Kekeluargaan

Gadis Cari Bapa Kandung Untuk Jadi Wali, “Saya Ditinggalkan Ketika Berusia 40 Hari, Ketika Ibu Dalam Pantang

Share

Gadis cari bapa kandung untuk jadi wali, “Saya ditinggalkan ketika berusia 40 hari, ketika ibu dalam pantang. Seorang gadis berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai merayu bantuan orang ramai untuk mengesan bapa kandungnya yang telah terpisah sejak dia masih bayi. Gadis  ini bakal melangsungkan pernikahan pada September ini.

Gadis Cari Bapa Kandung Untuk Jadi Wali, “Saya Ditinggalkan Ketika Berusia 40 Hari, Ketika Ibu Dalam Pantang

Memetik Sinar Harian Nur Amylia Zulaikha Mohd Faiza berkata, dia kini sedang mencari bapanya, Mohd Faiza Mat Yaman, 42, kerana ingin beliau menjadi wali dalam majlis bersejarah itu nanti. Amylia, dia tidak pernah berpeluang mengenali bapanya sendiri.

“Saya ditinggalkan ketika berusia 40 hari, ketika ibu masih dalam pantang.

“Saya membesar tanpa mengenali wajah ayah, cuma tahu namanya dan sedikit latar belakang sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, ibu bapanya pernah mendirikan rumah tangga pada Disember 2002 dan tinggal di Jalan Ustaz Omar Shukri sebelum bercerai pada Jun 2010. Kali terakhir bapanya dikatakan pulang ke rumah adalah sekitar tahun 2008.

Amylia yang kini menetap di Kampung Pulau Serai berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki bapanya termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan lama lelaki itu dan mencari ke beberapa kawasan sekitar Serdang serta Kuala Lumpur, namun belum berhasil.

“Sudah beberapa bulan saya berusaha mencari ayah, namun masih buntu. Harapan saya agar dia dapat dikesan secepat mungkin supaya impian saya untuk dinikahkan oleh ayah kandung sendiri tercapai,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Mohd Faiza, yang dipercayai berasal dari Jalan Baru, Pak Sabah, diminta menghubungi Amylia Zulaikha di talian 010-5960228.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Umie Aida Didenda RM1k, Tak Sedar Terseludup Sebiji Epal Ke New Zealand

Ibu Tunggal Bina Rumah Idaman Dengan Kudrat Sendiri -“Tempat Saya Belajar? Universiti YouTube Lah

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has