Fish Cake selalunya dijadikan rencah dalam mee goreng, nasi goreng, sayur goreng, makan dengan kuah yong taufu dan sebagainya. Namun setiap kali nak beli Fish Cake, pasti ada rasa ragu-ragu dengan tahap kebersihan dan status halalnya. Sebenarnya, kita boleh buat sendiri fishcake ni di rumah. Diyakini bersih dan halal bila buat sendiri, malah kosnya pula tak sampai RM20 tapi boleh dapat 7 jenis fishcake yang berbeza. Malah digoreng dan dimakan begitu sahaja pun dah sedap.
Nak tahu cara buat fish cake ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norlaila Dlaila ini.
Sebab ramai giler yang request dengan pantas akak share resepi dan cara buat homemade fish cake. Senang kos pun tak banyak, yang penting bersih halal. Dengan kos tak sampai RM20 boleh dapat 7 jenis fishcake ni. Boleh makan satu family.
Akak halalkan ilmunya. Mana tau ada nak meniaga kan.Akak pun bukan expert pun terkial-kial nak buat. Ni pun pertama kali buat, Alhamdulillah menjadi.
Bahan-Bahan:
10 ekor Isi udang RM6
10 ekor (kecik) Sotong RM5
Ikan Dory sekeping RM6
2 ulas Bawang putih
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kentang
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada sulah
Carot
Kucai
Cili api ( kalau suka pedas)
2 biji Putih telur
3 sudu Minyak masak
Mingguan Wanita : Terujanya nak buat fishcake macam ni. Kos tak sampai RM20 boleh dapat 7 jenis. Paling penting diyakini bersih dan halal bila buat sendiri di rumah. Anak-anak mesti suka.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Jeruk Sawi selalunya dicampur dalam Asam Pedas atau ditumis begitu sahaja dimakan dengan bubur nasi. Siapa yang pernah makan jeruk sawi ni, tahulah sedapnya macam mana. Namun selalunya jeruk sawi dijual di pasar. Memang agak ragu-ragu nak beli, terutama dari segi kebersihannya dan status halalnya.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Lebih yakin bersih dan boleh ‘adjust’ rasanya agar tak terlalu masin.Memang puas hati hasilnya.
Boleh cuba buat sendiri Jeruk Sawi Masin ni, seperti yang dikongsikan oleh Puan Cynthia Teresa Patrick
Saya kongsi cara-cara saya membuat jeruk sawi pahit. Buat sendiri lebih bersih dan tak terlalu masin.
Bahan-Bahan:
Sayur Sawi
Nasi Sejuk
Garam (Tak Beriodin)
Air Secukupnya
Cara Membuat:
1.Cuci bersih sawi pahit dan dikeringkan.Gantung sebegini untuk toskan agar cepat kering.
2.Setelah kering, jemur hingga layu. Sawi yang besar dibelah 2 supaya cepat layu.
3.Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya.
4. Sehari jemur cukup. Pastikan masa menjemur cuaca panas, kita nak sawi tu layu je seperti begini.
5.Blend sedikit nasi sejuk bersama garam dengan air secukupnya. Seeloknya guna garam kasar, kalau takde garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.Kalau garam iodin, sawi akan cepat busuk.
6.Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang dah diblend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara.Tak perlu simpan dalam peti sejuk.
7.Selepas seminggu dah jadi sayur sawi masin.
Siap! Selamat Mencuba.
Info Ekstra!
Sukatan garam ikut berapa banyak sawi yang nak dijeruk tu, biar cukup masin kalau kurang masin sawi akan busuk. Masa gaul tu cuba rasa ye.
Nasi sejuk dan air pula terpulang.Dalam segenggam atau 2 genggam. Kalau nak masam bubuh lebih sikit. Air kena cukup ye, menenggelamkkan sawi tu.
Masa yang diperlukan untuk merendam sawi pahit tu lebih kurang seminggu atau lebih.Kalau warna dah kuning tu dah kira menjadi lah ye.
Selepas siap dijeruk, sawi harus dicuci dengan air bersih-bersih sebelum dimasak.
Sawi jeruk/masin ni boleh tahan lama kalau cukup garam, boleh disimpan dalam peti sejuk.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com
Biskut Almond London ni antara biskut raya kegemaran ramai. Rasa biskutnya yang rangup,ada badam panggang, disaluti coklat dan taburan badam. Ada macam-macam resipi untuk buat biskut ni, namun nak dapat rasa yang betul-betul sedap memang payah.
Puan Mia AdhaRuslyada kongsikan resipi Biskut Almond London kegemaran keluarganya dan dipelajari daripada kelas berbayar yang disertainya.
“Alhamdulillah…baru siapkan biskut Almond London yang menjadi kesukaan tetamu saya setiap kali tibanya hari lebaran…biskut wajib kesukaan kami sekeluarga juga”
“Susah nak dapatkan rasa Almond London yang betul-betul sedap jadi resepi ini saya belajar dari kelas yang berbayar. Resepi yang amat mudah, jadi hari ini saya nak kongsikan pada semua. Saya halalkan ada kisah sedih disebalik resepi biskut Almond London nie.”
Dipersilakan share semua.
ALMOND LONDON
Bahan-Bahan:
250gm butter
100gm gula aicing
2 biji kuning telor
450gm tepung gandum
Sedikit baking powder – ayak bersama tepung
1/2 cawan cornflakes dikisar halus
1 sudu teh esen vanilla
Buah badam yang dipanggang
Badam cincang untuk hiasan (disangai)
Cara Membuat:
1. Pukul manja butter sedikit kembang. Masukkan gula, pukul lagi.
2. Masukkan kuning telur sebiji sebiji + esen vanilla, gaul sebati.
3. Masukkan cornflakes, gaul sebati dan masukkan tepung sedikit-sedikit sambil gaul.Adunan mesti lembut.
4. Bulat-bulatkan dan letakkan badam dan boleh la dibentukkan sama ada bulat atau pon bujur.
5. Bakar kekuningan dalam suhu 160 selama 25 minit. Ikut oven masing-masing.
6. Apabila dah masak, ketepikan dahulu biar sejuk seketika.
7. Masak secara double boil coklat + shortening @ butter.
8. Celup biskut tadi dan ditabur badam cincang yang telah disangai kekuningan.
MW: Terima kasih kongsi resipi mudah biskut Almond London yang dipelajari dari kelas berbayar. Mak-mak bolehlah cuba nanti. Biskut ni memang ramai peminat, baik yang dewasa mahupun anak-anak.
Cucur udang memang sedap dimakan sama ada dengan sos cili mahupun kuah kacang. Ikut selera masing-masing. Selalu masalah bila masak cucur udang ialah ianya menyerap minyak. Memang boleh ‘potong’ selera dibuatnya sebab bila makan rasa muak.
Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak
Sebenarnya ada cara hendak masak cucur udang supaya tidak serap minyak. Istimewanya resipi cucur udang ini bukan sahaja tidak serap minyak tetapi juga tidak menggunakan yis, soda bikarbonate atau baking powder. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
RESIPI CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji telur
1 cawan tauge
Kucai
Udang kertas – kopek kulit
Udang biasa – untuk hiasan atas cucur
3 cawan air
Garam secukup rasa
Makan Pun Tak Rasa Muak
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan kemudian sebatikan. Perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tetapi nanti cucur udang jadi tak berapa sedap dan keras. Inilah rahsia Cucur Udang jadi kembung tapi tak serap minyak. Hanya perapkan sahaja adunan kerana kita tidak guna baking powder.
2. Panaskan 2 senduk. Satu untuk menggoreng dan satu lagi untuk panaskan senduk.
3. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tidak panas nanti adunan cucur melekat.
4. Bila senduk sudah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang di atas. Terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
5. Goreng cucur sampai garing warna coklat keemasan. Siap. Hidangkan bersama sos.
Bahan sos:
Cili merah
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Cara memasak:
1. Rebus cili dan bawang putih kemudian kisar sampai hancur.
2. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka.
3. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
5. Kacau sebati dan bila dapat kepekatan yang anda suka, padamkan api. Sedia untuk dihidang bersama cucur udang.
Aura kecantikan Tiffany Young ibarat bidadari, kulitnya begitu berseri-seri sehingga memukau setiap mata yang memandang. Artis antarabangsa yang juga dikenali sebagai ahli k-pop group...