Waktu mak-mak atau isteri sedang sibuk sediakan sarapan di dapur tiba-tiba anak kecil menangis di kaki minta di dukung. Tengah kalut memujuk si kecil, anak yang lain pula menjerit tanya barang yang hilang.
Tak cukup dengan itu saja, suami pula bising-bising tanya pasal pakaian yang belum siap digosok! Allah, kasihan sungguh. Dalam situasi ini macam mana pula kalau isteri itu juga bekerja? Ada ke ruang untuk dia siapkan diri sendiri?
Inilah dilema mak-mak suri rumah atau bekerja, sama pening kepala dan sama penat. Macam mana nak selesaikan masalah ini, mungkin mak-mak kena ikut cara Puan Fauzan N Siti ini yang mendidik anak lelakinya buat kerja rumah dan suami juga memahami untuk ringan tulang tolong apa yang patut.
Jemput renungkan…
Isteri Macam Orang Gaji
Ramai ibu-ibu yang mengadu letih dan stress buat kerja seorang diri.
Kalau berkerja di luar, balik pun kena buat kerja rumah sorang-sorang.
Yang suri rumah pula dari celik mata sampai pejam mata, tangan dan mulut masih bergerak. Dah lah orang terakhir yang pejam mata. Kadang-kadang masuk bilik pun tak sedar bila tidur. Tiba-tiba… eh, dah siang?
Padahal dalam rumah ada lagi sekurang-kurangnya 1 nyawa sihat (suami). Kalau ada anak-anak pula bernyawa-nyawa dalam rumah yang sama.
Tambah sakit hati bila nyawa-nyawa itu.. tenang dan damai tengok TV, layan PHONE dan duduk dalam bilik tak tahu buat apa (anak teruna atau gadis) padalah ibu-ibu tangan tak kering-kering buat kerja.
Haruuuu..
Ads
Jadi… macam mana nak suami dan anak-anak suka dan mahu menolong ibu-bu di rumah?
Bendanya simple sahaja…
Tak faham = tak buat
Bila faham –> akan buat
Apa yang perlu difahamkan sebenarnya?
Fahamkan mereka untuk: jadi orang yang memudahkan orang lain. Allah akan memudahkan urusan kita (rezeki, kesihatan , masa, ketenangan).
Kalau suami nak mudah urusan kerja dan rezeki melimpah ruah, sila lah mudahkan urusan orang lain ini termasuk isteri dan anak-anak.
Kepada suami-suami yang rasa rezekinya sempit.. kerja terasa berat dan malam tak boleh nak lena banyak masalah dan hutang.
Boleh pandang ibu, mertua, isteri dan anak-anak.
Bila last aku tolong ringankan urusan mereka-mereka ni?
Bila last aku call, WA yang jauh-jauh (ringankan urusan perasaan) … bila last aku tolong angkat kain dan basuh pinggan di rumah, bila last aku tolong anak-anak buat kerja sekolah di rumah?
Ads
Kalau anak-anak nak Allah mudahkan rezeki ilmu dan mudah faham belajar, sila lah mudahkan urusan orang lain ini termasuk ibu, ayah, adik beradik dan guru.
Ayat yang selalu keluar dari mulut saya adalah…
“We help to make other people easy… Allah will make our life easy.”
Masalah ibu tidak ditolong di rumah.
Isunya bila minda orang kita dah set, dah jadi satu culture.
Kerja rumah, ibu buat. Tak terlintas yang ibu itu manusia juga perlukan pertolongan dan pertolongan itu akan memudahkan urusan ibu.
Di atas sebab culture ini lah ibu-ibu banyak jadi mangsa.
Ads
Kita kena break the culture.
Kena Ajar Anak Lelaki Dan Fahamkan Suami
Fahamkan suami dan anak-anak lelaki terutamanya.
Ibu/isteri bukan orang gaji free.
Berkahwin BUKAN dengan konsep “kawin esok senang lah, ada isteri masak, basuh baju, kemas rumah.”
Didik anak lelaki BUKAN dengan konsep “anak lelaki tak payah belajar masak, masuk dapur semua, itu kerja peremuan dan isteri dia nanti.”
Dan didik anak-anak perempuan BUKAN dengan konsep ” belajar tinggi-tingi pun ke dapur juga layaknya.”
Kita hidup sama-sama dalam rumah dan kita makan sama-sama. Kita masak sama-sama, kita pakai baju basuh guna mesin sama. Kita jemur sama-sama, kita lipat sama-sama. Kita duduk ruang tamu sama-sama dan kita kemas sama-sama.
Kepada ibu-ibu, jangan berat mulut untuk fahamkan suami dan anak-anak tentang perasaan ibu-ibu.
It’s ok to tell them.
I need help.
You help me.. you make my life easy.. Allah will help you… Allah will make your life easy.
Bila mereka faham ini, mereka akan menjadi insan-insan yang bahagia dan membahagiakan.
Nota:
Haris sedang mengemas meja makan di restoren dengan konsep, dia mudahkan perkerja restoren dan Allah akan mudahkan juga urusan dia nanti. MasyaaAllah, bila anak-anak faham.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami buat hal, kejap saja isteri dapat ‘hidu,’ wanita ada deria ke enam. Pernah dengar tak ungkapan yang mengatakan wanita yang bergelar isteri umpama mempunyai naluri atau deria ke enam yang sangat kuat terhadap suami mereka. Sebab itu, bila suami buat hal, mesti dapat hidu punya!
Suami Buat Hal, Kejap Saja Isteri Dapat ‘Hidu’
Naluri seorang isteri ni cukup kuat. Terdetik apa sahaja tentang suami, pasti degupan di dada akan rasa kencang. Timbul rasa tak sedap hati. Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami, sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu.
Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri, rasa umpama ada yang tak kena walau pun suami sedaya upaya berlagak normal di rumah. Percayalah, lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau pun bukan esok lusa, pun pasti masanya akan tiba juga. Waktu itu, bersedialah dengan segala kemungkinan. Takkan isteri nak senyum je kan?
Sebab itu, untuk para suami, ingat betul-betul ye. Jangan sesekali menipu isteri ye! Sekali suami langgar pantang ini, tipu isteri, selamanya berbekas dalam lubuk hati isteri. Tak kira tipu kecil atau besar. Wanita memang pantang bab ini.
Wanita Ada Deria Ke Enam
Misalnya kalau janji nak balik awal lepas ‘ngopi’ dengan kawan. Tapi jam 12 belum juga muncul. Jangan salahkan isteri kalau tak percayakan suami selepas itu.
Begitu juga ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu oleh suami. Mungkin kerana isteri sangat prihatin tiap terhadap perubahan suami. Walau suami tak cakap, bila tengok riak wajah dan bahasa tubuh suami pun isteri dah boleh ‘baca’.
AWAS! Isteri Kena Bezakan Naluri Atau godaan Syaitan
Tapi isteri jangan rasa segala apa yang dia rasa atau apa yang terlintas di benak hati itu benar belaka ye. Ada ketikanya bila ada sifat cemburu dan tak percaya terhadap suami, kecenderungan untuk isteri salah faham boleh terjadi. Pada ketika inilah syaitan boleh menghasut.
Pendek kata, isteri juga kena tahu bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan suka sangat menganggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu, takut isteri akan jatuh derhaka.
Umpama Penyiasat Persendirian
Mungkin suami tak tahu skil hebat yang isteri ada. Kalau nak tahu, untuk memastikan kejujuran suami, mereka umpama ‘penyiasat persendirian tak beergaki’. Sanggup google dan selidik semua perkara berkaitan apa yang suami buat. Kalau kata nak ke suatu tempat, janganlah nak tipu. Mesti dapat tahu punya!
Kesimpulannya, isteri memang dianugerahkan deria/naluri untuk mengetahui apa yang suami lakukan. Tapi jangan anggap apa yang dirasakan itu 100% betul ye. Kena ingat, syaitan sentiasa cuba untuk memporak-perandakan rumah tangga manusia.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalunya dalam rumah tangga, jarang kita buat keputusan tanpa pengetahuan pasangan. Mesti akan bertanyakan pasangan terlebih dahulu. Tapi mungkin tak semua pasangan sebab ada yang merasakan lebih baik putuskan terus daripada tunggu jawapan pasangan entah sampai bila.
Bila sudah berkahwin, buat keputusan perlulah ada persetujuan daripada pasangan. Bukan bermakna kita takut lebih-lebih lagi bila suami yang ingin bertanyakan dahulu pada isteri terutamanya dalam membeli apa-apa barang keperluan. Bukan takut bini pun.
Kita bukan lagi hidup seorang diri tapi kita berkongsi segalanya dengna pasangan. Tidak salah pun dan memang patut pun bila kita buat keputusan dengan bertanyakan terlebih dahulu dengan pasangan.
Jangan ingat, isteri gaji lebih besar atau banyak daripada suami, kiranya tak perlu tanya apa-apa. Tanya sebagai tanda hormat dan hargai pasangan. Itulah yang dikatakan oleh Dr. Azizul Azli Ahmad dalam perkongsiannya.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Memang risau bila anak tak sihat.Lebih-lebih jika kena demam panas dan suhu badan tinggi, mak ayah memang kena selalu pantau perkembangan mereka.Bukan apa, jika dibiarkan atau terlepas pandang anak berisiko boleh kena sawan secara tiba-tiba. Inilah yang terjadi pada penyanyi Nurul semalam.
Pemilik nama Nurul Huda Abdul Wahab,41 atau kini dikenali dengan nama nouruldepp mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan lelaki dari Perancis, Eric Daniel Depp iaitu Zachary Depp,4 dan Raphael Depp.Malah Nurul juga mempunyai anak perempuan, Ayu Nazirah hasil perkahwinan yang terdahulu.
Baru-baru ini, Penyanyi lagu Kerana Terluka ini ada berkongsi detik cemas didalam posting di Instagramnya apabila anak lelaki bongsunya Raphael Depp,3 diserang sawan secara tiba-tiba .Ia berpunca daripada demam panas dan suhu badan yang tinggi.Menurut Nurul, ia kejadian kali ketiga anaknya kena serangan sawan malah turut berkongsi tip yang diajar doktor, perkara yang perlu dilakukan ketika ia terjadi.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Si #raphaeldepp ni memang betul-betul european. Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena seizure. Ini kali ketiga walaupun di monitor sebaiknya. Cuma semalam tak sempat sampai rumah. Beberapa perkara perlu dibuat selepas ambik #raphaeldepp dan #zacharydepp dari sekolah. #pavillionKL memang tempat biasa kami pergi kalau mahu mendapatkan sesuatu.
Baru je nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena seizure. Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak anak kena seizure, kena terbalik kan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar Doctor.
Ini kali ketiga raphael diserang sawan apabila suhu badan naik terlalu tinggi ketika demam. @ayu_ace kali pertama tengok kejadian sebegini berlaku pada kanak-kanak. Memang sedikit terkejut.
Malah, Nurul juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada yang terlibat membantunya sewaktu berada dalam detik kecemasan tersebut.
Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada #paramedic di #pavillionKL dan juga Security Team nya yang sangat sangat pantas bertindak membantu kami apabila melihat kami di dalam kecemasan. Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ.
Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila Raphael kena demam.
Alhamdulillah #raphaeldepp is okay now. Selepas satu malam di hospital. Hanya viral fever dan sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darah nya tidak menunjukkan apa apa yang membahayakan. Hanya perlu monitor si kenit ni!
Moga kisah Nurul ini boleh menjadi pengajaran buat mak ayah yang lain agar selalu memantau suhu badan anak ketika demam, bagi mengelakkan terkena sawan secara tiba-tiba. Malah jangan mudah panik sekiranya anak kena sawan serta ikut tip yang dikongsikan oleh Nurul seperti diatas untuk mengatasinya.
Buat Nurul, tahniah diucapkan kerana bertindak pantas serta semoga Raphael kembali cepat sembuh seperti sedia kala.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...