Hiduplah Sederhana, Tak Perlu Nak Tunjuk Harta Semata-Mata Nak Bagi Orang Bangga

Share

Bila kita tengok orang menunjukkan video tentang kehidupan mereka yang mewah, sementelah tunjuk harta, sudah tentu hati pun rasa kagum. Beruntungnya diberi rezeki melimpah ruah.

Namun, tidak kurang juga yang tunjuk harta dengan ada niat tersembunyi dan ada unsur-unsur riak. Kita tak tahu hati masing-masing. Mungkin ada yang ingin kongsi kegembiraan dan mungkin juga sebaliknya.

Tak kurang jug, sanggup berhutang sana sini semata-mata untuk membeli apa yang diinginkan semata-mata nak bahagiakan orang lain. Ini mungkin boleh terjadi bila ada yang sudah berkahwin. Ini tunjuk harta semata-mata.

Janganlah beria-ia lakukan semua ini sehingga diri merana, lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga. Malah, jangan harapkan pasangan beli harta sebab kita tak tahu jodoh kita sampai bila. Minta dijauhkan.

Inilah yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad. Hiduplah cara serhana, tak perlu nak tunjuk harta sampai diri sendiri yang merana. Paling penting, binalah harta sendiri dan tak perlu nak harapkan sesiapa.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Perempuan Ada CLASS Tak Perlu Menunjuk, Tanpa Perlu Try Hard Orang Tetap Tahu

Beli Barangan Mahal Bukan Menunjuk Tapi Kualitinya, Ikut Kemampuan Dan Citarasa!

Info Lebih Menarik DI SINI

Tunjuk Harta Sebab Nak Orang Kagum

7 pesanan yang diberikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad.

1. Hidup ini mudah, jangan sulitkan dan bagi orang kagum dengan kehidupan kita.
Ada duit hidup sederhana, tiada duit pun hidup sederhana.

2. Jika mertua tak suka kita sebab tak ada barang kemas, JANGAN BELI, sebab hidup ini bukan untuk bahagiakaan orang dan seksa jiwa raga kita.

3. Tak perlu beli sesuatu untuk bahagikan orang dan tak perlu buat sesuatu untuk mengubah sikap orang, nanti kita akan kecewa.

4. Jadi diri sendiri yang lebih baik. Himpun harta yang betul bukan harta yang boleh kagumkan orang pada kita.

5. Beli barang kemas banyak banyak, bagi orang kagum dengan kita. Hati kita berbunga bunga bangga. Kita nak masuk neraka?

Beli tanah atau rumah, orang pun tak tahu di mana harta kita.

6. Lagipun sekarang dah tak ada kenduri, rugi beli barang kemas nak melaram dah tak boleh lagi.

7. Jangan harapkan suami yang belikan harta. Himpun dan binalah sendiri, kita tak akan tahu sampai bila cinta itu akan bersemi.

Jika tetiba ia hilang dibawa angin pergi, menangislah kita di pagar rumah nanti.

Bina harta sendiri, jangan harapkan sesiapa. Jangan beli agar orang kagum dengan kekayaan palsu kita.

MW: Memang betul, cari harta sendiri dan hiduplah cara sederhana, tak perlu nak tunjuk pada orang lain pun.

#JadilahIsteriBestari
#GadisBestari

Sumber: Dr. Azizul Azli Ahmad

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan.
Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN