Gagal Pujuk, Lelaki Gila Talak Bakar Rumah Mentua Lepas Geram

Ketika masih bersama, kasih sayang sering diambil mudah. Namun sebaik berpisah, barulah terasa kehilangan hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula yang telah pergi. Sayangnya, apabila semuanya sudah terlambat, ada yang hanyut dalam emosi sendiri hingga sanggup bertindak di luar kewarasan.

Itulah kisah sedih yang tular di TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki gila talak yang dikatakan gagal memujuk bekas isterinya untuk kembali hidup bersama bertindak di luar batas. Dalam kemarahan yang memuncak, dia dikatakan menuju ke rumah bapa mentua dan melakukan sesuatu yang amat mengejutkan ramai pihak.

@azrrul_ahmadPujuk pujuk x dapat, rumah bekas mertua dia bakar. Adoilaaaa♬ original sound – Muhamad Azrrul

Rumah Bekas Mentua Jadi Tempat Melepaskan Geram

Menurut pendedahan bekas isteri, rumah berkenaan mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana di situlah dia dan adik-beradiknya membesar. Namun, kenangan indah itu bertukar menjadi duka apabila kediaman itu musnah dijilat api akibat perbuatan lelaki tersebut yang dikatakan hilang pertimbangan.

“Lepas Buat, Dia Boleh Stay Situ Ya…”

Lebih menyedihkan, selepas membakar rumah itu, lelaki gila talak berkenaan masih berada di tempat kejadian seolah-olah tidak menyesal dengan tindakannya. Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu segera menahannya bagi mengelak kejadian lebih buruk.

Ads

“Lepas buat, dia boleh stay situ ya… kena pegang dengan orang kampung pun dia boleh sindir,” demikian luahan individu yang mengenali kejadian tersebut, menunjukkan betapa dingin dan tidak berperikemanusiaannya tindakan lelaki itu.

Gagal Pujuk, Lelaki Gila Talak Bakar Rumah Mentua Lepas Geram

Amarah Tak Terkawal, Hidup Musnah

Insiden itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ramai mengecam tindakan terburu-buru lelaki tersebut yang bukan sahaja membahayakan nyawa orang lain, tetapi juga merosakkan harta keluarga bekas isterinya. Rata-rata menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang setimpal terhadap pelaku.

Ads

“Kau lingkuplah dalam penjara,” ujar seorang pengguna media sosial yang meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap kejadian tragik itu.

Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran buat semua bahawa emosi yang tidak dikawal mampu menghancurkan hidup sendiri dan orang lain. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga keadilan ditegakkan buat mereka.

Sumber: TikTok Baby & azrrul_ahmad

Ads

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI