“Ibu akan sentiasa menyayangi dan merindui kamu, selalu…”
Itulah bait kata yang menggoncang jiwa seorang ibu yang kehilangan anak gadisnya dalam tragedi penuh tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, semalam.
Dalam satu hantaran di Facebook, wanita itu meluahkan rasa rindu yang tidak bertepi terhadap pemergian anak perempuannya yang baru berusia 16 tahun anak yang selama ini menjadi sumber ketenangan dan kebanggaan keluarga.
“Dia seorang anak yang sangat penyayang, baik hati dan berdisiplin. Sejak kecil, dia tidak pernah membuat kami risau.
Dia sentiasa mengambil berat terhadap ibu bapa dan orang lain, serta tidak pernah meminta apa-apa daripada kami,” tulis si ibu, yang kini hanya mampu berbicara dengan bayangan memori.
Baginya, anak yang pergi itu bukan sekadar darah daging, tetapi cerminan kasih yang paling tulus.
Ads
Luahan Pilu Ibu
“Anak seindah itu, namun ditimpa nasib yang begitu kejam. Saya benar-benar kehilangan kata-kata, hati saya amat sakit. Semoga dia berada dalam keadaan baik di dunia lain, semoga rohnya tenang dan bahagia.”
Luahan itu diakhiri dengan ungkapan yang meruntun hati.
“Ibu akan sentiasa menyayangimu dan merindui kamu, selalu.”
Dalam nada tenang yang menyembunyikan derita, wanita itu turut berterima kasih kepada semua yang mengirim doa dan kata semangat buat keluarganya yang kini berdepan kehilangan paling pedih dalam hidup.
Dalam kejadian sekitar jam 9.10 pagi kelmarin, pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditemui berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman pada badan. Polis kemudian menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dan merampas dua senjata tajam di lokasi kejadian.
Khabar gembira tentang kehamilan pempengaruh, Bella Park baru-baru ini disulami kisah yang cukup menyentuh hati apabila dia mendedahkan sedang berdepan Vanishing Twin Syndrome keadaan di mana salah satu janin kembar tidak membesar dan akhirnya ‘hilang’ di awal kehamilan.
Pemilik nama sebenar Nurul Nabila Zolkepli itu sebelum ini meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dikurniakan rezeki zuriat selepas 10 tahun menimang cahaya mata pertama. Dalam perkongsian di laman Thread, Bella menjelaskan dengan tenang bahawa hanya satu janin yang masih meneruskan kehidupan dalam rahimnya.
“Pernah dengar tentang Vanishing Twin Syndrome? Itu yang Bella sedang hadapi. Bella mengandung baby kembar tapi sayangnya satu dah tak ada. Bella reda,” ujarnya lembut.
Meskipun diuji dengan kehilangan, Bella tetap memilih untuk melihat dari sisi syukur.
“Alhamdulillah, satu lagi baby tu dalam keadaan baik-baik sahaja. Apa saja yang jadi pasti ada hikmah. ALLAH lebih mengetahui. Kita bukan kehilangan tapi memulangkan hak yang SATU. Moga ALLAH pelihara hingga ke kelahiran. Amin.”
Isteri kepada Haikal Anuar ini turut menegaskan bahawa dia dan suami menerima segala ketentuan dengan hati terbuka.
“Yang kita doa minta kat ALLAH nak anak, ALLAH bagi rasa dua seketika dalam rahim tapi tak ada rezeki dua-dua, ALLAH jaga satu lagi. Syukur alhamdulillah, saya memang ok. Dua-dua kami laki bini memang happy sebab baby yang satu lagi tu sihat.”
Kisah keikhlasan Bella mendapat sambutan hangat daripada pengikutnya di media sosial. Ramai yang berkongsi pengalaman serupa dan menitipkan doa serta kata semangat.
“Same like me last year. Bertahan sampai 13 minggu je pastu hilang. Tinggal satu je. Tapi akhirnya ALLAH ambil juga yang satu lagi. Doa yang baik-baik. Take care.”
Ada juga yang mengingatkan Bella tentang hikmah di sebalik setiap takdir:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu… ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Selalu saya pegang ayat ni supaya lebih tenang dan reda. ALLAH Maha Mengetahui… be strong Bella.”
“Ralat rasa. Tapi betul kata Bella, memulangkan hak yang SATU. Semoga Bella dan baby sihat, ALLAH sebaik-baik Perancang. Moga segalanya dipermudahkan hingga bersalin nanti.”
Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga buat kali pertama sebelum berpisah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Danial Nazran atau Nenel, yang kini berusia 10 tahun.
Kini, melalui perkahwinan keduanya bersama Haikal, Bella dilihat lebih matang dan tenang. Dalam setiap ujian yang datang, dia memilih untuk bersyukur dan menyerahkan segalanya kepada takdir Ilahi.
INFO: Apa Itu Vanishing Twin Syndrome (Sindrom Kembar Hilang)?
Vanishing Twin Syndrome (VTS) ialah satu keadaan yang berlaku apabila salah satu janin dalam kandungan kembar ‘hilang’ atau tidak dapat dikesan lagi dalam rahim, biasanya pada trimester pertama kehamilan.
Fenomena ini berlaku apabila salah satu embrio berhenti berkembang dan kemudiannya diserap semula oleh tubuh ibu atau oleh janin kembar yang masih hidup. Ia boleh berlaku tanpa disedari, terutama jika ibu belum menjalani imbasan awal.
Punca sebenar VTS sukar dikenal pasti, namun beberapa faktor berikut sering dikaitkan:
Kecacatan kromosom pada salah satu janin yang menyebabkan ia tidak mampu bertahan.
Masalah pada uri (plasenta) yang mengganggu bekalan nutrien dan oksigen.
Usia ibu yang meningkat, terutama selepas 30 tahun.
Rawatan kesuburan (IVF) yang meningkatkan peluang kehamilan kembar, sekali gus risiko VTS.
Kebanyakan ibu tidak menyedari kehilangan janin ini kerana simptomnya ringan atau menyerupai tanda kehamilan biasa. Namun, antara tanda yang mungkin berlaku ialah:
Pendarahan ringan atau ‘spotting’ pada awal kehamilan.
Sakit perut ringan atau kekejangan.
Dalam kes tertentu, imbasan awal menunjukkan dua kantung janin tetapi imbasan berikutnya hanya menunjukkan satu.
Air mata masih belum kering. Seorang bapa terkorban, seorang ibu koma, sementara tiga anak kecil termasuk bayi berusia lapan bulan mengalami kecederaan parah selepas kereta dinaiki lima beranak itu dipercayai terbabas dan melanggar tembok tiang elektrik di Jalan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, Shah Alam, semalam.
Mangsa, Muhammad Hafiz Abdul Jamil, 39, yang juga anak sulung daripada 12 beradik, meninggal dunia di lokasi selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh tembok pembahagi jalan.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, wanita berusia 38 tahun itu kini koma selepas menjalani pembedahan limpa dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Shah Alam.
Selain itu, beliau berkata, anak mangsa berumur tujuh tahun yang patah kaki kanan pula dimasukkan ke wad hospital sama dan dijadualkan menjalani pembedahan tulang kaki, esok.”Seorang lagi anak mangsa berumur empat tahun patah tulang paha dan turut dirawat di Hospital Shah Alam.
“Bayi mangsa berusia lapan bulan pula retak tengkorak dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya pada sidang media, memetik laporan https://www.bharian.com.my/.
Kemalangan berlaku kira-kira 1.20 tengah hari ketika kereta Proton Saga FLX dipandu lelaki berusia 39 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada tiga kanak-kanak berkenaan dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke rumah di Klang.
Tiba di lokasi, kenderaan dipercayai terbabas lalu merempuh tembok tiang elektrik di pembahagi jalan. Pemandu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis merayu saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Shah Alam melalui talian 019-775 7354.
Jenazah Muhammad Hafiz dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Johan Setia, Klang petang ini. Allahyarham bekerja sebagai kontraktor sebuah syarikat telekomunikasi selain penghantar barang sambilan sementara isterinya merupakan seorang suri rumah. Mangsa turut mempunyai dua lagi anak masing-masing berusia 18 dan 19 tahun yang terselamat selepas tidak menaiki kenderaan itu.
Pakai mafla Palestin sebagai tanda kita tidak lupa — setiap simpulan dan corak membawa kisah perjuangan yang masih berterusan. Tunjukkan solidariti anda dengan cara yang bermakna.
Pakai mafla Palestin sebagai tanda kita tidak lupa — setiap simpulan dan corak membawa kisah perjuangan yang masih berterusan. Tunjukkan solidariti anda dengan cara yang bermakna.
Lafaz cerai dalam kereta, Nubhan & Dr Afifah ke Mahkamah Syariah esok. Tidak lagi sebumbung dengan isteri selepas melafazkan talak sekitar Ogos lalu. Tiada angin, tiada ribut, media dikejutkan dengan berita penyanyi Nubhan didakwa bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, esok.
10 tahun mendirikan rumah tangga, sumber terdekat pasangan ini memaklumkan permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan lalu.
“Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah,”ujar sumber tersebut.
Sementara itu, peguam yang mewakili isterinya, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan Afifah Hidayah selaku plantif akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan bagi prosiding sebutan pertama.
“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.
“Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.
“Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai,” katanya.
Menurut sumber, pasangan ini sudah tidak sebumbung sejak Ogos lalu manakala tiga anak mereka yang masih kecil berada bawah jagaan Dr Afifah.
Terdahulu, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Tarikh Raya 2026 mula menjadi perbualan hangat selepas satu perkongsian di media sosial mendakwa kemungkinan Syawal diumumkan lebih awal seperti yang pernah berlaku pada tahun 2022.