Hajah Nelydia bersyukur jadi tetamu Allah. Begitulah yang diluahkan oleh pelakon jelita yang baru saja pulang mengerjakan ibadah haji.
Ternyata peluang menunaikan ibadah haji bersama suami bulan lalu merupakan satu keindahan yang sukar dilafazkan.
Hajah Nelydia Bersyukur Jadi Tetamu Allah
Nelydia Senrose bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid bersyukur dijemput Yang Maha Esa untuk menunaikan ibadat haji, biarpun pada mulanya tidak pasti sama ada berpeluang melakukannya.
Sebelum ini Nelydia sudah empat kali mengerjakan umrah. Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, Nelydia menjelaskan banyak perkara baru yang dipelajari.
“Segala-galanya dipermudahkan. Pengalaman, layanan dan semua yang lain, baik-baik sahaja. Saya berdoa agar mereka yang berniat menunaikan haji, dipermudahkan urusan itu.
“Sebaik selesai mengerjakan haji, saya rasa lega. Orang selalu cakap, buat haji ini kita betul-betul berjihad ke jalan Allah. Tidak tahu apa jadi, hanya berserah.
Ads
“Makkah dan Arafah bumi barakah. Saya banyak belajar perkara baharu dan berkenalan dengan insan lain. Ketepi segala kuasa pemilikan tanpa kasta atau pangkat. Niat pergi ke sana kerana Allah, Berserah,”
Malah Nelydia juga menganggap pengalaman di Tanah Suci mengundang hikmah tersendiri.
“Hingga saya beritahu suami, kalau diizinkan, hendak pergi tunaikan haji setiap tahun,” sambungnya.
Berehat Seketika Aktiviti Seni
Selepas pulang dari Mekah Nelydia memilih untuk berehat seketika sebelum kembali aktif di pentas seni.
“Saya mahu nikmati momen selepas pulang dari Tanah Suci ini dengan tenang dan membiasakan diri dengan perubahan ini,” ungkap Nelydia.
Terduduk & Menangis Kesyukuran
Bercerita kisah pengalamannya sebelum menunaikan Haji 3 Julai lalu.
Ads
“Sepanjang tempoh itu, saya kerap bertanya apa status permohonan kami untuk menunaikan haji. Kami sangat berharap dapat melakukan ibadat ini bersama.
“Hari demi hari, sehinggalah 1 Julai lalu, masih belum ada berita baik untuk kami… Gementar jadinya. Ketika itu, macam-macam rasa. Kalau belum ada rezeki, kami kena reda,” tambahnya tanpa diduga, pada awal pagi 2 Julai lalu ketika hampir hendak melelapkan mata, dirinya dan suami mendapat pengesahan mereka akan berangkat ke Tanah Suci apabila visa diluluskan.
“Kami terduduk dan menangis penuh kesyukuran dengan berita gembira itu. Sepantas kilat, saya dan suami sujud syukur dengan kesempatan serta rezeki terindah itu,” ujarnya.
Saat pelakon Datuk Fizz Fairuz teruja berkongsi rasa gembira yang dirinya bakal menimang cahaya mata ke-empat, namun kebahagiaan itu diragut apabila isterinya, Almy Nadia keguguran.
Sebelum ini Fizz berkongsi rasa teruja jika kali ini Allah kurniakan dia anak lelaki sementelah telah memiliki tiga anak perempuan. Ternyata, Allah lebih sayangkan bayi yang dikandung isterinya, Almy. Biar pun sedih, Fizz redha jika ini ketentuan-Nya.
AL-FATIHAH… Terima kasih Allah bagi kami 14 minggu bersama baby ke-4 saya dan @almynadiaofficial .. Allah lebih sayangkan kamu anak ku…
Papa redha… Papa tak nak nangis, sebab papa kuat… Amin… Semoga Allah jaga kamu ye anak ku… Al-fatihah…
Ketika Fizz berkongsi berita duka ini, ramai peminat dan rakan artis mengirimkan ucapan takziah buat pasangan ini. Bukan mudah kehilangan bayi yang meninggal dalam kandungan.
Sebelum ini, Fizz berkongsi perasaan terharu pabila isterinya disahkan mengandung. Sumber: Instagram.
Pasangan ini sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Ayra, 2, selain anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11. Fizz dan Almy Nadia telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
MW: Semoga Fizz dan Almy Nadia kuat menerima ujian ini. Tentu ada hikmah di sebalik segala yang berlaku, insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Yang suka masak, pasti suka dengan cara masakan atau petua yang mudahkan kerja mereka di dapur. Kali ini anda boleh cuba sediakan minyak bawang putih, perkongsian dari Puan Tinie Razak…
Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah.
So, sesiapa yang sejenis dengan saya, bolehlah cuba buat!
Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau!
Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara dia mudah je,
1. Bawang putih kopek, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu (jangan sampai lumat lunyai)
2. Lepas itu rendam dalam minyak
3. Masuk dalam kuali, goreng api perlahan, dah nak garing sikit, tutup api, sebab dia akan garing sendiri dalam minyak yang masih panas tu.
4. Dah sejuk, masuk bekas kedap udara, simpan suhu bilik.
Bila-bila masa boleh guna.
P/S: Jaga api ya, jangan sampai hangus, nanti pahit memang dah tak boleh buat apa la. Kalau tak sure, boleh je goreng sampai garing. Lepas itu toskan, nanti dah sejuk kedua-duanya, satukan balik dalam bekas dan simpan. Jangan risau, bawang goreng tu tetap akan kekal garing selama mana dia masih dalam minyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Walau gatal macam mana sekalipun telinga tu jangan sesekali dikorek. Baik guna jari apatah lagi cotton bud. Hakak pun pernah dua kali lalui pengalaman kena cuci telinga sebab kulat masuk telinga. Masa masuk ubat itu, rasa meruap-ruap telinga macam lahar gunung berapi tu.
Bila baca posting Puan Farihah Zulkifle ini lagi rasa dekat di hati. Sebabnya dah lalui pengalaman yang sama. Serik dah! Memang tip yang dikongsikan, wajib diikut terutama bab ‘buat-buat lupa telinga gatal tu’.
Gegendang Macam Orang Hentak, Picit Kemudian Baling
Maaflah jika gambar ini memualkan. U all boleh share post ini kat “geng korek telinga hari-hari”
Dipendekkan cerita, selepas hampir 4 minggu sakit telinga, ulang alik ke klinik biasa, dan setiap minggu on antibiotik baru tapi keadaan masih sama, akhirnya saya decide untuk refer pakar ENT di Klang.
Masa perjumpaan tu, doktor tu tak ada tanya banyak. Dia tanya kenapa je. Saya cite bla bla bla.. dia dengar pastu terus suruh baring. Takda cakap apa-apa. Takda warning apa-apa. Bermulalah azab saya. Dia cuci yang kiri dulu. Masa tu dah menggelupur dah. Dia sedut, sembur ubat. Rasa ngilu semua ada. Tapi masih boleh tahan lagi. Sekejap je. Tak sampai 3 minit pun.
Kemudian telinga kanan pula. Saya sempat bertanya. “Tengah sakit ni, macam mana ni doktor?”. Doktor tu hanya cakap “relax”. Dia masukkan apa taktau la tapi telinga rasa terbuka dan perit. Pastu bunyi macam drill.
Masa ni bukan sakit sebab dia sedut & sembur sahaja tapi sakit sebab bunyi yang terlalu bising dan dekat dengan gegendang kita. 10 minit Non stop! Masa tu dah gugur air mata pahlawan ni. Ada one part tiba-tiba senyap ingatkan dah habis.
Rupanya dia masuk lagi dalam kemudian mencari-cari & tarik sesuatu ( lihat gambar di atas). Masa ni sakit dia tak tahu nak cakap macam mana. Macam gegendang kita ni orang hentak, picit kemudian baling.
Sempat juga saya berfikir dalam hati. Adakah nyawa aku sampai sini saja? Teringat pula azab-azab kubur. Dosa pahala. Tak pergi haji lagi oi. Sempat juga fikir siapa nak tolong laki aku jual Kurus Konjac? No acc aku pun dia tak tahu. Dan tengah sakit-sakit tu ada terlintas juga, dia ni doktor betul ke eh. Main tonyoh je telinga aku. Dan siap plan nak saman kalau tetibe jadi pekak ke..
Sorry Doc! Lebih kurang 10 minit yang azab akhirnya selesailah rawatan untuk telinga kanan. Masa habis tu, sakit tidak tamat di situ. Sakit berlarutan hingga ke tekak dan hampir tak boleh nak buka mulut. Hanya mampu menangis saja. Balik rumah , makan pain killer kemudian tidur.
Hasil Diagnosis Kes
1. Telinga saya kedua-duanya luka disebabkan setiap hari gunakan cotton bud. Saya memang tak boleh tinggal. Jadi ketagih sebab telinga sensitif bila basah. Jadi dalam sehari hampir 6-8 batang cotton bud saya guna untuk telinga. Bukan itu sahaja, bila telinga gatal saya sewenang-wenangnya masukkan jari untuk hilangkan rasa gatal.
2. Baru tahu rupanya gegendang saya berlubang since baby lagi dan bila ada lubang ni lagi cepatlah kuman merebak jika telinga tak dijaga dengan betul lagi-lagi jika terkena air. Dan doktor advice untuk proceed operation tutup lubang selepas antibiotik habis. Kalau tak benda ni akan jadi lagi.
Nasihat Daripada Doc Yang Rawat Saya
1. STOP guna cotton bud! Cotton bud akan menyebabkan tahi telinga makin ke dalam dan akan mencederakan gegendang telinga. Jika nak bersihkan telinga ada cecairnya tersendiri, guna cotton ball dan cuci di bahagian luar sahaja atau senang cerita pergi cuci sahaja dengan mereka. Dan actually tahi telinga kita tu bagus sebagai perlindungan, pelembap dan penghalang binatang masuk.
2. Jangan suka-suka guna jari masuk dalam telinga. Kita tak tahu kuman apa yang jari kita bawa.
3. Bila sakit telinga terus ke pakar ENT dan bukan ke klinik biasa.
4. Jangan bertangguh!
Nota
* Ya saya tahu ketagihan korek telinga ni susah nak tinggal tapi percayalah bila dah rasa macam mana sakitnya masa rawatan, u all akan sanggup tinggalkan habit tu. Buktinya? Dah 3 hari saya tidak korek telinga, saya masih OK. Kalau telinga gatal, saya buat-buat fikir benda lain.
* Yang tanya pasal kos, total dalam RM 380. Nak pergi hospital kerajaan boleh tapi bila dah sakit kau tak sanggup tunggu dah.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...