Malangnya nasib bagi seorang pesakit lelaki tua yang berada di ICU apabila di layan kasar oleh jururawat yang bertugas.Sebuah hospital kerajaan di utara wilayah Phitsanulok mengeluarkan permohonan maaf awam malam tadi selepas video menunjukkan salah laku seorang jururawat ketika merawat pesakit warga tua di unit rawatan rapi dengan kasar.
Hospital Buddhachinaraj Phitsanulok mengadakan sidang akhbar berhubung klip video tersebut sekitar 8 malam selepas dikritik hebat kerana kakitangannya yang melayan pesakit dengan kasar.
Permohonan Maaf
Timbalan pengarah hospital, Dr Visith Sathienwantanee mengeluarkan permohonan maaf terbuka kepada pesakit lelaki berusia 90 tahun yang sedang dirawat di hospital kerana menghidap emfisema.
“Buat masa ini, apa yang ingin kami sampaikan kepada orang ramai ialah kami tidak mengabaikan kejadian itu, dan kami ingin memohon maaf. Kami akan menyiasat apa sebenarnya berlaku dan akan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasinya,” katanya.
Video tersebut telah dilihat lebih dari 8 juta kali sejak ia disiarkan semalam.
Ads
Campak Bantal & Tarik Rambut
Ia menunjukkan seorang jururawat yang tidak dikenali dengan kasar mengendalikan seorang pesakit yang dalam keadaan lemah dan sedang terbaring di katil hospital.Dia melemparkan bantal kepada lelaki tua itu sebelum dengan kasar menarik katilnya dan menarik rambutnya untuk meletakkan bantal di belakang kepalanya.
Wanita yang menyaksikan insiden itu semasa dia berada di hospital, Pawarana Ketpan menyiarkan rakaman tersebut di halaman Facebooknya, menggesa orang ramai melihatnya.
Ads
“Adakah ini etika seorang jururawat yang dituntut oleh mereka? Atau hanya dia seorang?” tulis Ketpan.
“Bapa saya pernah sakit teruk, tapi ibu saya sentiasa bersamanya di hospital. Tapi jika ibu tidak bersamanya, adakah dia juga akan diperlakukan seperti ini?.
“Adakah dia betul-betul pasti tak ada siapa yang akan melihatnya?”
Ads
Tubuh Lembaga Disiplin
Pihak hospital belum lagi menentukan tindakan yang akan mereka ambil dengan alasan mereka ingin menyelidik perkara itu lebih lanjut untuk menentukan tindakan yang paling sesuai.Visith berkata lembaga disiplin mungkin perlu ditubuhkan.
Sementara itu, jururawat terbabit yang namanya tidak didedahkan telah dipindahkan untuk melaksanakan tugas lain yang tidak memerlukan interaksi dengan pesakit.
Sebagai tindak balas kepada permintaan maaf hospital, sesetengah netizen menuntut jururawat berkenaan dipecat.
Mingguan Wanita mengharapkan kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia. Jururawat adalah tugas yang mulia, bertanggungjawab sepenuhnnya menjaga pesakit dengan penuh kesabaran. Jika tidak mampu mempunyai kesabaran yang tinggi, tukarlah kerja lain yang lebih sesuai.
Tersentuh dengan perkongsian pelakon Diana Rafar ini. Rumahnya didatangi seorang wanita yang mahu memeluk Islam. Malah, sewaktu melafazkan syahadah, Diana Rafar sendiri yang mengajarkan wanita berkenaan.
Menerusi IG story Diana, beliau memanggil wanita yang sudah memeluk agama Islam itu sebagai Aisyah.
Sebagaimana yang dikongsikan di muftiwp.gov.my mengislamkan seseorang merupakan satu pekerjaan yang mulia. Malah, pekerjaan sebegini juga merupakan pekerjaan para nabi dan rasul.
Iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Ianya juga menunjukkan cara melaksanakan salah satu daripada sifat wajib bagi nabi atau rasul iaitu menyampaikan.
Allah Hadirkan Seorang Bidadari Ingin Memeluk Islam
Tentunya apa yang dilalui Diana dan wanita itu hari ini, memberi kesan mendalam buat kedua-duanya. Lagi pula, hari ini merupakan hari Maal Hijrah iaitu satu detik pengakhiran dan permulaan tahun baru Islam.
Menurut Diana, “#bismillahirrahmanirrahim Mashaallah Jumaat Yang Berkat Allah hadir kan seorang Bidadari ke rumah yang ingin memeluk Islam..
subhanallah Allahhuakbar doakan sahabat Islam baru kita istiqomah terus ke syurga Allah…. Amin ya Allah Amin
Menerusi perkongsian video instagramnya kelihatan Diana sedang mengajarkan wanita bernama Aisyah ini mengucap dua kalimah syahadah.
Penyanyi yang cukup versatil, Dayang Nurfaizah yang hingga kini masih solo akui cerewet memilih pasangan hidup.
Dek kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seni demi meneruskan kelangsungan hidup, penyanyi kelahiran bumi kenyalang yang bersih dari gossip ini akui tidak pernah tertekan dalam soal jodoh. Walau hakikatnya usia Dayang sudah hampir mencecah 40 tahun.
Sewaktu ditemubual di majlis perlantikan dirinya sebagai duta syarikat Kosmetik Bungaa Dayang cukup santai dan bersahaja menjawab persoalan tersebut;
“Saya masih solo dan belum ada teman istimewa. Doakan saya. Apa yang pasti, saya mencari lelaki bujang, lebih tepat bukan kepunyaan sesiapa.
“Saya cerewet bukan sahaja soal kerja, malah mencari pasangan hidup pun sama. Setiap wanita harus fikir begitu dalam memilih teman hidup. Ini bukan perkara main-main kerana jika boleh, kahwin hanya sekali dan dijauhkan perpisahan.
“Kita harus pilih pasangan yang betul dan serasi. Nak bina masjid dan hidup semati semestinya kena fikir sedalam-dalamnya, bukan main rembat sahaja,” jelas Dayang yang berfikir secara mendalam untuk mendirikan rumah tangga.
Terdedah Dengan Solekan Tebal
Sejak 24 tahun berada dalam industri seni, Dayang akui melalui transformasi imej dan penampilan diri.
“Saya terdedah dengan solekan tebal, sejak dahulu. Ikutkan saya tidak berjerawat ketika remaja. Apabila meningkat usia, jerawat dan masalah kulit mula timbul. Saya pernah sedih tengok muka sendiri depan cermin.
Dayang ketika majlis perlantikan dirinya sebagai duta Bungaa.
Semua Jenis Fesyen Sudah Dicuba
“Soal imej pula, saya gembira melihat semula gaya zaman dahulu. Semua jenis fesyen saya pernah mencuba. Ada kala tersenyum sendiri melihat gambar lama. Saya melalui proses perubahan.
“Saya reda jika keluar semula gambar lama. Dalam hati ada berseloroh sendiri, janganlah keluarkan gambar lama,” ungkapnya.
Sebenarnya, kalaulah ditanya siapa superhero di hati anak-anak, tentu ada yang meletakkan mak dan ayah itulah ’superhero’ paling dekat sekali.
Buktinya, seperti yang dialami penyanyi Nur Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani ini. Katanya mak ayahnya itu boleh tiba-tiba muncul di mana tempat pun anak-anaknya ini pergi.
Kadangkala terserempak mak ayah di masjid, di kedai makan dan yang paling comel perkongsian video ibunya, Latifah Muhammad ceria melambai-lambai Heliza, sambil membonceng motorsikal dipandu ayah Heliza, Helmi Haji Mohd Hasbi.
Ramai yang berasa bahagia dengan perkongsian Heliza ini. Malah, follower Heliza turut berkongsi pesanan, selagi mak ayah ada inilah ‘enjoy’ momen yang ada. Kerana bila keduanya dah tiada, itulah yang paling dirindui.
Mama Abah Ada Di Mana Mana!
Siyes. Memang mengejutkan. Kadang bila kakja dan @hazwanihelmi nak sampai rumah tiba tiba dorang ada kat belakang , pernah sekali kakja dan ika solat kat satu masjid ni, masa bagi salam, tengok-tengok sebelah kakja mama depan kakja abah.
Pastu pernah kakja makan kat kedai makan ni, pastu makcik tu kata ayah kamu baru je balik tadi dari makan.
Banyak lagi lah adegan yang mama abah ada di mana mana haha
Seorang pelajar SPM di Melaka mengaku bersalah atas tuduhan rogol bergilir pelajar Tingkatan 3, manakala seorang lagi minta dibicarakan. Kes mendapat perhatian masyarakat dan sedang dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak Alor Gajah.