Ads

Ibu Anak Enam Sanggup Buat Banyak Kerja, Asalkan Makanan Tidak Terputus

ibu anak enam
ibu anak enam

Ibu anak enam sanggup buat banyak kerja, asalkan makanan tidak terputus. Ini situasi yang berlaku kepada seorang mak-mak yang mahu meringankan beban suaminya, Mohd Asraff Ariffin Shamsul, 25, yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam dan sukar mendapatkan pekerjaan tetap.

Ibu Anak Enam Sanggup Buat Banyak Kerja

Ibu Anak Enam Sanggup Buat Banyak Kerja, Asalkan Makanan Tidak Terputus

“Saya sanggup buat banyak kerja kampung termasuk mengemas rumah penduduk dan mengurut walaupun pendapatan diterima tidak menentu demi memastikan enam anak tidak terputus makanan dan persekolahan,” kata Siti Nurfarahim Abdullah, 32.

Beliau yang tinggal di Kampung Telekong, berkata suaminya hanya mampu melakukan kerja kampung secara kecil-kecilan untuk menyara mereka sekeluarga.

“Suami saya sukar dapat kerja tetap kerana keadaan dirinya. Dia hanya buat kerja kampung bila ada orang panggil dan upah diperoleh bergantung pada kerja dilakukan,” katanya.

Katanya, lima daripada anaknya hasil perkahwinan pertama, manakala anak bongsu berusia 11 bulan adalah bersama Mohd Asraff.

Ads

“Lima anak berusia antara enam hingga 14 tahun masih bersekolah, walaupun serba kekurangan, saya tetap mahu anak meneruskan persekolahan seperti biasa.

“Mujurlah saya dan anak masing-masing memperoleh RM500 bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dapat meringankan beban ditanggung,” katanya.

Asalkan Makanan Tidak Terputus

Ibu Anak Enam Sanggup Buat Banyak Kerja, Asalkan Makanan Tidak Terputus

 

Ads

Siti Nurfarahim berkata, keadaan kewangan keluarga menjadi cabaran ketika bulan Ramadan kerana mereka hanya mampu menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa secara ala kadar untuk mengisi perut.

“Ada kalanya, jika kesuntukan wang, saya tebalkan muka meminjam dengan saudara terdekat untuk tampung perbelanjaan.

“Pada masa sama, saya juga bersyukur kerana ada individu prihatin selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbangkan barangan keperluan asas seperti beras, ikan dan ayam, sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan sepanjang Ramadan,” katanya yang membayar sewa rumah RM180 sebulan.

Ads

Ibu Anak Enam Sanggup Buat Banyak Kerja, Asalkan Makanan Tidak Terputus

Sementara itu, Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed, berkata 200 keluarga asnaf menerima sumbangan barangan keperluan asas yang diagihkan bagi membantu meringankan beban mereka.

Katanya, sumbangan itu disalurkan kepada golongan asnaf fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), mualaf dan golongan memerlukan di sekitar kawasan Kuala Krai.

“Bantuan ini diagihkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan keperluan asas, khususnya sepanjang Ramadan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Hawa Rizwana

Pembedahan Plastik Bukan Pilihan Hawa Rizwana, Nak Cantik Memang Kena Konsisten...

Pembedahan plastik bukan pilihan Hawa Rizwana, nak cantik memang kena konsisten jaga. Ini pandangan peribadi daripada pengacara dan personaliti televisyen.