Hakikatnya sama ada anak sedikit atau ramai, masing-masing mempunyai rezeki yang telah Allah tetapkan. Setiap pasangan juga punya pilihan sendiri sama ada mahu anak sedikit atau ramai.
Namun, di hujungnya tetap Allah jua yang makbulkan keinginan dan hasrat itu.
Inilah yang terjadi pada, Bonda Noryang pernah berimpian mahu miliki 7 orang anak, sama seperti jumlah anak junjungan besar rasulullah S.A.W
Ya Allah, Aku Nak Ada Anak 7 Orang
Awal kahwin lagi saya dah beritahu suami, saya mahu anak ramai. Syukur, suami punya hasrat yang sama.
Dapat saja anak pertama, terus sediakan 10 nama.
Anak dah ke tadika, dengar dia nyanyi lagu Anak Nabi Ada 7 Orang, terus jadi ilham untuk saya stick pada satu hajat yang lebih jelas.
“Ya Allah, aku nak ada anak 7 orang. Macam Nabi.”
Bersalinkan anak ke 6, teruji dengan komplikasi. Nyawa kritikal level nazak. Perlu stop having baby. Sedih sangat. Tapi takpelah, pujuk hati redha.
Takdir Allah mengatasi tadbir manusia. Ketika sudah redha, berdepan pula dengan satu lagi ujian Allah. Mengandung pula anak ke 7! Allahu Rabbi. Masa ni, bergelut emosi. Bergelut dengan situasi. Bergelut antara hidup dengan mati!
Ads
Alhamdulillah, pendek cerita, setelah parah dan pasrah harungi pelbagai ujian demi ujian, semuanya berakhir dengan baik.
Begitulah. Hajat hati nak 7 orang cahaya mata macam Nabi. Itu yang pernah menjadi harapan dan itulah yang Allah tunaikan.
Maka alhamdulillah. Bersyukurlah saya menjadi ibu kepada anak-anak sejumlah warna pelangi dan bilangan ayat dalam Al-Fatihah.
Namun ternyata syukur saja tidak memadai!
Bila Anak Sejumlah Warna Pelangi, Kena Usaha Lebih Cari Rezeki
Rupa-rupanya menggalas amanah tak semudah menadah tangan berdoa meminta-minta daripada Allah.
Ads
Ujian hadir silih berganti. Masa anak kecil, tak tidur malam bila anak demam. Bila anak besar, tak tidur malam melayankan resah gelisah bila anak tiada di rumah.
Rupa-rupanya amanah yang digalas menuntut kerja keras. Kerja keras cari rezeki lebih. Kerja keras dalam mendidik dan melatih. Kerja keras dalam mengawal emosi dan menundukkan ego sendiri. Kerja keras untuk terus mencari ilmu agar lebih memahami. Kerja keras!
Lebih kerja keras untuk memastikan anak-anak faham soal dosa pahala. Soal syurga neraka. Kerja keras bantu anak-anak perbaiki diri sedangkan dalam masa yang sama, ibunya ini pun sedang bergelut dengan kelemahan sendiri.
Kerja keras untuk usahakan dapat berkumpul semula dalam syurga. Semuanya, tanpa tertinggal seorang pun. Dan sungguh, itu bukan kerja mudah! Debarannya berterusan!
Betul Allah sebut dalam Al-Quran tentang rezeki. Ada anak, rezeki. Tak ada anak pun sebenarnya adalah rezeki.
Ads
Lalu pada akhirnya, walau apa pun takdir yang Allah rezekikan untuk kita, sebenarnya terkandung infiniti tafsiran kasih sayang-Nya.
Ada Sedikit Atau Ramai Anak, Tetap Sama Saja
Ada anak atau tak ada anak, tetap sama saja. Pada sesuatu yang buat kita gembira, ada pahala syukur jika kita pandai bersyukur.
Ada sedikit anak atau ada ramai anak, tetap sama saja. Pada sesuatu yang kita tak suka dan buat kita berduka, ada pahala sabar jika kita mampu bersabar dan terus berikhtiar.
Allahu Akbar. Betapa baiknya Allah dalam mengatur segenap ruang dan peluang untuk menghantar kita ke syurga. Sentiasa ada lorong dan terowong pahala pada setiap zarah pilihan takdir-Nya.
Sungguh, pada persoalan zuriat pun tersirat seribu satu takdir penuh makna…
….. jika kita mahu memikirkannya.
“Wahai Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku yang mengalir pada zuriatku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al-Ahqaf: 15)
Meriah balik ramai-ramai berkumpul adik beradik musim raya, apatah lagi yang jauh di perantauan pun ada. Mak ayah apatah lagi, mesti bahagia tengok anak cucu depan mata.
Tetapi setiap kali raya, macam mana dengan kos perbelanjaan duit dapur nak ‘main masak-masak’? Itu belum kira soal duit bil api, orang tua saja ke kena tanggung?
Wujudkan Perbelanjaan Dapur
Hah, jangan buat pejam mata kalau dah anak-anak pun berderet. Biasanya yang tadah perut saja ramai, yang keluarkan duit buat tak nampak.
Kalau berlaku situasi seperti ini dalam keluarga, salah seorang adik beradik kena betulkan dan ikut cara yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan kali ini. Bersuara!
Raya ramai-ramai, dapat berkumpul semua adik-beradik memang seronok.
Ianya akan jadi TAK SERONOK kalau balik 5 family, tapi satu family saja yang kena tanggung serba serbi perbelanjaan dapur untuk kesemua yang balik beraya di kampung tu.
Pakat Adik Beradik
Benda ni adalah sesuatu yang susah nak kita cakap pada adik-beradik kita takut diorang terasa, takut jadi bermusuh, tapi kita tetap kena cakap.
“Abang, Kakak, Adik, tolong bagi sorang 100 atau 200 untuk beli ayam, daging, tulang, ikan, sayur dan kelengkapan-kelengkapan dapur dan raya yang lain-lain.”
Bayangkan 5 family, satu family 4 orang, dah hampir 20 orang satu rumah. Campur mak ayah kita, 22 orang. 22 orang sekali makan, bayangkan lauk banyak mana yang kita perlu beli, masak, dan hidangkan.
Modal tu, bukan biasa-biasa, banyak juga tu yang perlu dikeluarkan. Kerja pula biasa-biasa je, gaji tak besar mana. Abang, kakak, adik semua kerja hebat-hebat, balik naik Alphard, naik Honda, naik motor besar tapi nak keluar duit belanja dapur, beli barang raya…
KEMUT.
Kena Suarakan Minta Duit Perbelanjaan
Yang kerja biasa-biasa ini pula kena tanggung diorang. Maka daripada selalu makan hati ulam jantung, suarakan, PM sorang-sorang untuk minta duit barang. Jangan tanggung sorang-sorang.
Kalau awak tu dah berbelanja berhabisan sebab seronok rasa meriahnya duduk beramai-ramai ni, nanti tengah bulan diorang ada nak tanya awak, cukup duit ke tak untuk hidup? Tak, hadap la sorang-sorang… korek lah mana yang ada untuk hidup.
Banyak yang alami benda ni, balik beraya ramai-ramai, end up rasa terbeban sebab serba serbi kena keluar duit poket sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Demi mendapatkan wang dengan cara mudah, orang sanggup lakukan apa sahaja.Kisah lelaki menjual isteri mungkin biasa berlaku tetapi lain pula ceritanya apabila seorang wanita di Surabaya, Indonesia yang ditangkap polis kerana menjual suaminya di Facebook (FB) baru-baru ini.
Memetik laporan Tribun News,seorang wanita berusia 24 tahun ditahan di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia apabila didapati menjual suaminya bagi tujuan seks. Pasangan ini ditangkap polis negara itu di sebuah hotel ketika menunggu pelanggan yang dahagakan belaian si suami.
Laporan itu disahkan oleh jurucakap polis Surabaya, Rudi Setiawan yang mengatakan wanita yang berasal dari Jalan Tambak Wedi Baru Surabaya, Jawa Timur, itu sanggup mengiklankan ‘perkhidmatan’ suaminya melalui group ‘Fantasi Real of Pasutri’ di Facebook yang memiliki 11,000 orang ahli.
Wanita tersebut menawarkan suaminya untuk tujuan seks di laman sosial Facebook dengan harga Rp500,000 (RM147) kepada mana-mana lelaki yang berminat.
4 kali Jual Suami
Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut bukan sahaja menjual suami malah kadangkala tergamak melayan pelanggan bersama suaminya untuk aksi ranjang bertiga atau threesome. Menurut pengakuan wanita tersebut, dia sudah 4 kali sebelum ini menjual suaminya.
Ketika disoalsiasat polis, wanita itu mengakui melakukan kesalahan itu demi wang semata-mata.
Macam-macam hal yang berlaku didunia sekarang, kes isteri menjual suami mungkin antara kes terpencil yang berlaku namun ia tidak mustahil terjadi. Biarlah susah dan tiada duit macam mana pun, hakikat wanita yang sebenar memang tidak rela berkongsi!Baik dengan wanita lain apatah lagi LELAKI! isk!
Bila perasaan marah kuasai diri, macam-macam boleh jadi. Tetapi yang silapnya ada sesetengah orang suka marah tak bersemuka dan melepaskan amarahnya di tempat yang salah! Sengaja tulis di mesej di phone atau lagi teruk memuat naikkan kenyataan marah di laman sosial. Silap cara, ini bukan selesaikan masalah ya, tetapi boleh jadi keruhkan keadaan semakin buruk.
Bukan itu saja, ada 6 perkara buruk yang mungkin anda akan hadap disebabkan sikap suka menulis daripada terus memberitahu depan-depan. Jom semak!
1. Tak boleh teka reaksi sebenar
Kalau bergaduh menerusi mesej, anda tidak tahu reaksi mereka. Walaupun mesej anda tu bunyi macam tengah marah gila, entah-entah mereka anggap mesej tu macam biasa je.
2. Boleh jadi anda silap baca nada suara
Bila tengah marah memang tinggi suara je. Tapi kalau gaduh menerusi mesej, macam mana nak tahu orang tu tengah marah ke tak? Buat penat tangan je anda menaip dalam keadaan tengah marah.
3. Hati-hati, tak pelik kalau mesej tersebar di media sosial
Hati orang siapa yang tahu. Mana lah tahu jika anda bergaduh dengan pasangan anda dan mengeluarkan kata-kata kurang enak, lepas tu tersebar di media sosial. Tak ke malu!
4. Salah faham cara maksud sebenar mesej
Bila tengah marah, kadang-kadang kita tak faham maksud sebenar mesej tersebut. Lagi parah jika anda menyalah erti maksud mesej tersebut dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.
5. Tak tahu situasi sebenar
Ketika anda meluahkan rasa marah menerusi mesej, anda tidak tahu apa yang si dia sedang lakukan. Kadang-kadang mesej anda tidak akan dilayan mungkin kerana si dia sedang sibuk. Jadi, sia-sia je la anda hantar berpuluh-puluh mesej.
6. Pergaduhan anda tak akan selesai
Bagi pasangan yang selalu bergaduh menerusi mesej, mesti setuju dengan kenyataan ini. Bila bergaduh menerusi mesej, rasa marah tu tak boleh di kawal. Mesti akan keep on hantar mesej untuk serang balas. Memang tak akan habis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...