Air mata tidak dapat diseka apabila menyambut kepulangan Bukan jasad, tetapi barang peribadi anak yang sudah pergi buat selama-lamanya.

“Hanya Barang Yang Pulang, Orangnya Sudah Tiada…” – Ibu Menangis Rindu Anak Sulung Pergi Tanpa Diduga

Begitulah perasaan yang sukar digambarkan bagi pasangan suami isteri, Mohamad Isma Abdul Manaf, 47, dan Norinda Kasim, 49, apabila menerima kembali barangan milik anak sulung mereka, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma, 21, yang terkorban dalam nahas tragis melibatkan pelajar UPSI baru-baru ini.

“Hanya Barang Yang Pulang, Orangnya Sudah Tiada…” – Ibu Menangis Rindu Anak Sulung Pergi Tanpa Diduga
Foto: Bernama

Bau Anak Masih Ada, Tapi Suaranya Tidak Lagi Kedengaran

Norinda, seorang suri rumah, berkata hatinya luluh dan seakan terkoyak saat membuka beg dan kotak yang mengandungi barangan milik arwah anaknya. Paling menyentuh hati adalah sehelai baju blouse yang sedondon dengan miliknya.

“Hanya Barang Yang Pulang, Orangnya Sudah Tiada…” – Ibu Menangis Rindu Anak Sulung Pergi Tanpa Diduga
Datuk Dr Azman Ibrahim (kiri) menenangkan Mohamad Isma Abdul Manaf ketika menziarahi keluarga pelajar UPSI, Nur Dalila Farhana, 21, yang maut bersama 14 yang lain dalam kemalangan di Gerik, Perak,

“Baju itu kami beli bersama lebih lima tahun lalu. Masa saya pegang dan cium… masih kuat bau badan dia. Sayu, sebab hanya barang-barang yang pulang. Orangnya sudah tiada…”

Ads

“Hanya Barang Yang Pulang, Orangnya Sudah Tiada…” – Ibu Menangis Rindu Anak Sulung Pergi Tanpa Diduga

“Hanya Barang Yang Pulang, Orangnya Sudah Tiada…” – Ibu Menangis Rindu Anak Sulung Pergi Tanpa Diduga

Kata-katanya itu cukup untuk menggambarkan kerinduan dan kehilangan yang tidak terganti, yang hanya ibu yang pernah melahir dan membesarkan mampu fahami.

Anak Harapan Keluarga, Pergi Dalam Usia Muda

Nur Dalila Farhana merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Menurut ibunya, arwah seorang anak yang manja, lembut dan sangat rapat dengannya. Selain menjadi penyejuk hati buat kedua-dua ibu bapa, arwah juga merupakan harapan keluarga dan bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik.

Ads

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/saksi-terawal-nahas-penuntut-upsi-hanya-sempat-ajar-mengucap-sebelum-dia-senyap/

“Hanya Barang Yang Pulang, Orangnya Sudah Tiada…” – Ibu Menangis Rindu Anak Sulung Pergi Tanpa Diduga

Mohamad Isma, pesara tentera, pula mengambil sendiri barang-barang anaknya yang dihantar pulang oleh konvoi UPSI ke pekarangan Masjid Hadhari, Jerteh sebelum diserahkan kepada keluarga di rumah mereka di Kampung Baru Tok Dor.

Ads

 “Harapan kami sewaktu menghantar anak sulung (Nur Dalila Farhana) ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk membawa pulang segulung ijazah. Tidak sangka sijil kematian yang kami terima,”ujar Isma  yang menerima sijil kematian anak mereka daripada Pengarah Pendaftaran Terengganu, Mohamad Nasir Kareem.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/tragedi-bas-upsi-nurly-shahirah-meninggal-dengan-al-quran-erat-dalam-pelukannya/?utm_source=izooto&utm_medium=on_site_interactions&utm_campaign=Exit_Intent_Recommendations

“Hanya Barang Yang Pulang, Orangnya Sudah Tiada…” – Ibu Menangis Rindu Anak Sulung Pergi Tanpa Diduga
Mohamad Nasir (kiri) menyerahkan sijil kematian Nur Dalila Farhana kepada Mohamad Isma di Kampung Baru Tok Dor, Besut

Sebak, Sunyi & Rindu Yang Tak Akan Pernah Habis

Setiap helaian baju, setiap nota kecil dan barang peribadi yang dikembalikan, semuanya menjadi kenangan terakhir yang akan disimpan sebagai pelengkap rasa rindu yang tak akan pernah habis.

Buat ibu bapa seperti Norinda dan Mohamad Isma, kehilangan anak bukanlah satu perkara kecil. Ia meninggalkan ruang kosong yang tidak akan pernah terisi semula. Namun dalam kepiluan, terselit juga doa dan redha  agar anak yang dikasihi itu kini tenang di sisi Ilahi.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI