Harris Dedah Isteri Mengidam Nak Makan Sabun “Janganlah Dok Kecam, Memang Tak Boleh Jangka. Doakan Semoga Allah Jaga” Netizen

Share

Harris Dedah Isteri Mengidam Nak Makan Sabun. Pelakon Harris Annuar menerusi perkongsian di Instagramnya mendedahkan isterinya mengidam nak makan sabun pula.
“Haaa! Sudah. Bini aku dah makan sabun pula.” Kongsi pelakon itu mengenai isterinya, Asha Merican yang mengidam untuk makan sabun.

Harris Dedah Isteri Mengidam Nak Makan Sabun

Menurut Harris, Asha menganggap sabun yang dimakan itu ada rasa ‘kicking’.

“Kata dia, rasa dia, ‘kicking’,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan pendapatnya tersendiri namun ada juga yang mempertahankan karenah ibu mengandung.

“Janganlah Dok Kecam, Memang Tak Boleh Jangka. Doakan Semoga Allah Jaga” itulah antara komen positif dari netizen.

Nak Halang Pun Tak Boleh

Harris bagaimanapun tidak sempat untuk menghalang tindakan isterinya itu kerana ia berlaku di luar pengetahuannya.

“Mengidam tahap apa pula ini? Nak halang pun tak boleh. Dia dah buat dulu. Nasib baik dia ludah balik,” luahnya.

 

Jilat Sedikit Sabun, Tak Sempat Telah

Menerusi perkongsian video lain, Harris berkongsi mengenai Asha yang sempat menjilat sedikit sabun ketika sedang mandi, namun, dikumur dan tidak sempat ditelan.

“Lepas mandi, dia datang dan beritahu, dia jilat (sabun) sikit, kemudian dia ludah dan kumur balik. Tak sempat telan pun. Nasib baik,” kongsinya.

Pada video yang sama kedengaran suara Asha yang menyuruh Harris untuk bau lidahnya.

Sebelum ini Harris pernah memuat naik video pendek mencuit hati ketika isterinya sedang menghidu bau dinding simen kerana mengidam.

“Doakan Semoga Allah Jaga” Netizen

Sementara itu menerusi ruangan komen ramai juga mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat isteri Harris.

Menarik Disini : Suami Fahamilah Isteri Yang Mengidam Masa Mengandung Bukan Sebab Mengada

Baca Disini :  Susahnya Cari AIR KELAPA Kelapa Tengah Malam, Isteri Mengidam Minum Satu Sedutan Sahaja

Sumber / Sumber Foto : Instagram Harris Annuar

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

IKLAN