
Kapten Bas
Jarang nak tengok wanita pilih jadi kapten bas kerana kenderaan itu agak besar dan kerjanya mencabar, memerlukan ketahanan fizikal dan fokus tinggi untuk kendalikan kenderaan besar.
Namun sekarang semakin ramai wanita berani memecahkan stereotaip dengan menceburi bidang yang selama ini didominasi golongan lelaki.
Begitulah yang dipilih oleh kapten bas Rapid KL, Norfatiha Toilah, 38, dia memang sudah menyimpan hasrat untuk menjadi pemandu kenderaan berat sejak sekian lama.
Katanya, dia pernah mencuba membawa lori kerana suaminya, Irwan Nganro, 45, adalah pemandu lori barang sejak lebih 20 tahun lalu.
“Tetapi selepas memandu lori, saya berasakan ia tidak sesuai untuk wanita kerana tuntutan fizikal, selain ada tugas yang perlu mengendalikan muatan yang pelbagai serta berat.
“Namun, impian saya tidak berkubur di situ sahaja. Kira-kira empat tahun lalu, ketika sedang bekerja sebagai jurutol, saya terkejut melihat pemandu bas Rapid KL wanita.
“Saya terus bertanyakan kepadanya bagaimana menjadi kapten bas dan tanpa membuang masa terus memohon dan kini sudah lebih tiga tahun menjadi kapten bas,” katanya.
Ibu kepada dua anak berusia lima dan satu tahun itu berkata, selepas mendapat latihan dan kursus seperti pemanduan, kecemasan dan komunikasi, dia kini yakin memandu bas tanpa sebarang masalah.
“Tetapi selepas memandu lori, saya berasakan ia tidak sesuai untuk wanita kerana tuntutan fizikal, selain ada tugas yang perlu mengendalikan muatan yang pelbagai serta berat.
“Namun, impian saya tidak berkubur di situ sahaja. Kira-kira empat tahun lalu, ketika sedang bekerja sebagai jurutol, saya terkejut melihat pemandu bas Rapid KL wanita.
“Saya terus bertanyakan kepadanya bagaimana menjadi kapten bas dan tanpa membuang masa terus memohon dan kini sudah lebih tiga tahun menjadi kapten bas,”
katanya lagi.Ibu kepada dua anak berusia lima dan satu tahun itu berkata, selepas mendapat latihan dan kursus seperti pemanduan, kecemasan dan komunikasi, dia kini yakin memandu bas tanpa sebarang masalah.
Beliau menegaskan, aspek keselamatan turut diberi perhatian apabila semua bas dilengkapi CCTV yang dipantau secara berterusan dari pusat kawalan.