Hasrat miliki anak kedua tidak kesampaian, ibu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Impian sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak kedua bertukar menjadi tragedi apabila si isteri, seorang suri rumah berusia 35 tahun, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Hasrat Miliki Anak Kedua Tidak Kesampaian, Ibu Meninggal Dunia Dalam Perjalanan ke Hospital
Difahamkan, wanita tersebut mengalami sakit untuk bersalin sebelum suaminya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan perubatan. Namun, wanita berkenaan dipercayai tidak sedarkan diri sebelum pengsan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 5.57 petang semalam daripada kakitangan zon merah Jabatan Kecemasan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah yang memaklumkan bahawa wanita berkenaan serta bayi yang dikandungnya telah disahkan meninggal dunia.
Ads
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menaiki ambulans. Doktor telah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi namun malangnya, bayi itu juga tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Hasil temu bual bersama suami mangsa mendapati wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod penyakit atau masalah kesihatan yang diketahui sebelum ini.
Tambah beliau lagi, tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat ditemui hasil pemeriksaan ke atas jasad mangsa.
Mayat wanita tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Doktor Pakar Simpulkan Kematian Zayn Rayyan. Pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan pada 13 Jun tahun lalu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabaian pada anak mereka, di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya.
Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam. Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200meter dari blok kediamannya.
Terbaru seperti mana dilapor Sinar Harian Online perbicaraan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh, menyatakan doktor pakar yang membedah siasat mayat Zayn Rayyan membuat kesimpulan di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya bahawa, punca kematian kanak-kanak autism itu ialah disebabkan jerutan di leher.
Menurut Pakar Perubatan Perunding Forensik Jusa C (M), Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pasir Gudang Johor, Dr Rohayu Shahar Adnan berkata demikian ketika perbicaraan kes pengabaian mangsa, dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal membabitkan, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30.
Dr Rohayu Shahar, 54 yang juga saksi pendakwaan ke-27 berkata, dapatan itu diperoleh berdasarkan hasil bedah siasat ketika beliau berkhidmat di Hospital Sungai Buloh, pada jam 12 tengah hari, 7 Disember 2023 lalu.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Dr Rohayu, berkata, jerutan di leher mungkin boleh berlaku contohnya menggunakan tali, lanyard atau kain dipintal maka, ia bukan disebabkan mati lemas.
Sementara ketika membaca pernyataan saksi, Dr Rohayu, 54, berkata, berdasarkan jasad si mati jerutan dapat dilihat berdasarkan lebam otot di leher dan kelenjar tiroid.
“Ini menunjukkan perbuatan itu cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen ke paru-paru dan otak, seterusnya melemaskan si mati hingga mengakibatkan kematian.
“Terdapat kesan jerutan di leher yang bertindih terletak enam sentimeter di bawah telinga kanan dan kiri termasuk otot-otot leher dan kelenjar tiroid di bawah kesan jerutan ini turut lebam,” katanya yang turut memberitahu hasil bedah siasat juga mendapati, terdapat kesan trauma tumpul dan tajam.
Selain itu saksi yang berkhidmat dalam bidang perubatan forensik semenjak tahun 2003 berkata, terdapat benda asing ditemui pada rongga pernafasan dan dalam perut Zayn Rayyan.
Menurutnya, lelangit anak sulung kepada pasangan tertuduh itu turut lebam, menunjukkan benda asing terbabit dimasuk secara paksa ke dalam mulut.
Bagaimanapun beliau berkata, benda asing itu tidak membawa kepada kematian kerana punca kematiannya bukan tercekik.
Katanya, di bahagian dubur kanak-kanak malang itu juga terdapat luka-luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul tetapi ianya tidak mematikan.
“Ada kesan trauma tumpul seperti lebam di mata, dahi, bibir, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, antara dua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan, lengan kanan serta kiri.
“Ada juga luka potongan, tikaman dan hirisan di telinga kiri sehingga belakang kepala sebelah kiri,” kata saksi ini . Selain itu, terdapat hirisan dikesan di belakang kepala sebelah kanan, luka hirisan pada lengan kanan atas dan luka hirisan pada lengan bawah kanan.
Selain itu, kesan-kesan trauma tumpul dan tajam ini tidak mematikan tetapi merupakan penderaan fizikal ke atas mangsa. Sambung saksi kecederaan si mati ialah kecederaan baharu, kerana terdapat kesan reaksi sistem pertahanan badan yang dapat dilihat melalui pemeriksaan mikroskopik.
Kedutan pada kulit tapak tangan dan kaki katanya, hanya menunjukkan sentuhan atau rendaman air, ia bukan punca kematian kerana Zayn Rayyan tidak mati lemas dalam air.
“Jasad si mati telah mula membusuk, berdasarkan warna kulitnya yang kehijauan, mengelupas dan abdomen yang mengembung.
“Tiada luka pertahanan atau luka menumbuk atau menendang dilihat pada mangsa,” sambungnya. Perbicaraan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh esok.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Saksi akhir tragedi Bukit Kepong, Jamilah Abu Bakar, meninggal dunia. Saksi terakhir tragedi berdarah Bukit Kepong, Jamilah Abu Bakar, 78 tahun, telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Skudai Kanan, di sini, pagi tadi.
Jamilah, yang baru berusia tiga tahun ketika serangan ganas Komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, meninggal dunia akibat faktor usia kira-kira jam 9.36 pagi.
Menurut anak bongsunya, Raja Zamzura Raja Buntat, 46, ibunya mulai kelihatan lemah beberapa hari lalu kerana hilang selera makan.
“Mak memang ada penyakit kencing manis, tetapi sepanjang beberapa hari ini, tiada tanda-tanda sakit yang serius. Cuma dia kurang makan dan minum.
“Perubahan ketara dapat dilihat sejak malam tadi apabila mak kelihatan penat dan tidak bertenaga sebelum menghembuskan nafas terakhir pagi 28 April. Kami adik-beradik berada di sisi mak semasa dia pergi,” katanya.
Jenazah Jamilah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff, di samping pusara bapanya, Konstabel Abu Bakar Daud, yang meninggal dunia pada September 1979.
Abu Bakar merupakan anggota Polis Marin di Balai Polis Bukit Kepong dan merupakan antara yang tercedera parah dalam peristiwa tersebut. Beliau meneruskan khidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga pemergiannya.
Mengenang kembali kisah hitam Bukit Kepong, Raja Zamzura berkata, ibunya masih ingat detik-detik ngeri itu, termasuk bagaimana ibu kandungnya, Fatimah Yaaba, dan adik lelakinya, Hussin, terbunuh dalam serangan tersebut.
“Mak sendiri melihat bagaimana ayah, ibu dan adiknya ditembak. Malah, mak juga terkena tembakan di bahagian tangan.
“Mak menyaksikan dengan mata kepala sendiri apabila ibu dan adiknya dibakar hidup-hidup. Mereka meninggal di tempat kejadian, dan hanya abu mereka yang dapat dikebumikan di Pusara Pejuang Bukit Kepong,” ujarnya.
Tambah Raja Zamzura, setiap tahun ibunya sering dijemput menghadiri Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong yang dianjurkan pihak polis.
“Mak ada menyimpan gambar-gambar berkaitan dan sering berkongsi cerita tentang peristiwa tersebut. Setiap kali majlis diadakan, mak pasti dijemput untuk menghadirinya,” katanya lagi.
Sejak kecil diajar menggiling cili. Pengasas kepada jenama Nisabakri Gourmet, Cef Puan Sri Nisa Bakri mendedahkan dirinya sudah diajar memasak sejak dari kecil.
Akuinya arwah ibu merupakan insan yang mendedahkan dirinya dalam dunia masakan. Jadi tidak hairanlah pemilik nama sebenar Puan Sri Shariffa Nisa Syed Hamid ini mampu mengembara ke serata dunia, memperkenalkan aneka sajian Malaysia ke persada antarabangsa.
“Sejak kecil, saya selalu berada di dapur bersama mama, beliau mengajar bukan sahaja teknik memasak tetapi juga kepentingan memasak dengan penuh kasih sayang.
“Mama akan selalu berceloteh di dapur, beliau juga sentiasa memerhati cara saya memasak dan beri tunjuk ajar,” kongsi Puan Sri Nisa.
Puan Sri Nisa sewaktu ditemubual juga turut memberitahu sudah diajar memasak tosei, menggiling cili dan beberapa lagi teknik asas masakan sejak zaman kanak-kanaknya.
“Nasihat saya pada anak-anak muda terutama wanita, belajarlah sesuatu. Cubalah belajar memasak bukan untuk orang lain tapi ilmu itu untuk diri anda sendiri.
“Tanamkan diri belajar sesuatu untuk mencuba pada saya tak payah nak masak 10 menu ke untuk tunjuk kita pandai memasak. Jika tahu masak nasi pun sudah satu kejayaan. Tak apa jika pandai satu menu pun asalkan kita sudah mencuba untuk memasak,” nasihat Puan Sri Nisa.
Puan Sri Nisa ditemui di majlis pelancaran produk Chilli Wantan Mee di Galeri KL Wellness City baru-baru ini. Pada majlis tersebut dua jenama ternama, Meet Mee dan Nisabakri Gourmet, bergabung tenaga dalam satu kolaborasi eksklusif yang memperkenal produk terbaharu, Chilli Wantan Mee.
Produk baharu itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Meet Mee, jenama makanan segera yang terkenal dengan mi berkualiti tinggi, dan pengasas kepada jenama Nisabakri Gourmet, Cef Puan Sri Nisa Bakri.
Produk chilli wantan mee iaitu sejenis mi diinspirasikan daripada cita rasa tempatan yang digemari ramai iaitu pedas, lazat, mudah disediakan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Produk tersebut juga mendapat pensijilan halal,menjadikannya antara pilihan mi wantan halal yang tersedia di pasaran.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dr Sheikh Muszaphar homesick anak jadi perhatian apabila beliau berkongsi cara menenangkan anak di asrama ketika Ramadan. Kisah ini menyentuh hati ramai ibu bapa.