MIS_1

Selama ini, Laila hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut tentang lembaga yang gemar menumpang pemandu kereta yang bersendirian. Setiap kali orang bercerita, pasti Laila menganggap ianya sekadar imaginasi kerana mereka tiada bukti dan tiada saksi lain yang mengakui cerita tersebut benar-benar sahih. Sehinggalah suatu malam dia mengalaminya sendiri.

Kali ini Laila perlu pulang ke kampung kerana ibunya sakit. Mulanya dia ingin memulakan perjalanan selepas Subuh keesokkan harinya. Namun setelah mendapat panggilan daripada adiknya yang ibu sering meracau dan sering memanggil namanya membuatkan Laila tidak berfikir panjang dan terus pulang selepas kerja.

Tugasan yang banyak di pejabat membuatkan Laila kurang tidur sejak seminggu yang lalu. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Laila terasa amat mengantuk. Mengenangkan waktu maghrib hampir tiba, Laila merancang akan berhenti di RNR (RehatdanRawat) yang berdekatan.

IKLAN

Setelah 15 minit meneruskan pemanduan, sayup-sayup kedengaran azan Maghrib dari corong radio. Tidak lama kemudian, hidung Laila menangkap bau yang wangi dari tempat duduk belakang. Bagi Laila, barang kali perasaannya sahaja, maklumlah tak cukup tidur.

Berdiri bulu romanya apabila bau wangi yang dihidunya makin kuat. Laila cuba menguatkan radio untuk mengalihkan perhatian. Tetapi seolah-olah hilang siaran, radio yang dari tadi asyik mendendangkan lagu nasyid sejurus tamat azan, tiba-tiba diam tidak berbunyi.

IKLAN
Hati-hati Memandu Sendirian Waktu Maghrib, Kalau Dah Bau BERHENTI Dulu
Bukan sahaja keadaan sunyi, jalan juga gelap-gelita buatkan hati Laila tak tenteram.

Keadaan Sunyi Sepi

Jantung Laila berdegup laju, dalam keadaan tidak cukup nafas Laila membaca Ayat Kursi beberapa kali. Bau wangi tadi tiba-tiba menghilang namun menyusul bau busuk dan Laila sendiri hampir muntah. Laila tetap meneruskan pemanduan tanpa memandang ke belakang. Mulut Laila tak henti-henti membaca Ayat Kursi.

Hinggalah tidak lama kemudian kelihatan RNR yang berdekatan. Hati Laila lega dan beransur tenang. Setelah meletakkan kereta, Laila cuba menguatkan diri mengambil telekung di tempat duduk belakang, alhamdulillah tiada lagi bauan yang memeningkan.

IKLAN

Mujur lembaga itu tidak menampakkan dirinya pada Laila, jika tidak tentu dia tidak mampu mengawal perasaan. Apatah lagi dia perlu meneruskan perjalanan ke utara tanah air. Dalam fikiran Laila, barangkali lembaga itu hanya ingin menumpang seketika dan bukan bertujuan menakutkan Laila.

Usai solat Maghrib, Laila menghubungi adiknya dan mereka berbual sehingga Laila sampai ke kampungnya. Laila bimbang jika berdiam, lembaga tersebut muncul semula. Sejak itu, Laila sering mencari seorang peneman untuk menemaninya pulang ke kampung dan memilih memandu di waktu siang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI