
Sungguh tidak berperikemanusiaan tindakan yang dilakukan oleh wanita ini. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Sepanyol ini, seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas merakamkan perbuatannya membunuh kejam kucing jantan yang mahu mengawan dengan kucing peliharaannya dengan ‘membasuhnya’ dalam mesin basuh dua kali sebelum memuat naik video itu ke media sosial.
Rakaman diambil wanita tidak diketahui identitinya di Jaen, Andalusia, Sepanyol, itu dikongsikan ke Instagram.
Apabila kucing berkenaan tidak mati ketika pusingan pertama dia mengulangi proses membasuh kali kedua tanpa menghiraukan haiwan berkenaan mengiau ketakutan.
Wanita itu didengar berkata: “Kenapa? Ngiau? Duduklah dalam tu! Inilah padahnya jantan yang mahu mengawan dengan kucing kesayangan saya.”
The Mirror melaporkan dia turut menyertakan emoji ketawa seolah-olah perbuatannya menggelikan hati dengan rakaman diberi tajuk ‘Gatolavadora’ (mesin basuh kucing).
Selepas selesai dia menunjukkan kucing itu pada jarak dekat dan berkata: “Kucing pembawa sial sudah mati.”
Perbuatannya dikecam hebat pengguna media sosial tetapi wanita berkenaan langsung tidak rasa bersalah malah mengancam membunuh anjing pula selepas ini.

Daily Mail memetik organisasi pegawai kebajikan haiwan berkata, wanita itu kini dilaporkan menghilangkan diri kerana diburu pihak berkuasa.
Kesimpulannya, marah macam mana sekalipun kawallah emosi. Janganlah diseksa dan dibunuh binatang yang tidak berdosa.
Sumber: Hmetro & Daily Mail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti, Saharul Ridzwan Pun Ikut Serta

Isi Kandungan
ToggleRamadan ini hidupkanlah hari-hari dengan bacaan Al-Quran. Sebagaimana tahun sebelumnya, Mengaji Marathon 12 jam tanpa henti anjuran MCPLUS diteruskan lagi tahun ini.
Kali ini lebih istimewa lagi, kerana tetamu jemputannya adalah pelakon terkenal, Saharul Ridzwan yang baru saja pulang dari menunaikan umrah bersama isteri tercinta.
Penyampai radio Zayan, Anas Tahir juga akan turut serta sebagai tetamu jemputan dalam program berkenaan.
Mengaji Marathon yang bersiaran langsung selama 12 jam ini, dijayakan pada Selasa, 19 April 2022 ini, bersamaan bersempena sambutan Nuzul al-Quran.
Kali ini, program yang mendapat sambutan ramai dari tahun lalu turut disokong oleh Deep Faith.
Apa Itu Program Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti
Menurut MCPLUS, program sebegini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada mereka yang masih belum bermula atau tertinggal bacaan al-Quran dalam bulan Ramadan.
Inilah masanya untuk mereka mengejar kembali dengan ‘memancing’ 1 hari 1 juzuk. Seterusnya, membolehkan mereka berjaya khatam al-Quran sempena Ramadan.
“Mengikut pengalaman, peserta program ini akan mampu membaca sebanyak 10 hingga 12 juzuk selama 12 jam.” Ujar jurucakap MCPLUS lagi.
Menariknya program ini, setiap bacaan al-Quran akan dibaca oleh pelbagai ustaz bertauliah. Dan kali ini, tetamu jemputan Saharul Ridzwan dan Anas Tahir juga akan bersama-sama membaca al-Quran.
Program ini merupakan anjuran kali kedua. Sebelumnya, iaitu pada tahun 2021, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya menerusi saluran YouTube MCPLUS.
Di mana, mengaji marathon berlangsung dari jam 6 pagi dan berakhir sehingga 6 petang.
Sambutan Luar Biasa Daripada Pelajar
Untuk pengetahuan, MCPLUS merupakan institusi pendidikan dalam talian yang cukup terkenal yang memberi bimbingan kepada pelajar UPSR, PT3 dan SPM.
Tenaga pengajarnya amat menitikberatkan perkembangan pelajar di luar silibus.
Idea awal tercetusnya program sebegini bila mana MCPLUS mengadakan bacaan al-Quran sebanyak satu juzuk setiap hari.
Ternyata, sambutan yang luar biasa diterima daripada para pelajar pusat tusyen online terbesar di Malaysia ini.

Idea itu kemudiannya dikembangkan menjadi Mengaji Marathon dan terbuka kepada umum. Konsep sebegini juga membolehkan MCPLUS membantu lebih ramai peserta untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan.
Tentunya ini satu program yang sangat bagus untuk anak-anak remaja mahupun mak ayah bersama di dalam satu majlis ilmu. Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini yang cuma berlangsung di bulan Ramadan ini.
Bagi mendapatkan info lanjut berkenaan event ini, boleh layari dan follow Instagram MCPLUS.
Anda juga boleh follow live ini pada 19 april di Live Youtube MCPLUS
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bengap!” Herdik Penjual Karipap, Gara-gara Anak Bergaduh Tak Dapat 3 Biji Macam Selalu!

Isi Kandungan
ToggleTak dinafikan dalam keadaaan ekonomi sekarang, peningkatan harga barangan menyebabkan ramai golongan peniaga terjejas. Ramai yang memahami bahawa penjaja makanan terutamanya, ada yang terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual, untuk mendapat ‘secebis’ keuntungan mahupun balik modal berniaga.
Namun terdapat segelintir pembeli yang kurang sifat empati dalam keadaan sebegini, malah sewenangnya mengherdik tanpa rasa bersalah. Malah ada juga yang sanggup mengutamakan ‘berkotak-kotak’ rokok, daripada keutamaan persekolahan anak-anak dan keperluan keluarga.
Terkesan kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Hazwani Mohd Dah ini, semoga menjadi pengajaran buat kita.
“Bengap!”
Minggu lepas saya turun dari kereta ke gerai karipap kegemaran saya, terdengar seorang lelaki menjerit “bengap!” pada makcik gerai lalu terus masuk ke keretanya.
Dibuangnya puntung rokok ke tanah. Saya cepat-cepat tutup hidung sebab saya AMAT SENSITIF pada bau rokok atas beberapa sebab.
Saya diam membatu.Sebab saya tak tahu pucuk pangkal.Saya tak mahu pula menyimbah-nyimbah rasa geram makcik karipap di depan saya.
“Makcik, macam biasa ya. Sepuluh ringgit karipap,” kata saya senyum.
“Tak apa ke cikgu, kalau harga dia 5 biji 2 ringgit? Selalu kan 3 biji seringgit. Cukup ke untuk anak murid?,” katanya perlahan dengan wajah sugul.
“Eh tak apa makcik. Saya faham sangat. Semuanya tengah mahal, makcik. Makcik dah siapkan sarapan pagi-pagi ni pun, kami semua syukur, boleh kami singgah beli,”
Terus makcik menitiskan air mata. Aduhh, jangan saya menangis sekali, sudahlah.
“Terima kasih cikgu sebab faham. Lelaki tadi tu marah makcik……”
“Dia marah sebab, anak-anaknya bergaduh tak dapat karipap sorang 3 biji macam selalu, sebab sekarang harganya dah lain,” sambungnya lagi.
“Makcik dah tak tahu macamana nak pusing modal lagi, terpaksalah naikkan sikit harga,” adunya.
Mendengar cerita makcik, hati saya geram sangat!
Saya cepat-cepat beri duit pada makcik dan meninggalkannya. Terlalu banyak perkara saya nak cakap, tapi pelanggan makcik semakin ramai.
Herdik Orang Lain Selesaikan Masalah
Saya memang geram dengan orang yang tak ada sense macam ni. Sanggup dia herdik orang lain untuk selesaikan masalahnya.
Lagi saya bengang, Harga Sebatang rokok yang dia hisap tu, BOLEH SANGAT KOT belikan beberapa biji karipap untuk anak-anaknya? Tak pasal-pasal pula orang lain yang dimarahnya.
Maaflah, saya memang amat anti kepada perokok yang tak bertanggungjawab begini.
Sejak menjadi guru pada tahun 2010, BERAPA RAMAI murid yang tak ada duit nak beli buku pada awal tahun walhal ayah menghisap rokok 2,3 kotak sehari?
Lepastu, yang disalahkan saban hari di kedai kopi adalah SALAH KERAJAAN
Sudahnya, ramai guru-guru yang keluarkan duit dari poket mereka sendiri untuk memastikan anak-anak tak tercicir dalam pelajaran. Saya bukan mengungkit, tapi hanya nak kongsikan kenyatannya.
Badan kebajikan di sekolah pun ambil peranan, TAPI SESUNGGUHNYA MEREKA ‘FE DUP’ JUGA sebab saban tahun, orang yang sama menunggu bantuan dan tak kisah tentang hal ehwal buku anak-anak, sedangkan amat mampu membeli rokok.
Kadang sampai bulan Mac, anak-anak terkontang-kanting tak ada buku. Geramnya saya.
Ibaratnya, ROKOK FIRST,
Buku anak, LAST.
Tuan yang dihormati, jangan berkira dengan urusan ilmu anak.
Atau apa saja urusan anak-anak serta isteri kerana mereka adalah tanggungjawab kita.
Berkorbanlah jika yang perlu dikorbankan ialah rokok yang fungsinya HANYA MEMBAKAR DUIT kita.
Semoga dengan memudahkan urusan anak-anak kita menuntut ilmu, Allah memudahkan urusan dan melancarkan rezeki kita pula.
Yakinlah.

Saling mengingatkan dan mendoakan ya. Kecanduan rokok sedikitpun tidak memanfaatkan.
Bukankah hidup kita ini indah bila saling berpesan-pesan? Tiadalah saya yang menulis ini lebih baik daripada yang membaca.
Kerana akhirnya, kehidupan kita di dunia adalah hanya sekerdipan mata. Perjalanan kehidupan kita selepas itu, sesungguhnya amat jauh dan panjang.
Hazwani Mohd Dah
Jemput follow saya dengan tag #LumbaKeSyurga untuk kawan-kawan mengakses semua sharing saya tentang kehidupan.
Semoga bermanfaat!
Baca Lagi Di Sini:
Pelanggan Merokok Tak Endah Teguran, Tindakan Ayah Ini Di Luar Dugaan
‘Hari-hari Kena Marah’ Isteri Ini Tahan Hati Janji Suami BERHENTI Merokok
Mingguan Wanita: Ada benarnya, jangan ambil mudah mengherdik orang lain untuk selesaikan masalah sendiri. Rokok hanya membakar duit, banyak yang boleh dimanfaatkan untuk anak-anak dan keluarga daripada menghabiskan duit dengan rokok.
Sumber: Hazwani Mohd Dah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Permohonan Sewa Bilik DBKL RM100 Untuk Golongan Bujang Kini Dibuka!

Isi Kandungan
ToggleBerita baik buat golongan bujang yang baru menempuh alam pekerjaan di ibu kota, boleh menjimatkan kos sara hidup di bandar ini dengan menyewa bilik yang disediakan oleh DBKL pada kadar sewa serendah RM100 termasuk elektrik dan air.Permohonan penyewaan pula baru sahaja dibuka mulai 20 Ogos lalu.
Ia merupakan satu skim baru yang diperkenalkan kerajaan, iaitu Micro Housing. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan perkhidmatan Perumahan Bandar atau Micro Housing kepada golongan bujang yang baru berhijrah ke ibu kota sebagai rumah sementara mereka.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, dengan kadar sewa serendah RM100 sebulan, penyewa mempunyai tempat tinggal sehingga mereka mampu berdikari dan mampu mendapatkan kediaman lebih selesa.
“Peningkatan harga rumah di Kuala Lumpur adalah masalah dihadapi rakyat untuk memiliki kediaman mahupun menyewa dengan harga berpatutan.
“Golongan muda antara yang terbeban dengan masalah ini. Ada di antara mereka bukan berasal dari Lembah Klang seperti Sabah dan Sarawak tidak mempunyai saudara mara serta kenalan di Kuala Lumpur.
“Bagi meringankan permasalahan ini, DBKL mewujudkan rumah bandar yang bersifat sementara sehingga mereka dapat berdikari dan mampu mendapatkan kediaman yang lebih selesa,” katanya.
Skim Micro Housing
Sementara itu, Perumahan Bandar ini berkonsep penyewaan bilik secara berkongsi kepada komuniti muda yang belum berkahwin dan sudah bekerja. Skim Micro Housing yang bermula tahun ini terletak di tengah-tengah ibu kota, di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia merupakan bangunan lama DBKL yang telah diubahsuai dengan kos sebanyak RM7 juta.
- Terdapat dua blok micro housing, lelaki dan wanita yang menawarkan 223 unit dan beberapa fasiliti lainnya – konsepnya pula bertemakan capsule hotel.
- 323 permohonan akan dibuka
- Dibahagikan dua fasa, fasa pertama : 188 unit dan fasa kedua : 135 unit.
- Sewa bilik secara berkongsi samada dengan empat katil atau 6 katil berdasarkan keluasan bilik.
- Kemudahan seperti elektrik dan air, kelengkapan seperti almari dan katil turut disediakan.
- Kemudahan lain seperti; surau, dobi, tandas, ruang patri, ruang tempat meletak kenderaan termasuklah basikal, ruang membaca, ruang santai, pejabat penyelia, turut tersedia.
Syarat-Syarat Permohonan Penyewaan;
1. Warganegara Malaysia
2. Status Bujang (Belum Berkahwin)
3. Berumur 18 hingga 35 tahun
4. Pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan
5. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada yang bekerja di dalam lingkungan 5km radius dari Perumahan Bandar)
6. Tidak memiliki rumah.
7. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi daripada 25km radius dari Perumahan Bandar.
8. Tidak mempunyai kereta
9. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (Golongan pelajar TIDAK LAYAK).

Kadar sewaan yang dikenakan adalah RM100.00 sebulan termasuk penggunaan elektrik dan air. Cagaran sewa adalah diambil untuk dua (2) bulan. Tempoh Penyewaan adalah:
- 12 bulan (minimum)
- 18 bulan (maksimum)
Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian yang telah dibuka mulai 20 Ogos 2019 di http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kongsikan pada yang layak agar dapat membantu mereka memulakan kehidupan dengan lebih teratur apabila mendapat pekerjaan.
Sumber: Sinar Harian, Dbkl
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI