Bagi peminat makanan Korea boleh cuba buat sendiri Gejang (게장) makanan Mukbang Viral yang cukup popular di sana. Memang unik apabila makanan laut seperti ketam bertelur juga boleh dijerukkan dimakan mentah, namun rasanya tetap sedap dan tak hanyir.
Ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Fienaz Shafieini sebagai panduan;
Gejang (게장) makanan mukbang viral korea. Jeruk Ketam bertelur Mentah. Sedap tak hanyir. Perap 2 hari dalam peti sejuk bahagian biasa baru makan .
*RESEPI ni saya olah sedikit dari resepi asal Korea supaya kena dengan tekak Melayu kita. Saya tuang kuah soy sauce tu masa panas-panas so ketam ni akan jadi 1/2 cook. Bakteria dah mati ye sebab dalam perapan tu ada acidity itu yang punca ‘masak’ ketam tu secara perapan plus akak tuang sos tu panas-panas dekat situ pon dah masakkan ketam tue. SELAMAT MENCUBA.
Bahan Sos:
200ml Soy Sauce
Air
4sb Cuka
1sb Garam
1/2 cawan Gula
Minyak bijan
Bawang holland
Halia
Bawang putih
Cili kering
Daun bawang
1/2 biji epal
Cara Membuat:
1. Bersihkan ketam, buang cengkerang dan kakinya. Rendam dalam air soda dan sedikit garam.
2. Kemudian potong bawang holland, sedikit halia dan daun bawang (ambil bahagian batang putih).
3.Selepas itu, masukkan air ke dalam periuk dan masukkan sos soya.
Ads
4.Masukkan garam, gula, minyak bijan dan cuka.
5.Masukkan pula bahan-bahan lain iaitu cili kering, daun bawang, halia, epal merah dan bawang putih.Masak sehingga pekat.
6.Susun ketam dalam bekas, masukkan kuah tadi panas-panas.
7. Taburkan dengan hirisan cili padi dan bawang putih,serta bijan.
Ads
8. Simpan dalam peti sejuk, biarkan selama 2 hari dah boleh makan.
Mingguan Wanita:Jadi buat yang nak rasa makanan Mukbang Viral Korea, jeruk ketam bertelur mentah, yang sedap dan tak hanyir ni boleh cuba buat sendiri resipi Gejang (게장) yang dikongsikan. Memang mudah!
Hari raya juga merupakan hari meraikan tetamu datang ke rumah. Selain hidangan berat seperti mee goreng, nasi boleh juga sediakan pencuci mulut yang sedap dan mudah disediakan buat mereka.Mak mak boleh cuba resipi Tiramisu Teh Tarik yang dikongsikan oleh AJ Idrisini. Cukup senang dan cepat dibuat, 10 minit dah siap.
Berikut perkongsian tersebut;
Musim raya ni, kalau tetamu datang mengejut bolehlah cuba buat Tiramisu Teh Tarik sebagai hidangan penyelamat.
Selalu tiramisu dengan kopi, kan?
Meh cuba Tiramisu Teh Tarik ni pulak. Sedap dan buat pun senang sangat ni. Buat sambil pejam mata je tak sampai 10 minit.
Bahan-Bahan:
Teh tarik secawan
Satu setengah peket biskut lady finger
Setengah cawan cream cheese*
Suku cawan gula ising*
Suku cawan susu tepung*
Campur semua bahan bertanda * dalam mangkuk, gaul sebati. Tak yah mixer, saya gaul dengan sudu je.
Cara Membuat:
1.Celupkan biskut dalam teh tarik, kemudian susun biskut dalam bekas.(Jangan celup lama sangat nanti lembik).
2.Lapiskan bahagian atas biskut dengan campuran cream cheese tadi.
3.Ulang step sampai lapisan ketiga. Pada lapisan terakhir ni, lapiskan campuran keju tadi dengan banyak.
4.Lepas tu terpulang nak hias dengan apa pun. Saya taburkan serbuk coklat je.
5.Simpan dalam fridge paling kurang setengah jam kalau boleh.
Saya tak boleh, tak menyempat.
Selamat dah.
Senang, kan?
Selamat mencuba.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mudah je nak sediakan pencuci mulut ni, bahan-bahan pun tak banyak. Sesuai disediakan buat tetamu yang datang, dan paling penting sedap.
Kata selebriti chef terkenal, Abang Brian ramai followernya yang minta dia kongsikan resepi western ini. Dan inilah cara mudah masak aglio olio gerenti jadi.
Yang pasti, bahan-bahan yang digunakan pun mudah nak dijumpai di pasaraya. Tengok pada resepinya ini memang mudah lah masak. Bolehlah buatkan untuk anak-anak dan suami waktu PKP nanti.
“Asyik mintak resipi western mudah kannnn… ni kite payungkan resipi yang dikongsikan semalam di #seleraAbangBrian”
Abang Brian juga mengajar masakan secara live di facebooknya pada setiap hari Selasa hingga Jumaat pada jam 9 malam dan 11 pagi pada hari Ahad. Mak-mak yang nak belajar bolehlah dapatkan ilmu dari Abang Brian ya.
Cara Sediakan Aglio Olia Malaysiana Dan Kupang
Bahan-banan :
400g Spaghetti yang telah dicelur
1/3 cawan minyak zaitun
150g kupang
8 ulas bawang putih, dicincang
1 cili api, dibelah
Daun kari
1/2 sudu kecil cili flakes
1/2 cawan pasli, dicincang
1 cawan keju parmesan parut
Garam dan lada hitam
Cara membuat :
1. Dalam kuali, panaskan minyak dengan kupang. Bila kupang cukup masak keluarkan dan tumiskan bawang putih dan cili flakes dengan minyak zaitun.
2. Gaulkan masuk spaghetti, daun pasli, kupang dan juga keju parmesan.
3. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
MW : Mudah kan, masakan western ini memang tak perlu berlama-lama di dapur pun. Untuk mak yang tak punya masa, ini sejenis penyediaan makanan keluarga yang mudah.
Roti gulung sardin celup tepung memang sedap dan mudah disediakan. Baik untuk menu sarapan pagi mahupun untuk minum petang. Namun selalunya jika tak tahu cara betul goreng roti gulung sardin ni, ia akan serap minyak dan jadi lembik.
Puan Siti Noor Hidayah Samah ada kongsikan resipi dan caranya agar roti gulung sardin tak serap minyak.
ROTI GULUNG SARDIN INTI SARDIN
1 tin sardin (Saya ambik isi ikan je tak ambik sosnya pastu hancur-hancurkan ikan)
1 biji bawang besar (Cincang halus)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar mayonis
Garam
Gula
Cara Membuat:
1. Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau sekejap.
3. Masukkan ikan sardin dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam & gula.
5. Masak hingga sedikit kering.
6. Tutup api dapur & masukkan mayonis. Kacau rata.
7. Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas-kemas. Ketepikan.
BANCUHAN TEPUNG
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1/4 cawan tepung Bestari original (Kalau suka pedas guna yang spicy)
2 sudu besar marjerin
2¼ cawan air
Cara Membuat:
*Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
*Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.
Tip Ekstra!
Tips tak nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali masa goreng. Cukup sekali balik je.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Dapat SPM 8A tapi tak dapat tawaran masuk u, cikgu kongsi kesilapan pelajar drop subjek pakej.
Belajar bertahun-tahun untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Tapi...