Setiap orang ada citarasa tersendiri. Ada yang suka guna barangan mahal dan berjenama. Tak kurang juga, lebih suka beli barangan murah saja. Mungkin dengan barangan murah, kita boleh dapat banyak dan kalau rosak tidaklah ralat.

Walau bagaimanapun, ada yang beli barangan mahal kerana memikirkan ia tahan lama dan berbaloi kalau membelinya. Sampaikan ada yang cukup puas hati sebab produk atau barang yang dibeli dengan harga yang mahal mampu digunakan sampai bertahun-tahun.

Semua itu bergantung kepada citarasa dan kemampuan masing-masing. Tak salah nak beli barangan mahal tapi tengoklah keadaan. Jangan sampai ikat perut semata-mata nak beli barang berjenama.

Kali ini, Puan Mary Anni berkongsi tentang konsep Cost Per Wear (CPW). Nak bandingkan dengan membeli barangan mahal dengan barangan murah. Bukan bermakna barangan murah ini tidak elok tapi semua ini bergantung kepada diri masing-masing.

Baca Artikel Menarik Di Sini: 5 Perkara Ini Perlu Kita Sembunyikan Daripada Orang Lain, Tak Perlu Menunjuk Pun

Perempuan Beli Emas Bukan MENUNJUK Tapi CAGARAN Dan Jaminan Waktu ‘Terdesak’

Info Lebih Menarik DI SINI

Barangan Mahal, Konsep CPW

“Kenapa nak kena beli tali pinggang kulit sampai harga RM600?

Dekat Shopee ada tali pinggang bagus harga RM60 kau boleh beli 10!

Nak beli mahal sebab nak tunjuk jenama la tu…”

Memang senang buat ayat tuduhan terutama apabila berfikir dan hukum hidup orang lain ikut ruang lingkup kemampuan dan citarasa sendiri.

IKLAN

Beginilah,

Kali ini saya mahu kongsikan konsep Cost Per Wear (CPW).

Cost Per Wear (CPW) adalah konsep yang sangat mudah – nilai item secara langsung berkait dengan kekerapan anda menggunakan item tersebut.

Sekiranya anda membeli kasut dengan harga RM200 dan memakainya sekali, maka nilai kasut itu ialah RM200.

Jika anda memakainya sebanyak dua kali, maka nilai CPW kasut itu sekarang ialah RM100 sekali pakai.

Jika kasut itu dipakai seratus kali dalam setahun maka setiap kali kasut itu dipakai nilai CPW adalah RM2 sahaja.

Apabila nilai CPW sesuatu item rendah dan kekerapan penggunaan tinggi, ini bermakna amat berbaloi pelaburan anda ke atas item tersebut.

IKLAN

Biar Berbaloi

Untuk benar-benar memanfaatkan CPW secara maksimum, anda harus benar-benar menyukai dan benar-benar menikmati (pakai) barang-barang yang anda beli.

Ia juga perlu disimpan dan diselenggara (maintenance) dengan baik agar kualitinya masih tinggi walau dipakai bertahun lamanya.

Jika anda jenis yang cepat bosan dengan gaya yang sama dan suka mengikuti trend baru, konsep CPW ini boleh jadi kurang menarik untuk anda.

Apakah barang yang bagus dibeli dengan kualiti tinggi (baca: mahal dan berjenama)? Antaranya:

Beg tangan
Kasut
Tali pinggang
Tali leher
Pakaian kategori gaya evergreen seperti kemeja putih dan seluar slack hitam
Jam tangan
Aksesori dengan rekaan evergreen

NOTA: Saya mempunyai sepasang kasut formal berwarna hitam yang saya beli pada tahun 2015 pada harga menghampiri RM500.

Tahun ini ialah tahun keenam saya menggunakan kasut tersebut. Masih elok dan nampak baru. Sudah tentu perlu dijaga dan disimpan dengan baik.

IKLAN

Dalam tempoh setahun, saya pakai kasut tersebut tidak kurang 50 kali. Jadi sekurang-kurangnya saya sudah pakai kasut itu 250 kali sepanjang 5 tahun ini.

CPW kasut tersebut ialah RM2. Sangat berbaloi!

#PuanMary #GuruImej

MW: Tak kisah nak beli yang mahal atau murah, paling penting ia berbaloi bila kita guna.

Sumber: Mary Anni

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI