Bukan janaan AI, bukan di lokasi lain. Inilah realiti di SMK Bandar Utama Damansara 4, sekolah yang menjadi perhatian selepas kejadian menyayat hati baru-baru ini. Dalam usaha memastikan kejadian sama tidak berulang, pihak sekolah kini mengambil langkah proaktif dengan menggunakan metal detector serta melakukan saringan keselamatan kepada setiap pelajar sebaik tiba di sekolah.
Langkah ini diambil bagi mengesan sebarang bahan terlarang yang mungkin dibawa oleh pelajar seperti senjata tajam, telefon bimbit atau vape. Ia juga sebahagian daripada usaha membentuk suasana sekolah yang lebih selamat dan terkawal.
Justeru, ibu bapa dinasihatkan supaya mengingatkan anak-anak agar tidak membawa sebarang barangan yang dilarang ke sekolah. “Kantoi begitu sahaja nanti,” kata seorang ibu yang berkongsi tentang inisiatif ini di media sosial.
Menurutnya, “Make school a safe place again. It’s a process, semua pihak kena mainkan peranan.” Beliau menyeru supaya usaha ini tidak diletakkan sepenuhnya di bahu pihak sekolah semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama daripada ibu bapa dan masyarakat.
Katanya lagi, “Mak ayah di rumah selalu kita pesan ke anak-anak, selalu bersembang dan ambil berat bertanya apa yang mereka lalui hari ke hari di sekolah. They need our attention on this phase of life.”
Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya kembali hidup dalam suasana harmoni dan saling mengenali seperti zaman dahulu.
“Berkenal-kenalan. Create a bonding. Just like our old days. Mak ayah kita kenal kawan-kawan kita, mak ayah deme pun kenal kita. Terlalu lama kita tidak hidup bermasyarakat, lebih-lebih lagi warga kota. Kita harmonikan kembali.”
Nasihatnya lagi, ibu bapa perlu selalu mengingatkan anak-anak untuk sentiasa menjadi insan yang baik dan berilmu.
“Remind ke anak-anak to always be a good fella. Baik dan berilmu. Ia mesti seiring sejalan. Together we build a better nation, in sha Allah.”
Sebagai tambahan, beliau menjelaskan bahawa penggunaan metal detector bukanlah sesuatu yang baharu. Ia sebenarnya telah digunapakai di beberapa sekolah sekitar Lembah Klang sejak tahun lalu bagi tujuan menyaring pelajar yang membawa vape atau telefon bimbit ke sekolah. Perkara ini turut disahkan sendiri oleh anaknya yang bersekolah di kawasan tersebut.
Langkah ini diharap dapat menjadi permulaan kepada budaya keselamatan baharu di sekolah, di mana setiap pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti memainkan peranan dalam memastikan anak-anak belajar dalam persekitaran yang selamat dan harmoni.
Sumber: Sharil Azri
Artikel lain: Tragedi Pembunuhan Pelajar Bandar Utama: Ibu Dedah Anak Ditikam 200 Kali
Nota Terakhir Suspek Tikam: “Dunia Ini Palsu, Saya Sudah Menang…”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE