Pandai berhutang, pandailah bayar. Itulah pesanan dan ingatan bila berhutang dengan orang lain, baik kawan mahupun adik beradik sendiri. Bagi orang yang berhutang biasanya akan bermanis mulut ketika mahu meminjam, namun cukup liat untuk membayar kembali hutang yang dipinjam. Hingga rasakan bagai mengemis duit sendiri!

Hutang Bila Nak Bayar? menjadi kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari. Hos Siti Elizad dan Pu Taha serta tetamu jemputan Instafamous Nurhayati Tahir dan Sasha Abdul Aziz membincangkan isu yang menjadi perhatian ramai ini. Selain perkongsian pandangan pakar Prof. Madya Dr Mohd Fazli Sabri, Timbalan Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM.

Antara point menarik sepanjang topik ini dibincangkan adalah;

  • Bagi Instafamous Nurhayati Tahir dan Sasha Abdul Aziz sebelum memberi pinjaman hutang, perlu ambil kira tujuan dan masalah peminjam dahulu. Sebab kecemasan bukan suka-suka atau kehendak.
  • Menurut PU Taha, beri duit pinjam hutang hukumnya harus.Namun jika tujuannya untuk perkara tak elok contohnya berjudi, hukumnya adalah haram. Jika meminjam untuk tujuan membazir dan membuang masa hukumnya makruh.
  • Hukum pulang duit yang dipinjam adalah WAJIB. Ini kerana jika tidak dibayar hutang tersebut akan diganti dengan amalan pahala kebaikan ketika diakhirat kelak.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِيَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ

Ads

Dari Ibnu Umar ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa meninggal dunia sementara ia mempunyai tanggungan hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diganti dari pahala kebaikannya pada hari yang dinar dan dirham tidak berguna lagi.”
(HR Ibnu Majah No: 2405)

Ads
  • Sewajarnya, adab berhutang sebagaimana hutang itu diberi, itulah yang harus diberikan. Contohnya, hutang RM1000 dan diberi pulangan Rm1000.Bukan dibayar secara berperingkat, namun mengikut budi bicara mengikut keadaan.
  • Menurut Prof. Madya Dr Mohd Fazli Sabri, Timbalan Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM.Terkini, menurut Jabatan Insolvensi laporan pada 2017 , seramai 18 ribu rakyat Malaysia telah disytiharkan muflis dikalanga eksekutif muda, belia dan profesional.
  • Bukan orang miskin yang suka berhutang, namun golongan pendapatan sederhana keatas yang gemar berhutang.
  • Elakkan gunakan nama sendiri untuk pinjaman bank orang lain kerana ia mampu beri kesan pada jangka panjang.
  • Hutang merupakan satu ‘penyakit’ yang boleh menyebabkan ketagihan.
  • Mengerjakan umrah dan haji adalah bagi mereka yang berkemampuan. Seelokya bagi yang ingin mengerjakan haji dan umrah, syarat utama adalah berkemampuan dari segi kesihatan dan kewangan. Ia bukan perkara WAJIB. Jadi tak perlu pergi jika tidak berkemampuan sehingga meminjam duit.
  • Jika tak mampu bayar dengan tunai, tak boleh ambil barang yang lain di rumah. Namun demikian di zaman Rasullah, barang boleh dicagarkan sebagai jaminan jika hutang tidak mampu dibayar.
  • Antara cara mendidik menyimpan wang gaji adalah;

1.Pay your self first (bayar diri sendiri) contohnya peruntukan 10 peratus gaji untuk tabungan simpanan diri sendiri.
2.Force saving (potong gaji terus masuk dalam akaun secara automatik untuk simpanan)

Ads

Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh rancangan ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini pada hari dan saluran yang sama.

#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI