Tragedi seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun, mati dilanggar kenderaan dalam kejadian di Kilometer 80 JRTB Gerik-Jeli di sini, awal pagi kelmarin memberi kesan yang mendalam di kalangan wanita bergelar ibu.
Kisah tragis yang berlaku tatkala kaum ibu diraikan dek sambutan Hari Ibu, ia mengajar kita bahawa naluri keibuan dan kasih sayang bukan hanya dimiliki oleh manusia, bahkan turut dirasai oleh haiwan, walaupun tanpa suara.
Mana tidaknya, tular di media sosial video yang dimuat naik ke media sosial oleh saksi kejadian menunjukkan ibu gajah setia menanti, dengan meletakkan kepala di lori berkenaan seakan tidak dapat menerima kenyataan pahit akan kehilangan anaknya itu.
Ibu Gajah Menangis Sepanjang Anak Bawah Lori
“Saya boleh dengar sang ibu (gajah) menangis sambil menolak lori untuk cuba keluarkan anaknya.” Itu merupakan luahan seorang lelaki yang berada di lokasi kejadian melibatkan sebuah lori dipercayai melanggar mati anak gajah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak baru-baru ini.
Memetik laporan Kosmo, Amir Faizal menerusi siaran langsung di Facebook berkata, sewaktu terlibat dalam rondaan memantau keselamatan, dia mendengar secara jelas tangisan ibu mamalia tersebut yang bersedih dengan kejadian yang menimpa anaknya.
Ads
“Ibu gajah tersebut turut mengeluarkan satu bunyi kuat ketika cuba menarik anaknya keluar daripada kepala lori ketika enjin masih hidup.
Perkongsian Amir Faizal yang turut berada di lokasi kejadian begitu menyentuh hati apatah lagi melihat keadaan ibu gajah yang tidak berganjak dari tepi lori tersebut.
“Malangnya, ia (ibu gajah) tidak mampu menolak lori tersebut dan akhirnya menyerah sebelum pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tiba,” katanya.
Selain itu, menerusi ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa hiba dan terharu dengan usaha gajah betina tersebut untuk menyelamatkan anak jantannya.
Menurutnya lagi, bahagian hadapan lori itu turut rosak akibat usaha ibu gajah yang mahu menyelamatkan anaknya.
Menurut Mohd Amir, pada awalnya gajah berkenaan menunjukkan tindak balas agak agresif, namun akhirnya berjaya ditenteramkan selepas diberikan ubat pelali.
Untuk info, pada Ahad, dilaporkan seekor anak gajah jantan berusia kira-kira lima tahun mati selepas digilis sebuah lori di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Perak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak kita dulu, kalau ada anak lelaki main ‘rumah-rumah – anak patung’ memang dah lama kena jerkah. Main masak-masak pun satu kepantangan. Anak lelaki kena lasak. Tak boleh main lembut-lembut ini. Walhal, anak lelakilah dari kecil lagi dah kena ajar masuk dapur, kenal barang dapur, tahu nama-nama herba yang mak-mak guna dalam masakan harian. Uii.. penting tu!
Baik lelaki atau perempuan, dua-dua sebenarnya boleh bermain apa saja permainan. Salah satunya dollhouse inilah. Ibu bernama Amira Omar ini menunjukkan panduan pembuatan sebuah mini dollhouse. Dollhouse ini dihasilkan untuk anak-anaknya, Imani dan Ziyyad. Akuinya, proses yang menghasilkan permainan ini telah melalui 3 kali fasa pembuatan.
“Alhamdulillah, dollhouse yang simple ni khas untuk anak-anak ibu tersayang. Seronok lihat Imani dan Ziyyad gembira bermain dengan dollhouse. Ibu kongsikan sedikit kelebihan bermain ‘dollhouse’ ye. Lagi satu, Dollhouse ni boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan juga perempuan. Jangan anggap anak lelaki tak sesuai main dollhouse.”
– Dapat melatih kemahiran berkomunikasi anak-anak.
– Meningkatkan kemahiran untuk berkongsi, menyelesaikan masalah, berunding serta menangani emosi.
– Bila kita ada lebih dari seorang anak, galakkan mereka main bersama, dengan cara ini dapat tingkatkan kemahiran sosial mereka.
2. Membantu Perkembangan Bahasa
– Penggunaan perkataan secara berulang-ulang dapat tingkatkan tahap keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain.
– Mereka akan semakin berani, yakin diri, kurang rasa malu untuk memulakan langkah berbual dengan rakan lain.
3. Menjana Imaginasi Dan Kreativiti
– Kreatif mencipta watak yang pelbagai.
– Kreatif mencipta ‘storylines’ mereka sendiri.
4. Hiburan Yang Aktif
– Otak kanak-kanak sebenarnya bergerak sangat aktif semasa bermain dollhouse. Ini kerana mereka sibuk mencipta cerita, menyusun patung, serta mencari perkataan yang ingin diucap bersesuaian dengan setiap watak yang dilakonkan.
Menarik sangat kan. Apa tunggu lagi jom main ‘dollhouse’
Sebelum Itu, Belajar Bina Dollhouse Sendiri
Ibu buat buaian guna dawai, Agak susah untuk buat dia berayun. Kalau buat yang statik senang, tapi macam tak berapa best pula. Dah namanya buaian, perlulah bergerak, ye tak. Jadi, buaian ni boleh berayun. Yay! Batang aiskrim tu ibu tempat berjalan, hanya warnakan menjadi warna kayu.
Kuda ni dari koleksi lego aje. Ibu buat bow dari dawai dan getah, Memandangkan Imani suka memanah jadi ibu buat satu mini bow khas untuk ‘dollhouse’ (macam terbesar pula).
Dapur. Hanya guna kotak, balutkan kertas A4 putih. Langsir tu ibu buat macam langsir rumah hihi. Agak sukar sebab size dia kecil, lepas tu guna glue gun yang panas. Bertabah aje nak buat langsir ni.
Ruang Tamu. Simple sahaja. Ibu letak sofa dan cermin dari compact powder lama. Langsir sliding door ibu pilih kain plain sahaja.
Bilik Ada masa nanti ibu diy katil untuk doll imani. Kelakar pula kaki terjulur keluar huhu Disusun 100% by Imani.
Bilik Hobi Ni bilik berangan aje. Dah alang-alang ada piano, ibu tambah guitar dari kotak dan ‘stand’ kan guna batang aiskrim. Ibu gantungkan mini bow dengan Arrow di ruang ni.
Tandas Ibu sekalikan dengan mesin basuh dan gantungkan papan bertulis ‘wash’.
Inilah mini bow dan arrow khas untuk Imani.
Ruang makan Ibu buat dari kotak dan tissue roll. Balutkan dengan kain polkadot warna brown dan lilit dengan ribbon gold. Langsir dari corak kucing.
Setiap mak ayah pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak.Salah satunya termasuklah mengambil berat mengenai pemakananan yang boleh meningkatkan prestasi otak mereka agar menjadi anak yang cerdas dan cergas.
Bila jadi mak ayah, janganlah sebarang je bagi anak makan benda yang bukan-bukan seperti makanan manis-manis,makanan ringan, makanan segera, makanan berproses dan sebagainya.Ini kerana pemilihan makanan untuk anak-anak ini sangatlah penting,ia akan menjadi darah daging dan mampu memberi kesan pada perkembangan otak mereka nanti.
Perkongsian oleh Dr Taufiq Razifwajar dijadikan panduan buat mak ayah semua.
5 Makanan Terbaik Yang Kena Ada Di Dapur Untuk Tingkatkan Prestasi Otak Anak
Kadang-kadang saya tengok mak ayah bagi jajan kat anak bukan sebab nak bagi sangat tapi sebab keliru dan tak tahu nak bagi makan apa kat anak.
Takpe, slow-slow kita belajar bab makanan terbaik untuk anak ye. Makanan ni la nanti yang akan jadi darah daging anak kita sebab tu la pemilihan makanan pun akan bagi efek pada perkembangan otak si comel kita.
Ni antara 5 makanan terbaik yang kita boleh bagi kat anak kita.
1.Salmon
Memang salmon ni agak mahal tapi sebenarnya salmon ni antara sumber terhebat Omega 3 Fatty Acid ( DHA ) dan EPA yang membantu perkembangan dan fungsi otak si comel.
2.Telur
Nampak lekeh tapi sebenarnya telur ni antara sumber protein yang hebat. Kuning telur pula kaya dengan choline yang membantu perkembangan memori si comel
3.Oat
Rasa oat ni tak ramai yang suka tapi kalau kita latih anak makan oat daripada kecil, memang sampai besar dia boleh terima. Tak sedap tu cuma persepsi je. Saya pun tengah latih anak saya makan oat. Dia bedal sorang je sepinggan oat sekarang ni!
Oat kaya dengan dengan tenaga untuk otak. Paling bagus kalau buat oat sebagai sarapan si comel kita supaya tenaga pertama yang otak si comel kita dapat nanti adalah daripada oat, bukannya daripada teh tarik yang penuh susu dan gula tu!
4.Sayur sayuran yang bervariasi
Penuhkan je peti ais rumah kita dengan sayuran seperti tomato, lobak, bayam dan lain-lain. Biasanya sayuran yang berwarna camni banyak antioksidan yang membuatkan otak si comel kita kuat dan sihat. Antioksidan ni jugak boleh mengurangkan risiko kanser pada anak-anak kita juga. Kenapa nak penuhkan peti ais dengan hotdog, jajan dan nugget yang memang terbukti merbahaya pada otak si anak kan?
5.Susu dan Yogurt
Kedua sumber makanan ni kaya dengan protein dan vitamin B. Sangat penting untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Cuma kena hati-hati sikit bab yogurt. Banyak yogurt sekarang tak berapa nak asli dah. Banyak yang tambah gula. Tu yang rasa manis melampau-lampau tu.
Tolong ajar info ni pada keluarga dan pasangan masing-masing ye. Benda ni kalau diamalkan, kesan baiknya boleh dilihat sampai tua pada anak-anak kita. InsyaAllah!
Bermula 1 Mac 2020, mak dan ayah sudah boleh mengisi borang kemasukan darjah satu untuk anak-anak yang bakal bersekolah pada tahun 2021 secara online. Selain mengisi maklumat peribadi, mak, ayah wajib mengisi dengan betul jadual imunisasi yang telah diterima anak-anak sebelum ini.
Perkara ini agak merenyahkan mak, ayah yang kurang arif dengan beberapa istilah yang ditulis di buku rekod kesihatan anak. Jadi sebagai jururawat berpengalaman, jururawat ini kongsi cara isi jadual imunisasi dalam borang kemasukan darjah satu.
Jadi untuk ruangan Difteria, petusis, tetanus, hib dan IPV adalah sama tarikhnya mengikut dos yang diberi.
Untuk ruangan measles, mumps dan rubella adalah tarikh yang sama (iaitu MMR kotak oren).
So sesiapa yang ada anak yang berumur 5 dan 6 tahun pada tahun 2019, bulan Mac nanti sudah boleh standby untuk isi borang pendaftaran darjah 1 untuk sesi persekolahan 2020/2021 pula.
Semoga harapnya, status ini boleh membantu parent untuk mengisi jadual imunisasi anak😊
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada mak, ayah yang ingin mengisi borang kemasukan tahun satu anak-anak. Perkara ini nampak susah, tetapi bila kita faham insyallah segalanya jadi mudah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!