Seorang ibu dari Texas, Amerika Syarikat yang mempunyai 10 orang anak telah meninggal dunia selepas 11 hari melahirkan anak perempuan yang dinantikan sekian lama.
Menurut Spencer Harlow kepada The Bluebonnet News, selama bertahun lamanya isterinya Sonya Harlow berdoa agar dikurniakan bayi perempuan. Doanya itu telah terjawab namun Sonya tidak sempat melihat anaknya itu membesar di hadapan mata.
Spencer dan Sonya sebelum ini telah mempunyai anak sendiri sebelum kedua-duanya berkahwin. Pasangan ini telah berkongsi menjaga 10 anak dan sesetengahnya hasil perkahwinan masing-masing sebelum ini. Kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Eliyanah ini amat dinanti-nantikan.
Sonya dan Spencer gembira dengan kelahiran Eliyanah. (Kredit gambar: GoFundMe)
Namun tanpa disangka Sonya, 39, meninggal dunia secara tiba-tiba selepas 11 hari melahirkan anak perempuan pertama pasangan ini. Sonya dan Spencer telah berkahwin selama 8 tahun. Kini Spencer bersendirian menjaga kesemua anak mereka.
Jelas Spencer mengimbas semula kejadian yang tidak disangka itu, dia terjaga sekitar pukul 2 pagi Isnin setelah mendengar suara isterinya dalam kesakitan.
Ads
Ketika itu Sonya berbaring di sebelahnya dengan anak perempuan mereka yang baru lahir itu di dadanya.
“Saya berpusing ke arah Sonya dan dapat melihat dia sedang nazak. Kami melakukan CPR padanya sehingga paramedik tiba, tetapi nafasnya telah terhenti pada masa itu. Semuanya sudah terlambat.”
Sentiasa Berdoa Untuk Dapat Anak Perempuan
Spencer mengesyaki isterinya itu mungkin ada kaitan dengan masalah perubatan selepas bersalin. Namun dia berharap semuanya itu dapat dipastikan dalam autopsi yang dilakukan.
Ads
Kehamilan Sonya disulitkan oleh tekanan darah tinggi dan masalah yang membuatnya tidak mungkin bekerja sebagai pengarah kemasukan dalam industri penjagaan kesihatan.
Spencer, seorang veteran kurang upaya yang berkhidmat di 10th Mountain Division US Army di Afghanistan mengatakan bahawa Sonya tidak dapat bekerja dan berharap dapat membesarkan anak perempuan mereka yang baru lahir, Eliyanah.
“Sonya mempunyai semua anak lelaki sebelum ini dan dia berdoa untuk seorang anak perempuan. Kami menamakan anak perempuan kami Eliyanah dan dia adalah jawapan Tuhan atas doa kami. Eliyanah bermaksud ‘Tuhan telah menjawab,‘ “kata Spencer.
Ads
“Sonya adalah ibu dan isteri yang baik. Dia adalah wanita paling cantik yang pernah saya kenal. Dia begitu bersemangat dan penuh dengan kehidupan, penyayang, dan baik.”
Saat-saat gembira Spencer dan Sonya bergambar bersama 8 orang anak mereka. (Kredit gambar: GoFundMe)
Nancy Leger Davie, rakan baik Sonya telah membuka akaun GoFundMe untuk keluarga Harlow terutamanya dalam membantu keluarga ini dengan perbelanjaan pengkebumian.
“Semenjak kejadian ini tidak disangkakan, mereka tidak ada simpanan atau insuran nyawa. Sebarang wang yang dikutip akan digunakan untuk perbelanjaan pengkebumian. Dan jika ada sebarang wang lebih, ia akan digunakan untuk penjagaan anak-anak mereka,”ujar Nancy.
Gabungan 11 versi resepi terung bakar air tangan mak-mak ini wajib dicuba. Salah satu dari resepi ini Mingguan Wanita dah cuba. Sedapnya boleh buat seisi keluarga bahagia.
Antara kelebihan terung ini, ianya tinggi antioksidan. Lagi-lagi kulit terung yang berwarna ungu berbanding warna hijau atau putih.
Kulit terung memiliki pigmen yang mengandungi anthocyanin bermanfaat menurunkan risiko terkena diabetes (kencing manis).
Jangan Kupas Kulit Terung.. Ini Sebabnya
Sebab itu masa nak memasaknya, sebolehnya kulitnya jangan dikupas. Ia juga kaya vitamin B dan serat yang tinggi untuk turunkan kadar kolesterol. Paling penting turunkan berat badan. Haa.. bahagiakan mendengarnya.
“Alhamdulillah, siap menu untuk berbuka. Menu nasi wajib dalam rumah ni walaupun ada menu lain. Hari ini teringatkan KERABU TERUNG BAKAR resepi arwah mak.”
Bahan-bahan
Terung panjang – di bakar dulu, sejukkan dan buang kulit. Dipotong-potong ( 3@4 biji ikut suka le).
Cili padi + cili merah + belacan (sambal belacan)
Ikan bilis (rendam, cuci dan tumbuk pecah-pecah saja)
Bawang merah/ bawang besar (hiris-hiris)
Limau kasturi @ air asam jawa sikit kalau tak ada limau
Pati santan – ikut kita la nak banyak mana.
Caranya :
1. Terung yang dah siap dibakar tadi dibuang kulit dan dipotong-potong. Campur semua sekali bahan-bahan tadi. Perasakan garam, gula (sikit) dan masuk pati santan. Perah asam limau.
2. Siap. Selamat mencuba.
“Alhamdulillah, ikan talapia bakar, terung bakar bersantan dan air asam.”
*Terung bakar (ikut kita nak berapa biji) – belah 2
Bahan Kuah
Santan dalam 1 cawan nak lebih pun boleh ikut pada berapa banyak terung.
Bawang besar – hiris (setengah biji)
Bawang merah @ bawang kecil (2 biji) – hiris-hiris juga
Cili api – potong-potong
Separuh kiub pati ikan bilis
Kerisik
Caranya :
1. Masukkan semua bahan dan masakkan sehingga mendidih. Lepas tu perasakan dengan garam dan gula.
2. Tuang kat atas terung.
3. Siap.
1. Terung bakar sampai masak. Dah masak buang yang hitam-hitam.
2. Kemudian tumbuk cili besar 1 biji, cili padi 4 biji bersama sedikit belacan. Tumbuk jangan halus.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas kemudian masukkan santan pekat bersama sedikit air.
4. Lepas itu, masukk hirisan bawang besar, cili padi, terung bakar yang siap dipotong kecil, garam, gula dan perahan limau.
5. Siap untuk dimakan.
Cabai masak – 2 biji
Cili api – 3/4 biji (suka pedas boleh tambah)
Sedikit belacan
Bawang – potong kasar
Cili api – potong kasar
Limau kasturi – ambil jus
Garam
Gula
Santan (dalam 1/2 cawan)
Caranya :
1.Tumbuk cili besar dan kecil serta belacan.
2. Masukkan dalam mangkuk.
3. Gaulkan dengan santan, bawang dan cili potong.
4. Perisakan dengan jus limau, garam dan gula.
5. Siap
(Saya tambah sikit kerisik, bagi ummphh lagi)
1. Gaulkan ikan dengan garam dan bakar ikan pari/ikan keli atau mana-mana jenis ikan. Tapi famous 2 ikan ni. (Dan siap bakar racik sikit ikan-ikan tu ya)
2. Bakar terung
3. Tumbuk cili padi, udang kering, bawang merah.
4. Perah santan dengan air panas, (santan biar pekat ya). Tambah garam, asam limau, (asam limau biar banyak sikit utk rasa yg masam, kalau tak masam tak sedap. Klau nak tambah gula sikit pun boleh. Tabur daun bawang/pucuk paku yg dicelur dan siap utk makan.
“Siapa penggemar sayur terung. Di sini saya share menu kegemaran saya dan encik suami. Kalau ada terung bakar makan memang bertambah-tambah. Diet? haa.. kau pergi jauh-jauh jap ya diet.
“Dah habis makan makan nanti kau datang balik. hari ini special sikit saya kerabukan terung bakar ini. Silakan share resepinya siapa yang nak cuba. Saya halalkan.”
Cara Sediakan Terung Bakar :
√ 3 biji terung panjang dibakar (atas api dapur pun boleh )
√ Siap bakar buanglah kulit-kulit yang terbakar tu ye.. cuci bersih, potong dan belah 2 ataupun sesuka hati la nak size camna pun. Letak dalam bekas ketepikan dulu.
Bahan Sambal Kerabu
*10 biji cili padi (kalau tak nak pedas kurangkan)
*1 biji cili besar
*Belacan
Asam jawa
Atau
2 biji limau kasturi
Ajinomoto
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar udang geragau/bubuk (goreng seketika tanpa minyak)
1 tangkai daun kesum (hiris halus)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
Caranya :
1. Tumbuk bahan bertanda * sampai lumat.
2. Masukkan garam, gula, ajinomoto jika suka (saya guna meggi secukup rasa, jadi tak perlu garam & ajinomoto lagi)
3. Masukkan kerisik, asam jawa/perahan limau dan juga hirisan bawang besar. Gaul sebati dan tuang atas terung yang sudah dibakar tadi.
4. Tabur daun kesum & udang geragau dan gaul mesra. Siap untuk dihidangkan.
Bakar terung dan ketepikan
Tumis bawang besar sampai naik bau. Masukkan cili giling
“Bila cita-cita nak buat pajeri terung terbantut sebab bahan tak cukup (Ishhhh.. bawang putih tak dak. Kerisik tak dak, bahan penumis tak dak. Semua tak dakkkk), maka jadilah Terung Bakar & Sambal Udang Kering.”
“Senang sangat ni dik. Kalau nak masak masa berkelah tepi pantai pun boleh. Sedap dimakan dengan nasi panas berasap-asap. Fuh! ”
Mula-mula :
1. Bakar terung – Nak bakar kosong boleh…nak gaul garam kunyit pun boleh. Gaul minyak sikit di terung. Ketepikan.
Ini Cara Buat Sambal Udang Kering
1. Hiris bawang besar india. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan cili giling. Masak dengan api perlahan sampai pecah minyak dan cili masak.
3. Masukkan sedikit air asam jawa. Jangan over tau. Nanti kacau semua rasa. Start sikit dulu.
4. Masukkan gula. Saya tak masukkan garam pun sebab udang kering dah masin.
5. Masukkan Udang kering yang dah direndam (20 minit) dan ditumbuk kasar. Masak sekejap anggaran 10 minit. Siappp.
6. Tuang atas terung bakar tadi.
“Tiba- tiba teringin kerabu terung bakar. Nak makan dengan apa eh sebab buat ni je tengah hari ni. (catatan ditulis sebelum Ramadhan) Baru nak pegi kedai beli lauk.”
Caranya :
1- Hiris terung nipis-nipis macam tu, letak dalam magic pan, siram skit minyak masak. Tunggu la sampai dia lembik hangus skit.
2. Potong tomato, bawang merah, cili padi. Tambah daun ketumbar pun sedap.
3. Potong atau guntingkan terung yang dah masak tu. Pastu letak air asam jawa dan garam. Takyah gula tau.
4- Gaul sebati.
5- Tunggu suami balik bawak lauk lain- lain untuk dimakan dengan nasi.
“Saya ada tips senang untuk mengupas kulit terung yang sudah dibakar. Confirm selamat jari jemari.
“Selesai terung dibakar, tutup rapat. Mesti rapat ya. Biarkan steaming di dalam. Dalam 10 minit begitu lah. Hasilnya, boleh tengok gambar ya. Hasil kupasannya panjang panjang. Jari pun happy.”
Ini Resepi Kuah Asamnya
Bawang merah
Bawang besar – di potong dadu.
Cili padi
Belacan dalam 1cm (dibakar)
Air asam jawa
Garam, gula
Caranya :
1. Kuah asam saya sediakan di dalam lesung. Tumbuk bawang merah, cili, belacan. Sampai lumat.
2. Masukkan bawang besar. Saya cuma tekan tekan jak dengan penumbuk lesung, supaya bawang tidak terasa mentah.
3. Masukkan air asam. Tambah garam dan gula secukupnya.
Terung ( bakar)
Cili besar 2 biji, cili padi 2 biji dan belacan (tumbuk kasar)
Santan
Perahan limau
Garam , gula
Bawang besar – dimayang
Cili padi – potong
1. Bahan ditumbuk masukkan dalam mangkuk kecil dan masukkan ke semua bahan. Gaul-gaul biar sebati. Tambah perasa dan boleh terus dihidangkan.
1. Terung di rebus dahulu
2. Ikan bakar atau goreng tawar
3. Bawang merah + nyor goreng sikit + lada hitam + asam limau. Semua itu gaulkan letak santan sikit. Siap letak atas terung tu.
Sumber/Foto : Facebook
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nekad Letak Jawatan Pengurus, 18 Tahun Berniaga Tepi Jalan Demi Besarkan Sendiri Anak-Anak! Begitulah kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu yang dikenali sebagai Puteri Azie sehingga sanggup melepaskan jawatan terakhir sebagai Pengurus Eksekutif Kewangan di sebuah syarikat kira-kira 18 tahun yang lalu.
Ibu kepada 3 orang anak lelaki ini memilih untuk berniaga nasi bungkus di tepi jalan demi membesarkan sendiri anak-anaknya selepas kematian suami.
Nekad Letak Jawatan Demi Anak-Anak
Wanita berusia 44 tahun itu berkata, dia nekad meletak jawatan selepas salah seorang daripada anaknya tidak sihat.
“Saya mula rasa nak berniaga semasa anak kedua demam dan pada masa sama sedang mengandungkan anak ketiga.
“Melihatkan anak kedua demam dan dia tak mahu dengan saya melainkan pembantu rumah, ia menyebabkan saya terdetik dalam hati… kalau keadaan berterusan saya pergi kerja pagi dan balik petang, esok-esok nanti anak saya letak saya di rumah orang tua.
“Masa tu saya tak boleh cakap apa-apa sebab dia sendiri tak dapat kasih sayang daripada saya,” luahnya yang kemudian mula berniaga pada usia 26 tahun.
Berniaga Selepas Suami Meninggal
Memilih berniaga di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor, ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, nasi kerabu jualannya mula bertapak di sekitar kawasan tempat tinggalnya sahaja. Jelasnya, pada masa itu, dia mula membuat flyers untuk diedarkan dari pintu ke pintu rumah seolah-olah mempromosikan produk jualan.
“Saya mula berniaga selepas suami meninggal. Saya buat apa sahaja kerja yang boleh bantu untuk besarkan anak-anak tambahan pada waktu itu terdapat sedikit kesulitan.
“Jadi saya mulakan dengan fotostat flyers dan edarkan di kawasan apartment tempat saya tinggal, dari rumah ke rumah.
“Apabila balik kerja, mereka terus order dan bermula dengan 10 tempahan makanan disediakan. Ia semakin bertambah, maksudnya masakan saya orang boleh terima.
“Pertambahan tempahan makanan membuatkan saya terdetik untuk pergi keluar. Semasa membeli burger di Seksyen 13 Shah Alam, saya bertanyakan jika boleh berniaga di situ,” ceritanya.
Urusan Berniaga Tepi Jalan Dipermudahkan
Menurut anak jati Tanah Merah di Kelantan, urusannya untuk mula berniaga di tepi jalan dipermudahkan.Malahan, dia dibantu oleh seorang peniaga durian yang meminjamkannya generator, meja dan khemah untuk memulakan jualan.
“Saya tanya peniaga durian dan dia bagi saya berniaga di situ. Siap bagi saya duduk tempat dia.
“Dia cakap guna khemah dan generator dia sebab saya berniaga petang hingga malam. Saya hanya perlu bawa makanan yang nak jual, meja dan kaki meja pun dia bagi.
“Apabila dah berniaga tu, Alhamdulillah bulan pertama saya dapat simpan RM13,000,” katanya yang terpaksa mengendong anak-anak yang masih kecil untuk turut berniaga pada ketika itu.
Anak-Anak Berjaya Sambung Pelajaran
Bersyukur dengan rezeki yang diberikan, Azie turut merasa gembira kerana hasratnya untuk berada bersama anak-anak tercapai. Berkat usaha gigihnya, anak pertama dan kedua berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.
“Anak sulung umur 22 tahun, kedua 21 tahun dan ketiga 16 tahun. Saya besarkan anak sendiri sehingga anak sulung berjaya sambung pengajian di Jerman manakala anak kedua belajar di UiTM (Universiti Teknologi MARA) dan anak ketiga masih di bangku sekolah.
“Imbas balik masa mereka kecil, saya memang seorang ibu yang pentingkan pelajaran kerana mahukan mereka berjaya… janji habis sekolah dan Alhamdulillah, mereka dapat kesemua A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
“Ada yang pernah tanya kenapa saya tak buka kedai, saya jawab sebab nak duduk dengan anak-anak supaya saya tahu mereka pergi mana dan buat apa.
“Selepas balik berniaga dalam pukul 10.30 malam tu, saya akan semak kerja sekolah mereka… pendek kata saya juga menjadi cikgu mereka di rumah dan sering membelikan buku latihan untuk ulang kaji,” katanya.
Meskipun kesemua anaknya sudah meningkat dewasa, Azie tetap memilih untuk meneruskan jualan di tepi jalan.Malah dia mengakui enjoy dengan corak berniaga seperti itu yang tidak serabut dan lebih mudah untuk bersama keluarga.
Sehingga kini, sudah 18 tahun Azie mencari rezeki dengan menjual nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi lemak.
Berkongsi ‘rahsia’ kekal awet muda, ujarnya, dia hanya mengamalkan pengambilan jamu dan kopi khas selain tidak membiarkan diri berada dalam keadaan stres dengan urusan yang tidak berkepentingan.
Mingguan Wanita: Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain terutamanya yang bergelar ibu tunggal untuk terus berusaha membesarkan anak-anak sehingga berjaya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Betullah macam yang Syaheera Rahman, Isteri Fad Bocey ini katakan, ‘kalau masa bercinta boleh saja adakan masa, kenapa lepas kahwin nak sekat semua itu.’ Sepatutnya bila dah ada anak-anak, boleh saja bahagikan masa bersama-sama. Bawa anak isteri berjalan-jalan, bercuti dan sebagainya.
Akuinya, tak mudah untuk mereka dapat bercuti memandangkan kesibukan waktu Fad dengan kerjayanya. Biarpun masa terhad, memenuhi keperluan cuti anak-anak tetap mereka agihkan waktu itu. Supaya anak besar nanti itulah jadi kenangan manis untuk mereka.
Kongsi Syaheera,
Anak anak, jarang kita ada masa bersama. Dari kecik daddy sangat pack dengan kerja. Cuti pun weekend tapi mostly time tu daddy nak rehat. Tapi kadang-kadang weekend pun kerja. Jarang betul dapat bercuti macam ni.
Orang cakap kenapa tak duduk rumah jadi suri rumah ? I have to make it balance. Ada time dengan anak ada time dengan suami. Fad kerja pulak tak ikut time. Kadang-kadang ada jugak time tak ikut dia. Tapi jadi sunyi.
Tak nak biar lama-lama, kami sama-sama selesa bila takda for each other. Kalau dah masa bercinta boleh ja all the time ada, why lepas kahwin kena sekat semua tu? We still can make it same like masa bercinta tapi pastikan balance sebab dah ada anak ni lain.
So what I do is dulu ada helper senang la. Tapiiiii bukan semuanya harap helper. I will make sure things done before tinggalkan kids. Sebab my helper memang tak masak. So dia hanya focus on kids dan bagi kids makan.
Walau Letih Semua Buat Sendiri, Hati Rasa Puas
Tapi bila sekarang takda helper ni rasa very close to kids. Sebab dulu bahagi kerja dengan helper. Sekarang dari A to Z semua buat sendiri. Kadang-kadang Allah uji macam ni sebab dia tau dari sisi lain ada kebaikannya. Letih sangat tapi rasa puas semua buat sendiri. Anak-anak kita urus sendiri lagi puas. Tahniah untuk semua wanita yang bergelar ibu, kita memang hebat .
Kadang-kadang kitaorang cuma nak keluar beli barang tapi anak-anak akan tanya mommy daddy work lagi ke? Maksudnya masa kami untuk anak-anak masih tak cukup.
Kadang kita pikir ngantuk letih kita, permintaan anak kita tolak tepi. Sedangkan satu hari nanti kita dah takkan dengar dah anak merengek, anak bergaduh, anak mintak dukung. Semua tu akan rindu.
Bila Besar Nanti Anak-anak Akan Ingat Masa Lalu..
We promise you, selagi bernyawa mommy akan create our happy moments so that nanti bila dah besar, anak-anak mommy akan ingat semua ni. Mommy akan capture banyak gambar anak-anak mommy supaya bila mommy dah takda please check my phone. Banyak mommy simpan kenangan kita.
Semua ni dah memang aturan hidup. Sama jugak kita. Lepas dah besar perlahan lahan kita akan tinggalkan parents kita. Bukan maksudnya buang tapi kita akan tetap kena cari kehidupan kita. Same goes to us, anak-anak akan tinggalkan kita satu hari nanti.
Selagi ada selagi boleh tengok diorang membesar, spend time la dengan anak-anak supaya banyak kenangan yang dapat kita simpan. Lets create moments together.
Pasangan ini dikurniakan 3 cahayamata, sepasang kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan dan yang bongsu, Nur Aminah Mishall.
MW :Jadi mak ayah, penuhilah dan bahagiakan lah hati anak-anak kita. Kita keluar mencari rezeki pun niatnya mahu senangkan hati keluarga. Kalau anak isteri bahagia gembira, itulah magnet rezeki yang sebenar-benarnya.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...