September ini anak-anak darjah enam akan menduduki peperiksaan UPSR. Debaran bukan saja dirasai anak-anak, malah mak ayah pun seram sama. Lagi-lagi bila anak-anak tak dapat nak hadam menjawab soalan Matematik UPSR.
Iya, untuk anak-anak yang dapat markah A, B malah C tentu cara mengajarnya berbeza. Pemahaman dan penerimaan mereka juga tak sama.
Jadi mak ayah, selain bantuan guru.. ini usaha yang mak ayah boleh bantu anak-anak selagi ada masa. Kalau tak mula sekarang bila lagi..
Bismillah…
Malam ni nak share sikit soalan Matematik untuk persediaan pelajar UPSR 2019
AWAS! Soalan ni hanya untuk pelajar yang masih dapat D dan E, tak sesuai untuk pelajar yang dah dapat A, B dan C.
Soalan ni adalah Soalan Asas bagi 10 Topik Utama Matematik UPSR, berikut adalah topik-topik penting yang harus anak kuasai yang ada dalam soalan-soalan ni:
+ Asas Matematik
+ Asas Operasi
+ Pecahan
+ Perpuluhan
+ Peratus
+ Wang
+ Masa dan Waktu
+ Panjang
+ Jisim
+ Isipadu Cecair
Oh ya..ni soalan set 1, tahap paling asas dan agak mudah, nanti latihan set 2 akan menyusul dengan tahap lebih sukar sikit (masih dalam pembikinan).
Cara nak guna soalan ni:
1) Buat 10 kali (soalan yang sama/tukar angka sahaja ) 2) Buat setiap hari (tengok progress anak/pelajar dari hari ke hari) 3) Buat secara Lisan dan Bertulis
Ads
lnsyaAllah mampu membantu anak/pelajar untuk lulus dalam UPSR nanti.
Semoga bermanfaat
Menjaga kebersihan dan kekemasan rumah bukan hanya menjadi tanggungjawab ‘orang perempuan’ sahaja. Kaum lelaki juga patut dilatih sejak dari kecil tentang tugas ini. Di sinilah terletaknya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Didikan tentang kebersihan, kekemasan rumah dan melakukan kerja-kerja rumah wajib diajar sejak anak-anak masih kecil lagi. Mulakan dengan tugas yang ringan. Berikan ‘task’ mengikut usia dan kemampuan si anak.
Ibu Bapa, Didiklah Anak Lelaki Jaga Kebersihan & Kekemasan Rumah
Ketahuilah bahawa kesilapan ibu bapa ‘merajakan’ anak lelaki dan ‘menghambakan’ anak perempuan akan meninggalkan kesan sehingga mereka dewasa. Anak lelaki akan terus selesa ‘dirajakan’ sehinggalah mereka berkahwin sehingga menyusahkan isteri. Manakala bagi anak perempuan mereka akan rasa terus terbeban dengan tanggungjawab yang dipikul sejak dari kecil lagi.
Kita masih tebal sungguh budaya patriaki. Bukan wanita saja yang mesti belajar menjaga kebersihan. Lelaki juga wajib. Tanpa pengecualian. Menyampah betul, setakat nakkan secawan kopi pun, dipanggil isteri untuk membuatnya sedangkan isteri tu dah tak menang tangan dan tak cukup kaki terlalu sibuk dengan segala benda nak dibuat dalam rumah.
Kalau dah begitu malasnya, jangan mimpi lah nak dibasuh sendiri pinggan yang dia gunakan. Menyental sinki, jauh panggang dari api. Sebab tu, saya mendidik anak-anak saya, kedua-duanya untuk mengemas. Thorique tak terkecuali. Saya membebel kalau sinki dia tak bersihkan.
Ini Bukan Tanggungjawab Anak Perempuan Sahaja
Sekarang ni, dengan kakak dia dah menetap sementara di rumah adik saya, maka Thorique lah yang tak ada peluang pun nak mengelat, untuk pastikan rumah tak bersepah.
Saya ni penggeli kalau sinki berkeladak dan di paip air berdaki. Cecair sabun basuh pinggan pun saya letakkan dalam botol elok dan bukannya dalam mangkuk bercampur air. Sabun jenis keras dalam bekas memang saya takkan gunakan terutama kalau ada sisa dalamnya. Gelinya sampai ke tekak.
Lantai dapur pun saya pantang kalau berminyak. Tapak kaki saya ni sensitif betul dengan keadaan permukaan lantai. Benda yang sama saya ajarkan pada anak-anak. Tolong lah jangan jadi pemalas.
Tanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan rumah dengan teratur bukan semata pada wanita. Budaya membibikkan isteri mesti dihentikan. Semua orang dalam rumah tu kena mengambil bahagian masing-masing. Kalau 4 orang yang menjadi penghuni rumah, mengapa kerjanya hanya pada seorang? Habis tu yang lain, menjadi bos?
Waima isteri tu suri rumah, tak hilang lah status suami kalau ringankan tulang membantu isteri dan anak-anak bila dah pulang ke rumah dari bekerja. Sebab perasan boslah, walaupun di tempat kerja hanya kuli, satu benda apa pun tak dibuat di rumah. Banyak cantik.
Kalau dua-dua mencari rezeki, maka sama-sama kena lakukan kerja rumah. Bahagikan. Dan tak payah dok berkira. Rumah sendiri kan? Kecuali lah kalau memang jenis tak kisah pun rumah macam tongkang pecah.
Pembantu rumah pun zaman sekarang bergaji paling kurang RM1500 kalau anak-anak kecil 3 orang. Tapi suami hampeh, dah lah poket tak berapa nak tebal, kepingin lagi nak berlagak seperti raja.
Kalau lelaki pun boleh memilih kriteria wanita yang dia mahukan, wanita pun sama. Kami pun tak teringin lelaki yang pengotor.
Kesimpulannya kita sebagai ibu bapa, didiklah anak-anak dengan sama rata. Anak lelaki tidak akan menjadi ‘pondan’ hanya kerana dilatih membuat kerja-kerja. Sebaliknya dia akan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.
Soal anak, jodoh, berat badan adalah antara perkara sensitif untuk dijadikan bahan gurauan mahupun topik bersembang. Dalam meraikan Aidilfitri ketika ditebak dengan soalan-soalan ini oleh makcik-makcik bawang, memang boleh hilangkan mood untuk terus beraya.
Baru-baru ini, pelakon Siti Elizad ada meluahkan perasaan berang dan terkilan didalam ig story dan twitternya dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata kepadanya ketika sedang sibuk meraikan Aidilfitri. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, menyifatkan soalan-soalan yang diajukan tersebut sebagai sensitif dan tidak menghormati perasaan orang lain.
“Kepada makcik-makcik bawang, yang kepochi (kepoh) masa beraya, ini aku nak cakap sikit bagi lekat dekat kepala. Soalan di hari raya, bila nak ada anak? Bila nak buat anak? Tak ikhtiar ke? Cara tak betul ke?
“Mari sini aku nak cakap aku ni manusia biasa, jadi tiada jawapan untuk semua itu,” tulisnya di Twitter dan Instagram miliknya pada Selasa.
Elizad telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015. Lebih jengkel lagi kata Elizad, pertanyaan tersebut diikuti dengan tindakan memegang dan mengusap perutnya. Pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, pertanyaan tersebut juga menjejaskan emosinya untuk beraya.
“Sekarang aku faham macam mana budak-budak bujang yang belum ada jodoh, kau sibuk tanya bila nak kahwin? Aku yang sudah kahwin belum ada anak orang sibuk tanya bila nak ada anak?
“Pegang-pegang perut aku sambil cakap belum ada isi ke dalam? Menunjukkan betapa ceteknya didikan kau, kau rasa seronok ke melawak tentang benda tu semua?” ujarnya.
Elizad mengingatkan agar orang ramai tidak lagi bertanya tentang itu kerana ia bukanlah satu gurauan. Tambahnya, sebagai seorang manusia biasa, dia sendiri tidak mengetahui rezeki dan jalan hidup yang sudah disusun untuknya.Malah, dia juga mempunyai harapan untuk dikurniakan cahaya mata seperti mana pasangan suami isteri lain.
“Berhenti bertanya soalan begitu. Kalau tiada soalan nak tanya atau tidak reti bergurau lebih baik diam.
“Belajarlah menghormati perasaan orang sebab itu aku ni jenis tidak lama beraya dekat rumah orang,” katanya.
Ada benarnya apa yang diluahkan oleh Siti Elizad ni. Tak perlulah bergurau atau tanya isu-isu sensitif musim-musim raya ni. Daripada elok nak merapatkan hubungan silahturahim jadi sebaliknya pula, bermasam muka dan berkecil hati.Doakan je yang baik-baik. Semoga Siti Elizad banyakkan bersabar dan dimurahkan rezeki dengan anak satu hari nanti.
Dilema juga nak meilih beg sekolah anak-anak ni ya. Tambah pula kalau anak nak masuk darjah 1. Boleh letih pusing kedai nak mencari yang sesuai untuk anak.
Biarpun mak ayah mampu beli beg sekolah mahal dan jenis ikut trend, tapi adakah beg sekolah itu sesuai untuk anak?
Sudah lah buku banyak, nak kena usung setiap hari pula. Jadi beg sekolah macam mana yang sesuai? Nak beli beg sandang ke beg trolley? Nak beli beg sekolah yang mahal ke yang murah? Dan jenama apa yang elok? Haaa… nampak tak apa masalah mak-mak yang anaknya baru nak masuk sekolah.
Kalau beli yang kecil, risau buku tak muat nak masuk dalam beg. Tapi kalau terpilih yang besar sangat, kasihan pula si anak nak pikul beg.
Anak seorang bolehlah beli satu yang mahal, tetapi kalau dah anak ramai, macam mana pula ya?
Pilih Beg Sekolah Anak
1. Sokongan pada badan
Mak-mak kena tahu, kalau beli beg yang tidak berkualiti, ini tak akan memberi sokongan yang cukup dan boleh memberi kesan kepada tulang belakang anak apabila digunakan dalam jangka masa panjang.
Jadi untuk beg sekolah anak, eloklah keluarkan modal lebih sikit. Lebih baik beli beg sekolah yang berkualiti dan boleh tahan lama, daripada beli yang murah tapi guna beberapa bulan je dah rosak!
Lagipun, elok cari beg yang ‘kukuh’ sebab anak nak usung setiap hari kan, boleh ada kesan kat postur badan diorang juga terutama sekali kalau beli beg sandang.
Jangan sebab mak ayah nak jimat, anak yang merana. Beli yang harganya murah OK kalau jenis berkualiti. Tak ada lah guna kejap, zip dah rosak!
2. Cari yang ringan
Kalau boleh, pilih lah beg yang ringan dan dari kanvas. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), berat beg tidak seharusnya melebihi 10-15 peratus daripada berat badan kanak-kanak yang membawanya.
3. Tali bahu ada span
Kalau ada’padding’ sebagai perlindungan bahu apabila menggalas beg, otot kanak-kanak tak akan tegang sehingga mengakibatkan badan berasa lenguh.
4. Ada tali dada dan pinggang
Pastikan ada tali di pinggang supaya beg yang dipikul berada dekat dengan badan. Ini memastikan beratnya seolah-olah seperti berat badan kanak-kanak itu sendiri dan bukan berat yang berlebihan.
4. Biar sesuai dengan ketinggian anak
Memang kena cari yang besar, tetapi janganlah sampai beg itu besar sampai ke lutut. Cari beg yang sepadan dengan saiz badan kanak-kanak berupaya membahagikan beratnya sebaik mungkin sekali gus baik untuk peredaran darah.
Rupanya tak mudah nak beli beg sekolah anak ya. Hah, jangan beli saat akhir ya, nanti lagi haru jadinya. Moga mak-mak boleh buat keputusan terbaik untuk memilih beg sekolah anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!