Hari lahir arwah Siti Sarah ke-37, Ayash hadir sebagai pengganti. Syukur alhamdulillah apabila anak bongsu Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah telah dibenarkan pulang ke rumah.
Malah dek kerana terlalu teruja, seperti mana hantaran sebuah video dan foto yang diletakkan di akaun Instagram Siti Sarah oleh admin yang menguruskan akaun tersebut selepas pemergian penyanyi itu, kelihatan tiga anak arwah Uwais, Talita dan Matin begitu teruja mengelilingi katil adik kesayangannya Ayash Affan.
Hari Lahir Arwah Siti Sarah Ke-37 Ayash Hadir Sebagai Pengganti
“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita dan Matin hari-hari tanya pasal Ayash.
“Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tggu daddy bwk balik Ayash.
Uwais, Talita & Matin Keliling Katil Teruja Tengok Adik Depan Mata
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yg mendoakan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.
“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 (15 September) tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah,” begitulah yang ditulis oleh admin akaun Instagram Siti Sarah.
Manakala Shuib menerusi perkongsiannya di Instagramnya juga berasa bersyukur dan menyifatkan Ayash merupakan hadiah hari jadi dari arwah isteri.
“Alhamdulilah,,,
“Hadiah Hari Jadi Ibu…Daripada Ibu…Selamat Hari Jadi Ibu.
“AL FATIHAH,” tulis Shuib.
Menjaga Anak-Anak Dengan Didikan Agama
Sebelum itu, Shuib juga menitipkan rasa gembira apabila akan dapat bertemu dan menyentuh bayinya itu buat pertama kalinya. Malah dia juga memberitahu akan menjaga anak-anaknya dengan didikan agama yang sempurna seperti mana Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin harapkan.
“Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap perkara yang sama berulang kali, ‘baby yang ke-4 ini awak jaga dia tau, jaga tau, awak jaga okey.
“InsyaAllah sayang, saya akan menjaga dia macam mana saya jaga awak sampailah dia menjadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan awak dunia dan akhirat.
Ads
“Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma saya mohon awak doakan saya. Perjalanan saya masih jauh, doakan saya selalu kuat. Saya sayang awak,” tulis Shuib.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu & Instagram Siti Sarah
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Ads
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Wanita dan kecantikan serta solekan memang tak dapat dipisahkan. Bagi yang yang meminati bidang solekan pastinya mengenali jurumekap yang cukup terkenal dari utara, Nor Nabilah Zulyadaini,29 atau lebih kenali sebagai MUA Bellaz ini. Wanita ini antara usahawan dalam bidang solekan yang berjaya di Malaysia dan mampu meraih pendapatan lumayan.
Bella antara jurumekap terkenal yang mempunyai jutaan followers di laman sosial, baik di Facebook mahupun Instagram. Malah ‘tidak kedekut’ dan sering berkongsi ilmu serta pelbagai teknik solekan secara video LIVE bersama para peminatnya.
Tutorial Solekan Pengantin
Baru-baru ini, Bella telah membuat tutorial ‘solekan pengantin’ secara video LIVE dan turut memakai persalinan baju pengantin rona pastel pink bersama suami tersayang, Anuar Ahmad,33.Malah lebih istimewa, pasangan yang telah dikurniakan 3 orang anak ini turut ‘bersanding’ sekali lagi secara LIVE.
Bagi Bella sendiri, cukup terharu dan tak sangka kerana LIVE tersebut ditonton dan disaksikan lebih 36,000 orang. Bella menganggap sokongan tersebut sebagai ‘hadiah’ ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 8 yang disambut pada 25 Disember lepas.
Makeup ilmu sanding very the plantin. Fuhhhhhh..kena bagi segakk gila malam ni sebab mat nuart pon pakai baju jugak fuhh.
Ucapan Sempena Ulangtahun Perkahwinan
Selain itu, Bella juga sempat menitipkan ucapan sempena ulangtahun perkahwinannya. Dikenali cukup merendah diri, Bella percaya bahawa setiap rezekinya adalah berkat restu, keredhaan dan rezeki dari suami tersayang. Malah dalam perkahwinan dan hubungan suami isteri pastinya ada ujian serta badai yang melanda, namun perlu kuat mengharunginya bersama-sama.
Dalam rezeki saya datangnya rezeki suami saya buat saya.
Doakan kebahagian kami berdua. Tipulah kalau takde ribut dalam rumah tangga. Sedangkan lidah kita pun kadang-kadang tergigit sendiri, inikan pulak suami isteri.
Insyallah kita kena kuat menjalani ujian yang mendatang.Insyallah..Terima kasih hampa tengok live semalam.
Ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini agar berkekalan hingga ke akhir hayat serta menjadikan Bella sebagai inspirasi untuk menjadi wanita berjaya dalam bidang solekan dan kecantikan.
MW: Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat Bella dan suami tersayang. Semoga terus sukses dan sekaligus menjadi inspirasi buat wanita lain untuk lebih berjaya.
Minyak bawang putih ni kalau nak goreng sayur atau buat sup memang perghhh.. sedap melampau! Bawang putih goreng tu pula letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara nak buat mudah sangat, mak-mak boleh buat ikut resepi yang dikongsikan Puan Nur Hidayah Othman ini.
Kak dayah buat #garlicoil dengan #garlicflakes. Resepi kak dayah dapat dari kawan tempat keje. Cuma kak dayah olah sikit cara simpanan dia.
Dah banyak kali buat. Baru ni dapat share. Garlic oil ni sangat sedap. Boleh guna masa masak atau tabur atas mee sup ke mihun sup ke mee goreng, mihun goreng, nasi goreng.
Cara buat minyak bawang putih #bawangputihflakes :
1) Kopek bawang putih
2) Cincang halus atau kasar
3) Panaskan minyak
4) Goreng sehingga light brown terus tutup api
5) Tutup api dan tapis bawang putih.
Boleh disimpan secara asing minyak dengan bawang putih atau campur kedua-duanya. Kak dayah buat 2 jenis simpanan.
Kiub Cili Boh Dan Limau
Mak-mak, alang-alang dah cuti ni jom perosah dapur. Lagi pun nak puasa dah ni.
Kiub Bawang Besar
Kopek kopek. Basuh. Blend tak yah boh air. Sebab bawang besar ni dah banyak air.
Yang ini memudahkan nak masak. Balik kerja sampai rumah dah kol 6 terus boleh masak cara express.
Selain bawang mak-mak boleh buat lada, bawang, bawang putih, halia, serai, limau kasturi, dan tempoyak.
Kiub ni bantu mommies yang koje, yang small family, nak masak sikit, bujang-bujang pun elok tau.
Jom share sekiranya bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak hari pertama negara menerima pesakit Covid-19 di hospital, isteri angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos sudah mula menjalankan kerja-kerja penyaringan ke atas pesakit Covid-19 di hospital.
Sebagaimana semua sedia maklum, frontliners inilah antara individu paling mudah terdedah dengan jangkitan virus Covid-19 melalui pesakit. Dan malam tadi, Dr Sheikh Muszaphar dikejutkan dengan kondisii isterinya yang tiba-tiba alami simptom batuk dan sakit tekak.
Dr Halina Tunjukkan Tanda Sakit Tekak Dan Batuk
Kongsinya di laman instagramnya, sebaik saja balik dari tempat kerja isterinya mula menunjukkan tanda sakit tekak dan batuk. Selepas mengambil ujian swab Covid-19, isterinya itu kuarantin diri. Sementera menunggu keputusan keluar, Dr Halina bersendirian dalam bilik di rumah mereka.
“Sedih saya melihatnya, malah dia tidak boleh berada dekat dengan anak-anak. Tak boleh bayangkan bagaimana dia mengharungi ujian 8 jam itu.”
“Saya masih ingat bagaimana dia menghubungi saya dari hospital, tidak tahu ke mana dia harus pergi, memandangkan dia tidak mahu (virus) menjangkiti saya dan anak-anak. Dalam keadaannya sebegitu pun, dia masih risaukan yang lain.”
Dalam Sakit Dr Halina Tetap Terus Bekerja
Begitulah hati seorang ibu yang mahu menjaga keselamatan suam dan empat orang anak-anaknya, Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Akhirnya, nikmat kesyukuran yang menjadi sandaran apabila hasil ujian Covid-19 menunjukkan ianya negatif.
“Dan Alhamdulillah – keputusan itu NEGATIF.”
Biar pun diduga dengan kesakitan, Dr Halina tetap tidak mengalah malah terus tekad pergi bekerja pada hari ini.
“Itulah Dr Halina – bukan kerana dia isteri saya TETAPI kerana dia seorang doktor yang telah dilatih untuk membantu orang lain.. rela berkorban demi merawat orang yang sakit.. yang penting adalah menyelamatkan nyawa seseorang biar besar mana pun risikonya.
Pesannya lagi, “Kepada para doktor, jururawat dan petugas perubatan di luar sana.. teruslah berani dan kuat.”
“Anda sentiasa ada dalam doa-doa kami.”
Love As Always …
PS – To my Beloved wife Do continue your brave and noble effort .
InsyaAllah – Allah will ease your path Dunia & Akhirat
PSS – You are my true Hero
PSSS – Diri ini berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorbanan mu
MW : Begitulah hebatnya pengorbanan seorang DOKTOR. Demi kesihatan orang awam, sanggup berkorban apa saja. Sedangkan, mereka pun ada anak-anak dan suami untuk dijaga. Teruslah rakyat Malaysia #DudukRumah agar pengorbanan besar ini berbaloi nilainya.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...