Masakan timur tengah terkenal dengan rasa dan aromanya yang kaya dengan rempah ratus, unik dan memiliki keenakan yang tersendiri. Ia bukan sahaja dibarisi hidangan pembuka selera yang enak, malah hidangan utama, pencuci mulut serta hidangan penutup yang tidak kurang juga lazatnya.

Aneka makanan daripada timur tengah ini sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Arab Khabsa & Mandy, shawarma, falafel, hummus, dan banyak lagi.

Topik berkaitan dengan masakan timur tengah ini telah dibincangkan di dalam Mingguan Wanita Talkshow pada hari ini, 12 November, jam 12 tengah hari.

Istimewa Masakan Timur Tengah, Chef Ammar Kongsi Resipi Hummus Kambing Goreng

Antara tetamu yang diundang ke studio ialah Chef Selebriti berketurunan Arab, Chef Ammar yang telah berkongsi dua resipi iaitu Hummus dan Hummus Kambing. Memiliki pengalaman selama 25 tahun dalam dunia masakan dan pemilik Chef Ammar Xpress Souk Cafe di Subang Jaya.

Hummus merupakan sos kacang yang dibuat khas untuk dimakan bersama roti tradisional berbentuk roti pita dan juga lafa.

IKLAN

Resipi Hummus Kambing Goreng

Bahan Humus:
Kacang kuda – gunakan yang di dalam tin untuk menjimatkan masa
Sos tahini
Minyak zaitun

Daun parsli
Buah delima
Paprika
Chili flakes
Lemon salt
Garam

Bahan Untuk Daging Kambing:
Daging kambing cencang
Sedikit bawang Holand – cencang
Bawang putih – cencang
Rempah briyani
Minyak zaitun

Cara Membuat:
1. Masukkan kacang kuda, garam, lemon salt, sos tahiti, dan minyak zaitun di dalam pengisar makanan. Kisar hingga lumat.
2. Masukkan sedikit ke dalam piring. Tabur hirisan daun parsli, buah delima, paprika dan chili flakes. Hummus boleh tahan 1-2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.
3. Untuk sediakan daging kambing goreng, panaskan minyak zaitun di dalam kuali, tumis hirisan bawang Holand dan bawang putih. Kacau hingga terbit bau.
4. Masukkan daging kambing cencang. Kacau sebati. Dah masak, masukkan sedikit garam. Kacau rata.
5. Tutup api dan masukkan sedikit daging kambing goreng ke dalam piring berisi hummus tadi. Enak dicicah dengan roti.

IKLAN

Istimewa Masakan Timur Tengah, Chef Ammar Kongsi Resipi Hummus Kambing Goreng

Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini. Siti Elizad dan Radin Amir, akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu-tetamu istimewa yang lain di studio MW.

Sumber foto: IG Chef Ammar

#MingguanWanitaTV

IKLAN

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI