Hanya Guna 4 Bahan, Buat Sendiri ‘Wet Food’ Untuk Kucing Kesayangan, Lebih Jimat Tak Payah Beli

Share

Berita baik buat pemilik kucing. Sebenarnya senang sahaja jika hendak buat makanan kucing sendiri, tidak perlukan bahan yang rumit mahupun perlukan masa yang banyak, malah lebih menjimatkan.Iyalah, kalau nak beli pun wet food selalu boleh tahan juga harganya.Baik buat sendiri, lebih terjamin selamat dan bebas pengawet.Lebih menarik resipi ini mempunyai campuran sayur-sayuran yang pastinya berkhasiat dan bebas daripada bahan pengawet untuk si comel kesayangan.

Ikut cara berikut untuk membuat makanan basah (wetfood) sendiri di rumah.

Bahan-Bahan:

3 ekor ikan selar
1 batang lobak merah
Sedikit sayur bayam
1 peket kecil agar-agar

Cara Membuat:

1.Rebus ikan selar dan ambil isinya. Asingkan tulang dan air rebusan ikan.
2.Kisar isi ikan tersebut bersama lobak merah dan sayur bayam dan masukkan kedalam periuk.
3.Kemudian masukkan air rebusan ikan dan kisar bersama tulang ikan tadi.
4.Tapis kisaran tulang ikan tadi dan masukkan kedalam periuk.
5.Masukkan pula agar-agar kedalam periuk. Kacau dan masak sehingga agar-agar hancur.

Siap! Selamat Mencuba

Info Ekstra!

  • Selepas siap disediakan masukkan dalam bekas, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.
  • Agar-agar berfungsi bagi memekatkan bancuhan serta memudahkan kucing untuk makan.
  • Selain sayur bayam, boleh juga gunakan buah labu.
  • Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam (hati, pedal, jantung dan hempedu ).
  • Gunakan sudu plastik bila menceduk, bagi memastikan wetfood ini tidak mudah basi.

Sumber: Liyana Kamaruzaman

IKLAN