelaki yang aktif di media sosial dengan nama Prince Syed membuat laporan di Balai Polis Klang, di sini, petang semalam berhubung dakwaan diserang dan dipukul sehingga cedera di tangan dan muka.
Ads
Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, berkata dalam kejadian jam 2.40 petang semalam, empat individu dikenalinya itu datang menyerang ketika dia berada di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, di sini.
Menurutnya, mereka memukul kepalanya dengan topi keledar beberapa kali dan menumbuk mukanya.
Dalam siaran langsung terkini di platform TikTok, Prince Syed turut menjelaskan situasi yang melibatkan isterinya. Pempengaruh ini menyatakan bahawa isterinya, Fatin telah memilih untuk menjalani pembedahan bariatrik atas kehendak sendiri dan menolak dakwaan bahawa isterinya menjadi seperti ‘tikus makmal’ sebagaimana yang didakwa oleh keluarga mentuanya.
Sebaliknya, dia menjelaskan bahawa keputusan tersebut diambil secara sukarela oleh isterinya demi mencapai bentuk tubuh badan yang diidamkan selepas mengalami tekanan akibat penghinaan terhadap bentuk fizikalnya (body shaming).
Ads
“Saya tidak pernah memaksa isteri untuk menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan menurunkan berat badan. Dirinya membuat keputusan itu secara sukarela kerana berasa tertekan. Isteri saya bukan ‘tikus makmal’,” ujarnya.
Prince Syed turut memaklumkan bahawa dia menemani isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 27 tahun, menjalani prosedur tersebut di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh, Perak pada 8 Oktober lalu tanpa memaklumkan kepada sesiapa bagi menghormati permintaan isterinya bukan kerana mahu melarikan diri seperti yang dituduh.
“Sebelum ini, isteri pernah menyuarakan hasrat untuk menjalani pembedahan tersebut, dan saya bertanya semula sama ada dia benar-benar pasti dengan keputusannya. Saya tidak menyokong tetapi juga tidak menghalang.
“Namun, Fatin Syazwani bertegas dengan keputusannya dan saya akur, malah saya turut menemaninya sepanjang proses rawatan di hospital daripada awal hingga selesai. Baru-baru ini isteri saya telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami dehidrasi dan telah menjalani satu sesi dialisis. Keadaannya kini stabil dan semua bacaan perubatan menunjukkan perkembangan positif. Kami kini hanya menunggu masa untuk dibenarkan pulang ke rumah,” jelasnya lagi. Sumber :- Berita Harian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Allahu, luluh rasa hati tersentuh jiwa bila membaca berita kejadian sebegini. Tragedi yang baru berlaku semalam di Port Dickson, Negeri Sembilan ini, seorang ibu terpaksa meratap sayu kehilangan anak tersayang akibat terlupa selama 4 jam yang anaknya tertinggal dan masih berada didalam kereta.
“Maafkan ibu.. maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja,” jerit Hasmah Masroh, 32, apabila anak perempuannya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, maut akibat sesak nafas selepas tertinggal dalam kereta selama empat jam di parkir sebuah kolej kemahiran di Batu 3, semalam.
Suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD) di sini, apabila wanita terbabit terpaksa ditenangkan ahli keluarga dan kenalan.
Ratapan Hasmah menyebabkan hampir 30 rakan sekerja yang hadir untuk memberikan sokongan dan dorongan semangat turut sama mengalirkan air mata.
“Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa… ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu,” kata wanita itu.
Letak Anak Ditempat Duduk Belakang
Hasmah turut memberitahu rakannya, pagi tadi beliau mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkannya di tempat duduk belakang kereta PROTON Saga miliknya.
Katanya, sebaik tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat hingga tidak sedar anak yang dibawa bersamanya.
Sementara itu, rakan Hasmah yang enggan dikenali berkata, rutin harian Hasmah yang juga tenaga pengajar di kolej berkenaan ialah menghantar anak sulungnya berusia lima tahun ke tadika di pekan Port Dickson sebelum menghantar mangsa ke rumah pengasuh di Kampung Paya, sebelum memulakan tugas.
“Kejadian pagi ini di luar jangkauan. Dia sudah menghantar anak sulung ke tadika, namun terlupa anak kecilnya itu tidak dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ditemui di HPD, di sini.
Beliau berkata, Hasmah mungkin tertekan dengan lambakan kerja dan mereka turut menerima lawatan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini.
Suami Hasmah, Muhammad Ali Riduan, 30-an pula berkata, beliau mengetahui kejadian jam 1.30 tengah hari itu selepas dihubungi isteri ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Daerah Seremban.
“Saya reda dengan ketentuan dan sesungguhnya Allah lebih menyayanginya,” katanya menahan sebak dan enggan mengulas panjang.
Ditinggalkan 4 Jam
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap kereta tertutup bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Katanya, wanita terbabit hanya menyedari anaknya ditinggalkan selepas empat jam, lalu bergegas lari ke keretanya untuk mendapatkan anaknya.
“Malangnya budak itu sudah tidak sedarkan diri dan dibawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi disahkan meninggal dunia dan dirujuk ke HPD,” katanya.
Zainudin berkata, hasil bedah siasat mendapati budak berkenaan meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mingguan Wanita mendoakan semoga wanita ini dan keluarganya terus tabah menghadapi ujian dan ketentuan yang telah ditakdirkan. Buat para pembaca, usah menuding jari dan mudah menyalahkan sesiapa diatas kejadian ini.Tiada seorang ibu pun yang inginkan tragedi ini berlaku, lebih-lebih lagi akibat kecuaian diri sendiri. Penyesalan pasti dirasai seumur hidup.
Sebaliknya, jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran,semoga kita lebih berhati-hati serta banyakkan berdoa agar dielakkan daripada kejadian begini berlaku pada kita.
Puteri Sarah Nekad Bercerai, Tak Mahu Berdamai. Itulah keputusan yang dinyatakan oleh pelakon Puteri Sarah Liyana kepada media.
Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang membabitkan Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini gagal mencari jalan penyelesaian.
Puteri Sarah menyatakan dia nekad dengan keputusan untuk bercerai.
Puteri Sarah Nekad Bercerai,Tak Mahu Berdamai
Seperti mana dipetik menerusi portal Berita Harian Puteri Sarah yang diwakili adiknya, Dr Puteri Sofea nekad dengan keputusan untuk bercerai dengan Syamsul.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga menyerahkan perkara itu pada sesi sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 April ini.
“Saya masih dengan keputusan untuk bercerai dan tidak mahu berdamai. Cukup-cukuplah saya sudah penat. Lepaskan saya saja,” ulasnya.
“Saya memilih untuk tidak berjumpa dan sebilik dengan Syamsul, hari ini. Jadi, saya dan adik hanya berjumpa dengan pegawai yang dilantik dan menceritakan segala-galanya mengenai konflik rumah tangga kami serta bukti.
“Bagi saya, pegawai Jawi perlu tahu apa yang berlaku supaya ada jalan penyelesaian atau sebaliknya. Saya tegaskan kepada pegawai berkenaan saya memang tidak mahu bersama kerana sudah penat dengan masalah yang ditanggung selama beberapa tahun ini.
“Selepas ini kami akan bertemu di mahkamah untuk hakim mendengar keputusan yang gagal dicapai pada sesi JKP ini. Saya harap saya cepat-cepat ‘dilepaskan’ dan sekiranya dia enggan menceraikan proses seterusnya adalah melantik hakam bagi permohonan perceraian ini,” sambungnya.
Enggan Kembali Ke Pangkuan Syamsul
Menegaskan dirinya hanya mahu dilepaskan.
“Tidak. Saya tak nak berbaik atau kembali ke pengakuannya. Saya hanya mahu bercerai.
“Malah, sepanjang prosiding perceraian ini, dia memang tidak bertemu saya atau anak-anak.
“Saya ingin tegaskan juga dia hanya ajak berjumpa ketika saya beritahu dia sekat WhatsApp saya sebelum ini.
“Tapi yang terbaharu ini memang tiada. Jangan cerita benda yang dah lama,” luahnya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pasangan suami isteri, pelakon dan usahawan Fizo Omar, 34 dan Mawar Abdul Karim, 30 pula berdepan konflik rumah tangga. Bagaimana pun Fizo jelaskan punca keretakan itu bukan disebabkan orang ketiga.
Malah sejak pertengahan Mei lalu, Fizo tak lagi berkongsi gambar bersama isterinya di instagramnya. Malah Fizo juga tak meraikan Aidilfitri bersama Mawar dan anaknya, Wan Maryam, 2 tahun.
Khabarnya, Fizo beraya di Kelantan, manakala Mawar dan Maryam beraya di Pulau Pinang.
Kata Fizo, Mawar Sudah Pun Dapatkan Khidmat Peguam
Jelas Fizo, sejak Ramadan lalu dia sehabis baik cuba menyelesaikan konflik rumah tangga yang dihadapinya dengan Mawar. Namun apakan daya, dia pula mendapat tahu yang Mawar sudah pun mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam.
“Saya tahu perkara ini sudah menjadi serius.”
“Saya tidak menyalahkan Mawar atau mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hambaNya.”
“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya redha dengan ketentuanNya.”
Ketika ini, Fizo masih menanti tindakan selanjutnya daripada pihak Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Biar apa pun yang berlaku dalam hubungan mereka, Fizo sama sekali takkan mensia-siakan satu-satunya anak mereka, Maryam.
“Empat tahun saya menunggu kehadiran cahaya mata dan Wan Maryam adalah darah daging saya. Hubungan darah itu tidak akan terputus sampai bila-bula. Saya mohon semua sama-sama mendoakan yang terbaik buat kami.”
Rezeki Mana Yang Patut Kita Utamakan
Perkongsian terkini Fizo di instagram memberikan maksud yang cukup mendalam bagi menjelaskan konsep rezeki kesihatan yang tuhan beri.
Money or banana?
Ramai sekarang ni terlepas pandang atau abaikan soal ‘money vs banana’.
Kita semua sibuk mengejar rezeki kewangan atau harta benda sedangkan kita terlupa rezeki atau nikmat utama dari Allah adalah rezeki kesihatan, bila dah sihat datang pula rezeki ketenagan, bila dah tenang, didatangkan pula rezeki kebahagiaan, bila dah bahagia insyallah rezeki idea akan datang mencurah-curah. Bila adanya idea ditambahkan dengan ilmu yang dicari pasti akan membuahkan hasil iaitu rezeki kewangan atau harta duniawi.
So rezeki mana yang patut kita utamakan dan daripada mana datangnya semua itu?
Tepuk dada tanyalah selera.
MW : Mendoakan agar hubungan pasangan suami isteri ini dapat menyelesaikan konflik rumah tangga mereka secara baik.
Sebaknya, Farah Fakhira luah rasa rindu. Seperti yang diketahui umum sebelum ini suami kepada Farah Fakhira Allahyarham Zaidul Ariff disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan...