Hantaran Terakhir Jururawat Macam Petanda Nak ‘Pergi,’ Terpisah 30 Meter Dengan Suami Ketika Konvoi RXZ

Share

Hantaran terakhir jururawat macam petanda nak ‘pergi,’ terpisah dengan suami ketika konvoi RXZ. Tragedi menimpa seorang peserta program RXZ Members 7.0 apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 394, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ketika menuju ke Kuala Terengganu pada Jumaat lalu.

Hantaran Terakhir Jururawat Macam Petanda Nak ‘Pergi,’ Terpisah 30 Meter Dengan Suami Ketika Konvoi RXZ

Lebih menyentuh hati, wanita berusia 33 tahun itu, Roslinawati Ramli atau lebih dikenali sebagai Eyna Lee, sempat memuat naik status terakhir di Facebook yang seolah-olah menjadi petanda pemergiannya.

Menerusi hantaran ringkas di akaun peribadinya, arwah menulis:

“Kena tunjuk muka pecah, bukti tak mengelat,” dipercayai merujuk kepada wajah letih selepas menunggang motosikal dalam tempoh panjang.

Selain itu, arwah yang bekerja sebagai jururawat turut berkongsi keadaan semasa peserta konvoi yang berhenti rehat, sambil dirinya duduk di tepi longkang melepaskan penat.

@farahwaniey87 Al fatihah @Eyna Lee 😭😭 mcm x caya na Allah sahabat semua tlg sedekah Al fatihah buat sahabat sy yg baru meninggal td xcident otw ke rxz member😭 #rxz_members_official #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦

Beberapa jam selepas itu, akaun Larriz Bina Ent berkongsi rakaman siaran langsung seorang peserta konvoi lain di lokasi kejadian. Dalam video tersebut, individu berkenaan menjelaskan konvoi dibahagikan kepada dua kumpulan bagi mengelakkan kesesakan.

@larrizbina hati2 semua geng.sEmoga selamat semua nya.#selangor #rxz_members_official #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #Rxz ♬ Sad Music – Max-Music

“Suami dia kat depan, dia jarak dengan suami dalam 20 ke 30 meter, suami dia tak sedar dia jatuh ni… yang ni teruk juga, kat lutut, bahu dia tadi, paling teruk kat kepala.

“Apabila terlalu ramai tadi, kita orang buat dua grup, satu grup belakang dan satu kat depan, tak nak nampak macam sibuk sangat.

“Jatuh sendiri, jatuh sendiri, ‘lost control’ sebab kat jambatan tu ada bonggol, dia turun jambatan terus gelong, dah ‘call’ banyak kali, suami dia tak dengar lagi.”

Kredit Facebook Emey Lee

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan serius pada bahagian kepala.

@larrizbina hati2 semua geng.sEmoga selamat semua nya.#selangor #rxz_members_official #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #Rxz ♬ Sad Music – Max-Music

Difahamkan, arwah menunggang motosikal milik suaminya dan bergerak secara konvoi bersama 13 peserta lain. Mereka bertolak dari Simpang Renggam, Johor sekitar jam 1 pagi, sebelum kemalangan berlaku kira-kira tengah hari.

@farahwaniey87Allhamdullilah Selesai Segala Urusan Buat Sahabatku @Eyna Lee 😭Tenang Lah Dialam Baru dan dunia Baru Kerana Disini Cuma Persingahan buat Kita😭 in sha allah kita semua pun Akn KESANA jugak😢♬ Damailah Cinta (Aku Merindukanmu) – Raffa Affar

Jenazah arwah Eyna lee selamat di kebumikan di Felda Tementi, Bera Pahang.

Sumber: Facebook Emey Lee TikTok Larriz Bina Ent  TikTok Farahwaniey87

 

Baca artikel yang lain: Murid Berlari Kejar Kereta Ibu Selepas Tertinggal, Polis Siasat Video Tular

RM2 Juta Tak Boleh Beli Tiket Ke Syurga Wanita Pesakit Barah Tolak Tawaran Jadi Duta Produk

Kepala Bayi Terputus, Badan Tertinggal Dalam Perut Ibu Waktu Dilahirkan

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has